Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 17, 2010

eid mubarak..




السلام عليكم

Jika semalam, aku telah janjikan untuk menulis mengenai Sullivan dan Rendang. Maka wajib untuk aku tunaikan janji itu bukan!. Aku berpegang pada janji agar kalian lebih rasa senang denganku.
Adapun Sullivan adalah penulis buku teks Pre-Calculus yang pernah aku gunakan ketika di tahun pertama Matrikulasi UIA, semalam tanpa sedar aku mengambil buku tersebut dan terus sahaja membuat latihan-latihan yang terdapat didalamnya. Sebagai permulaan; aku cuba mengukuhkan kembali ingatanku kepada formula ‘jarak diantara 2 titik’ [+] ‘titik tengah bagi dua koordinat’!. Apa yang jelas; daya penumpuanku tidak setajam satu ketika dahulu. Mungkin kerana kurangnya latihan ataupun disebabkan terlalu lama meninggalkan semua nombor-nombor ajaib tersebut. Walaupun aku merupakan seorang Mahasiswa Biologi, tapi itu tidak bermakna aku tidak berminat dengan matematik ye sahabat-sahabat.
Rendang; memandangkan aku bukanlah tahu memasak. Maka kerajinanku hanya dapat ditunjukkan dengan mengangkat barang-barang sebagai persediaan untuk emak dan abahku memasak di luar rumah. Antaranya, mendirikan canopy kecil, mengangkat tong gas dan juga dapur. Lepas tu hanya menunggu rendang tersebut untuk masak.


+ : Kami bagi pihak Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua yang mengenali beliau. Nasib baik beliau tidak memasak daging kambing sebagai rendang. Jadi status kami; SELAMAT untuk aidiladha kali ni :)

7 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: November 17, 2010 at 2:07 PM said...

Selamat hari raya aidil adha Rizqan
(^-^)

perindu_خلافة says:
at: November 18, 2010 at 7:13 AM said...

Selamat Hari Raya lyana,
rasanya kambing-kambing Rizqan dah wish semua orang kn.. hahaha

Unknown says:
at: November 18, 2010 at 8:16 AM said...

hahaha..tu la pasal..nak tergelak tgk kambeng yg wish kan...hahahha

Norlyana Nasrin says:
at: November 18, 2010 at 1:28 PM said...

hoho klu btol Rizqan dh blh bukak circus ni hahaha

perindu_خلافة says:
at: November 18, 2010 at 2:38 PM said...

RuBy.. dorang tolong wishkan sebab dorang x kena korban tahun ni, huhuhu

lyana.. kalo da bercakap tu x payah bukak circus da, terus buat tour satu dunia.. kekeke

Norlyana Nasrin says:
at: November 20, 2010 at 11:00 PM said...

hehehe kte jd manager ye? (huhu tmpg popular haha)

perindu_خلافة says:
at: November 21, 2010 at 9:23 PM said...

boleh je jadi manager..
tp payah gaji la ea,
profit rizqan punya 100%,
^_^ cz lyana nk jd manager je kn,