Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, December 1, 2010

Kisah dari Lembah Semut

            Salam sahabat².. tentu ada dikalangan sahabat yang mengetahui Kisah Nabi Sulaiman a.s di Lembah Semut kan. Sedia maklum cerita ini amat popular kerana ia termaktub dalam kitab al-Quran Kareem. Menariknya kisah ini adalah kerana ia hanya terletak di dalam dua ayat sahaja dari sebuah surah yang diberi nama an-Naml (Semut). Iaitu pada ayat ke 18(lapan belas) dan 19(sembilan belas).


027.018 
حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ

027.019
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ


            Tahukah sahabat² bahawa kisah itu bukan sekadar kisah kosong yang boleh di(reka)², kerna terdapatnya rahsia Maha Pencipta yang mahu ditunjukkan pada hamba²nya yang ber’aqal. Selain daripada menerangkan mukjizat yang telah di anugerahkan kepada Baginda Nabi Sulaiman a.s iaitu memahami kata² semut (juga binatang² yang lain). Terdapat satu lagi mukjizat besar yang membenarkan al-Quran itu sendiri.
            Tahukah apa dia mukjizat yang membenarkan Quran itu wahai sahabat²?

Sila rujuk ‘ant’ dari wikipedia sebagai bahan bacaan lanjutan. Pada awal kurun ke-20, ilmu sains telah membuat penemuan besar dengan membuktikan bahawa ‘Queen’ atau pun Ratu adalah ketua koloni bagi golongan semut. Ratu ini subur bagi melahirkan semut² yang baru dan ia bertindak sebagai ketua bagi segala urusan dalam koloni tersebut. Ternyata penemuan ini telah mengubah persepsi masyarakat dunia yang selama ini menyatakan hanya lelaki/jantan yang mampu berdiri di tampuk pemerintahan. Para saintis juga berbangga dengan penemuan ini dan secara rasminya ia telah diterbitkan di dalam buku yang bertajuk ‘The Ant’ oleh Harvard University pada tahun 1990.

Sekadar gambar hiasan

Sedangkan al-Quran pula telah pertama kali diperlihatkan pada manusia pada 1400 tahun yang lalu. Lelaki yang dikatakan pengarang kitab suci ini adalah Muhammad, iaitu seorang lelaki yang ‘ummi (buta huruf), tinggal dalam kelompok manusia yang terpinggir dari ilmu pengetahuan kerna kedudukan mereka yang tinggal jauh di padang pasir. Namun al-Quran dengan Gahnya telah menyatakan bahawa Semut (ketua semut) yang mengarahkan semut² lain supaya berlindung tatkala Nabi Sulaiman a.s dan tenteranya melalui lembah semut adalah ‘Semut Betina’. BENAR semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman a.s ber(kata)² adalah SEMUT BETINA!!
1400 tahun yang lalu, tatkala ilmu sains masih belum berkembang. Pengetahuan mengenai semut yang bertindak sebagai ketua bagi koloni semut adalah Semut Betina telah muncul di Tanah Terpencil Jazirah Arab. Kawasan padang pasir yang tidak langsung diinginkan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Parsi di Bumi Timur dan Rom di Bumi Barat. Tiada penjelasan lain yang logik melainkan ia bukti bahawa ilmu ini telah dikongsikan oleh PEMILIK SEKALIAN ALAM, RABB ul-‘ALAMIN melalui hamba-Nya Baginda Nabi Muhammad

0 التعليقات: