Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 24, 2010

rizqan oh rizqan

                Memandangkan aku kekeringan idea nak tulis apa kat atas warQah sekarang ni. Jadi untuk entry kali ni, aku gunakan idea DiLla je. Boleh kan!? >_<
                Berdasarkan entry beliau bertajuk “[Cuba Kau Google Nama Kau]”; telah menggalakkan aku untuk mengambil langkah yang sama untuk menyiasat apa yang aku akan dapat jika nama aku pula yang dimuat naik di enjin carian Google. Sebagai permulaan aku menaip nama penuh ku berserta simbol “ ”. Gambar dibawah adalah hasilnya, sila tekan gambar untuk ‘tumBESARan’ yang sihat,

Antara yang ditunjukkan adalah blog SRC IIUM Kuantan, blog aku sendiri (warQah daUn papYrus) dan salah satu blog yang aku follow (MUKA SURAT SULIT NAZ). Walaupun blog terakhir tu macam pelik sikit nama dia, tapi jangan salah anggap ya. Sebab antara warQah dan pemilik blog tu dah disahkan tidak mempunyai sebarang hubungan s*lit. Kalian boleh buat siasatan sendiri jika mahu.
                Kemudian aku cari pula image yang ditarik sama dengan susunan aksara yang aku cari. Hasilnya seperti dibawah;

Antara yang kalian sendiri dapat lihat keluarnya gambar poster yang aku buat untuk Sports Division IKOD 2010 (+) 2 lagi poster IKOD dari division dan program lain (+) logo 24Jam (macam mcD je) (+) gambar pakcik tua senyum (+) bintang-bintang Chelsea (+) Header untuk blog Muka Surat Sulit Naz. Sekali lagi aku menafikan bahawa kami takda sebarang hubungan oK, =_=
                Kemudian aku luaskan lagi skopnya dengan membuang simbol “ ”. Yang menjadikan arahan carian supaya lebih umum, koleksi yang hampir sama dengan sebelumnya. Tapi lebih banyak hasil poster untuk program IKOD 2010 yang turut muncul, aku percaya semua poster ini sama ada ditarik dari laman blog SRC IIUM Kuantan atau pun dari Laman Blog Rasmi IKOD 2010 sendiri. Pakcik Tua (+) budak perempuan tak pakai tudung [demi menjaga aurat dia, aku pakaikan tudung buatan aku sendiri] (+) Chelsea (+) sekali lagi Muka Surat Sulit Naz.. haish dan gambar yang ada kaitan dengan SRC IIUM Kuantan. Click juga gambar untuk mendapatkan ‘tumBESARan’ yang sihat.



                Bila aksara yang tinggal hanya menyusun perkataan Muhamad Rizqan, maka terhasil seperti gambar dibawah. Selain dari peta bumi Palestin (hijau+coklat) semua tak punya kaitan langsung denganku. Turut keluar sama adalah gambar beberapa orang lelaki yang aku percaya bernama seperti nama aku, juga beberapa keratan Do’a yang mengandungi susunan huruf رزقان .



                Akhir sekali bilamana hanya perkataan ‘Rizqan’ yang dicari, tiada satu gambar pun yang keluar punya kaitan denganku. Tak perlu tunjuk gambar la ye, kalian boleh check sendiri. Jadi kesimpulannya, kalau sesiapa berniat nak cari aku. Kalian boleh ja gunakan nama Rizqan untuk cari dalam UIA, mesti jumpa. Tapi kalau dalam dunia~ korang boleh jumpa aku kat sini, warQah daUn papYrus™ ^_^

0 التعليقات: