Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, November 30, 2010

november duapuluh-sepuluh

                warQah daUn papYrus™ Merupakan satu nama blog yang dimiliki oleh seorang penulis muda yang masih men[cari]² identiti diri!. Dengan menggunakan url contengataskertas(dot)blogspot(dot)com, blog ini telah pun menginjak ke umurnya yang ke 1 tahun 3 bulan 18 hari pada hari ini. Biarpun hala tuju blog ini tidak pernah dikhususkan namun semua yang ditulis/dicatat/dipamerkan di laman blog ini tidak lebih adalah luahan hati dan pendapat penulis muda tersebut.
                Seiring dengan matangnya usia blog warQah daUn papYrus ini, penulis merasakan amat perlu bagi penulis juga mematangkan hasil penulisan yang akan dikeluarkan selepas ini. Pihak penulis juga bersedia membuka ruang se[luas]²nya jika ada sebarang perbincangan yang diperlukan mengenai setiap apa yang penulis keluarkan di laman sesawang ini. Sebagai manusia biasa, penulis juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi jika ada kalangan sahabat yang merasakan penulis tersilap pertimbangan, maka eloklah sahabat² menegur penulis secara terus. Tindakan ini baik bagi melepaskan diri sahabat² dari dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tidak menegur kesalahan/kesilapan penulis sedang sahabat² sedia mengetahui bahawa ianya salah dari sudut syara’. Penulis juga mohon sahabat² menegur secara baik agar penulis dapat menerima dengan hati terbuka dan memberikan pendapat dan fahaman penulis.
Perlu di ingat perbezaan pendapat itu adalah Rahmat selagi mana tujuan dan ilmu yang diperbincangkan bukan atas dasar nafsu amarah dan kepentingan diri sendiri. Kerana Haq yang sebenarnya hanyalah MILIK DIA ^_^

p/s: Sebelum menggunakan url contengataskertas; blog warQah daUn papYrus ini telah lebih dikenali sebagai cintatuhan-ihy(dot)blogspot(dot)com.. namun atas sebab² tertentu pihak penulis telah menukar urlnya kepada apa yang sedia digunakan pada waktu sekarang ini ^_^

-penulisan ini dibawakan oleh warQah muDa™-

0 التعليقات: