Berkenaan dengan tajuk entry kali ini, aku tertarik untuk membawa sahabat² memahami sedikit sebanyak peripentingnya ILMU dan juga AMAL. Dua kalimah arab yang sering di(ulang)² oleh Baginda Nabi Muhammad saw. ILMU di dalam definisi mudah adalah sesuatu yang bermanfa’at, manakala AMAL pula adalah segala juzuk perbuatan yang dilakukan yang mana mampu memberikan impak dalam kehidupan seharian. Junjungan Besar kita Muhammad saw ada menyebut dalam hadis baginda:~
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
“Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah”
Melalui hadis ini, dapatlah kita fahami bahawa ilmu dan ‘amal adalah 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Di dalam statistik, perhubungan diantara 2 perkara ini dapat dikelaskan kepada 4 kelasnya tersendiri iaitu:~
1) Orang yang berILMU dan berAMAL
2) Orang yang berILMU tetapi tidak berAMAL
3) Orang yang tidak berILMU tetapi berAMAL
4) Orang yang tidak berILMU dan tidak berAMAL
Sebagai manusia yang mampu berfikir, sahabat² bolehlah cuba menjadi logic thinker untuk sekadar 5 minit bagi memikirkan setiap kesan yang berlaku dari amal perbuatan yang dilakukan oleh kelas² manusia diatas.
p/s: kalau sahabat² kurang jelas mengenai Logic Thinker sila click sini.
0 التعليقات:
Post a Comment