Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, December 9, 2010

Teman sang api dari si Pohon Hijau

            alhamduliLlah selepas beberapa hari penulisan ilmiah tidak muncul², kali ini ia bertandang lagi dalam warQah daUn papYrus. Selamat membaca ye sahabat²...

            [1]tahukah anda: Proses pembakaran gagal berlaku jika api ketiadaan teman rapatnya. Inilah fungsi utama teman dalam kehidupan, tanpanya hidup kita seakan tidak bermakna. Jadi jangan ingat manusia dan haiwan sahaja yang memerlukan teman ye. Api pun memerlukan teman untuk hidup. PERSOALAN-nya sekarang siapa dia teman api ni?! Huh~
             untuk memudahkan sahabat² memahami bagaimana proses sesuatu pembakaran berlaku; warQah dah buat satu link yang menarik untuk ditinjau ‘sila tekan saya[2]... rasanya jikalau sahabat² cuma melihat multimedia presentation tu pun dah boleh agak siapa dia teman sang api ni ^_^
            teman sang api sebenarnya adalah oxygen, ni simbol oxygen dalam formula kimia; O2. Ok da faham kan, tanpa oxygen proses pembakaran memang tak boleh berlaku.

“Kepada perokok tegar, Korang jangan hanya pandai nyalakan api tapi tak pernah tahu macam mana proses di sebalik pembakaran tu berlaku!! Memalukan diri sendiri je nanti, kalau merokok biarlah jadi perokok yang berilmu. Psstt.. sebenarnya orang berilmu takkan merokok k!!”
-pesanan ini dibawakan khas oleh unit da’wah warQah muDa-

Jadi dari mana pula datangnya oxygen!? Soalan ini amat perlu bila sang api mahu di nyalakan.. jawapannya cukup mudah. Hurm rasanya kalau sahabat² x baca pun link yang saya sertakan dalam artikel ini, sahabat dah sedia maklum jawapannya kan!! Sebab kita sememangnya sudah familiar sangat dengan experiment² ini semasa di bangku sekolah dulu. Apa lagi kalau bukan proses Photosynthesis, tindak balas yang hanya boleh berlaku apabila wujudnya;- pokok berdaun hijau (+) sumber cahaya (+) air (+) Carbon dioxide. Ada yang bertanya kenapa mesti berdaun hijau... siapa tahu tolong terangkan!! 
Hahaha.. takdalah, biar saya terang sikit selebihnya sahabat boleh cari sendiri yuk.. hijaunya daun adalah kerana terdapatnya pigmen² hijau yang diberi nama chlorophil pada daun tersebut. Chlorphill berfungsi sebagai pencerap tenaga daripada cahaya bagi digunakan untuk membentuk carbohydrate dari compound CO2 dan air. Selebihnya boleh baca di sini ^_^


Ingat ya sahabat² hanya BERDAUN HIJAU! bukan daun papyrus tapi BERDAUN HIJAU. Kalau x hijau bermaksud takda chlorophill. Kalau takda chlorophil.... [huh sambung sendiri!] kalau tak faham juga, sahabat² diberi peluang  untuk cuba buat experiment photosynthesis ini menggunakan daun² bukan hijau yang sahabat rasa yakin boleh berlaku tindak balas yang dimahukan. Lepas tu tunggulah sampai ke satu masa [tutup mata], >_<

036.080 الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الأخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوقِدُونَ
The same Who produces for you fire out of the green tree, when behold! ye kindle therewith (your own fires)!


            SubhanALlah.. tersimpan seni ilmu yang sangat tinggi dalam ayat² cinta yang di kirimkan kepada kita melalui hamba-Nya, Muhammad. Ilmu yang hanya mampu disingkap kefahamannya pada kurun masihi moden. Ilmu yang hanya mampu di terjah dengan teknologi micro.
Namun demi mengukuhkan bukti bahawa Kalam itu adalah Milik-Nya. Ilmu ini dikongsi buat mereka yang mahu berfikir, dan mencari Tuhan... kitab yang diturunkan pada hamba-Nya yang ‘Ummi (illiterate), di kawasan padang pasir yang kontang, sedang waktu itu tidak wujud satu teknologi pun yang mampu menerjah masuk ke dalam liang dan rongga² daun. Definisi itu sudah pun dijelaskan 1400 tahun yang lalu...


Notakaki:
[1] - maaf terpaksa menggunakan perkataan ini; bukan tujuan memperkecilkan sahabat², Cuma bila gabungan perkataan ini dipergunakan baru terasa bahawa ia adalah satu trivia
[2] - baca dan fahami untuk tambah ilmu

0 التعليقات: