Assalamualaikum sahabat, ku titipkan warQah ini sekadar mahu menyampaikan sesuatu kepadamu. Walau kehadiranmu ke teratak ini tidak pernah meninggal sebarang jejak, tapi aku amat yakin bahwa kau selalu saja hadir ke daerah ini bukan!?. Terima Kasih sahabat, atas ziarah yang kau lakukan, semoga apa yang baik dari laman warQah-ku menjadi sesuatu yang bermanfaat pula untuk dirimu.
Sahabat, sama ada kau sedar atau tidak aku seperti hilang arah sejak akhir-akhir ini. Seolahnya aku menyalah anggap hubungan suci kita yang terbina atas nama persahabatan. Maafkan aku sahabat, aku tidak sepatutnya berpelakuan seperti yang aku maksudkan. Dalam usaha untuk aku berubah ke arah yang lebih baik, aku dipertemukan denganmu; sahabat yang aku yakin mampu membimbingku. Namun keadaan seolah sebaliknya, aku menjadi khuatir jika aku pula yang tiba-tiba mengawal keadaan. Aku mohon sahabat, jika ada sesuatu yang kau rasakan aku memerlukan satu teguran. Maka berikanlah, sekadar untuk aku sedar dari mimpi indah yang merosakkan. Mungkin kau merasakan teguran kau hanya membuatkan hubungan ini renggang, tapi ingatlah sahabat. Teguran yang kau berikan itu mampu menjadi dalil buat kau diakhirat kelak, elakkan dirimu sahabat; dari neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu (berhala). Dan bantulah juga sahabatmu ini agar tidak dia berada di tepian gigi-gigi neraka. Na’uzubiLlahu min zalik o,;”)_
0 التعليقات:
Post a Comment