assalamu’alaykum sahabat².. hari ni penulis nak kongsikan beberapa keping gambar yang penulis dapat dengan bantuan Google Maps Earth. Ada di antara struktur² yang terdapat dalam koleksi gambar berikut adalah antara struktur² yang telah wujud sebelum bermulanya kiraan masihi. Apa yang menariknya adalah; keunikan struktur² ini kadang² lebih bermakna pabila di lihat dari langit.
Jom kita jelajah...
Kaabah – Sebuah bangunan berbentuk kubik. Yang mana setiap sudut kubik ini menghala ke Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Borobudur – Binaan simetrik yang berupa candi dan stupa. Dapat di lihat dari langit bahawa binaan ini berbentuk segi empat sama. Setiap sisinya berada dalam kedudukan yang lurus dengan arah utara, selatan, timur dan barat.
Angkor Wat – sebagai penduduk di Bumi Asia Tenggara. Rasanya struktur ini tidak perlu diperkatakan lagi. Himpunan struktur² lama ini adalah yang terbesar, di mana saiz keluasannya meliputi keluasan bandar Los Angles.
Pyramid dan Sphinx – binaan paling menakjubkan di muka bumi. Dipercayai dibina pada zaman kekuasaan Firaun di zaman Mesir Purba. Bertapak segi empat sama, yang setiap sisinya bermuka utara, selatan, timur dan barat.
Al-Quds – tanah yang menjadi rebutan. Struktur Haram as-Shariff mengandungi struktur² penting dalam 3 agama samawi. Ini kerana kesemuanya menyatakan bahwa Ibrahim a.s adalah Bapa kepada agama² mereka. Di dalam sebuah hadis sohih, masjid al-aQsa adalah masjid ke-2 yang dibina dimuka bumi iaitu berjarak 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah.
Kota Larangan – dikelilingi oleh kolam air. Berbentuk segi empat tepat dari langit namun tidaklah ia betul² menghalakan muka sisinya ke arah 4 mata angin utama. (senget sikit.. salah ukur kot, hehehe)
Pompei – sebuah bandar yang lenyap dalam sekelip mata; Gunung Berapi Vesuvius meletus dan menenggelamkan bandar mewah ini beberapa meter ke dalam bumi. Dijumpai semula dalam era moden. Susunan bandar ini antara yang terancang dan antara bangunan² besar di sini hampir kesemuanya menghala ke arah Gunung Vesuvius.
Arg-E-Bam – kota yang dibina pada tahun 500 tahun sebelum masihi. Kini kebanyakan strukturnya rosak selepas Kota Bam di Iran ini mengalami bencana gempa bumi beberapa tahun yang lalu.
Dan sebagai BONUS buat semua pembaca warQah daUn papYrus.. saya sertakan sekali trivia menarik untuk sahabat². Tahukah anda (ececeh.. >_<), Tanah Besar India sebenarnya bercantum dengan Tanah Sri Lanka. Huh! Biar Betul!?. Anda tidak akan dapat mengesan cantuman ini jika berdasarkan peta dunia yang ada di (rumah/pejabat /sekolah/universiti)* anda kerana ia berada di bawah paras air laut. Sambungan ini dipercayai telah dibina oleh masyarakat zaman silam. Ia terkenal dengan julukan nama Rama’s Bridge atau Adam’s Bridge. [baca lanjut untuk pengetahuan anda ^_^]
*potong yang tidak berkenaan
P/s: masih banyak sebenarnya tempat di Bumi Allah ni boleh dilawati. Namun atas sebab² tertentu penulis tidak dapat memasukkan gambar² yang lain. Berjalanlah untuk belajar sesuatu~
7 التعليقات:
at: December 4, 2010 at 11:57 AM said...
Whoa... rajin betul dia google benda2 macam ni ya.
at: December 4, 2010 at 12:28 PM said...
hahaha.. best la paan,
kalo nak pergi banyak tempat banyak jugak keluar duit,
so buat masa skrg survey dulu,
study sket2.. bleh tmbah ilmu,
pastu ada rezeqi nnt baru pegi tgk live plak ^_^
at: December 4, 2010 at 3:09 PM said...
waah best2..
insyaAllah klu ade rezeki nk gak g n tgk sume tinggalan sejarah
paling kte nk g skang (tmpt b'sejarah)
1. Makkah
2. Istana Larangan China
3. Colosseum
4. Pyramid Giza..
hoho (^-^)
at: December 4, 2010 at 7:55 PM said...
tgk gambar2 ni teringat aku ada baca katne ntah kata malaysia nya building kat putrajaya ada illumination punya ciri2 kalau tgk dari atas...
ngahaha...abaikan~''
at: December 5, 2010 at 8:43 AM said...
lyana..
insyaALlah kalau ada usaha,
mesti ALlah permudahkan urusan ^_^
bnyk lg tmpat menarik yg ada kat muka bumi ni, lembah petra.. pompei.. hurm teringin nk tgk camna bndar² ni boleh lenyap dlm sekelip mata..
illumniati~
fitnah akhir zaman dah terlalu banyak,
hanya pada Dia kita mohon pertolongan, ^_^
at: December 7, 2010 at 5:47 PM said...
a'ah..bagunan PICC yg kat persint 5 tu bentuk eye. salah satu illuminati..Allah knows best.
at: December 7, 2010 at 10:48 PM said...
mata ea dari atas.. kalo dari tepi da macam ufo da PICC buildng tuh >_<
Post a Comment