Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, December 2, 2010

duduk sama level : bijak

Sekumpulan anak muda masih seronok² duduk berpeleseran di tepi jalan sambil bermain gitar, bergelak ketawa dan test pitching suara mereka. Sedangkan waktu maghrib sudah semakin hampir. Tiba² lalulah seorang pakcik tua yang kebetulan sedang dalam perjalanan ke surau lama kampung tersebut, sambil menegur kumpulan anak muda itu:~

Sekadar gamba hiasan

Pakcik Tua         : السلام عليكم
anak² Muda        : wa’alaykum salam pakcik..
Pakcik Tua         : Boleh pakcik ajak kamu semua temankan pakcik solat?
anak Muda I        : err.. takpe la pakcik, nanti kami solat kat rumah je!!
Pakcik Tua         : Hurm, apalah salahnya kalau kamu solat kat sini je kan. Lagipun bukan jauh sangat, kat depan tu je...
anak² Muda        : (dengan merasa malu.. anak² muda itu pun bingkas bangun lalu mengikuti pakcik itu dari belakang)

                Sampai sahaja di surau;

Pakcik Tua         : Kamu dah ada air sembahyang (wudhu’) ke belum?
anak² Muda        : belum pakcik!
anak Muda II       : Pakcik, err.. sebenarnye kami tak taw camne nak ambik air sembahyang tu! Sembahyang pun kami ikut² je,
Pakcik Tua         : Oh itu ke, macam ni... biar pakcik ajarkan macam mana nak ambik air sembahyang! Kat atas nanti pakcik terangkan sikit² macam mana nak solat maghrib pulak (sambil tersenyum)
anak² Muda        : (mengikuti cara² yang diajarkan oleh pakcik tua)

                Selepas mengambil wudhu’dan diterangkan serba sedikit lagi mengenai raka’at dan bacaan dalam Solat Maghrib, lalu pakcik tua pun iQamah~ dan berlalulah mereka dalam pelayaran Solat Jemaah yang khusyu’ bagi pakcik tua (sebagai imam), namun tidak pula dibarisan makmumnya. Suku dari surah al-Baqarah dibacakan dalam raka’at pertama manakala suku lagi dibaca pada raka’at kedua,
                Sebaik sahaja selesai solat maghrib, anak² Muda pun itu terus bertanyakan pada pakcik tua.

anak Muda III      : Pakcik baca apa yang panjang sangat tadi tu?
Pakcik Tua         : Oh, tadi tuh pakcik baca surah al-Baqarah maksudnya Lembu/Sapi Betina..
anak² Muda        : mak aih panjangnya!!
Pakcik Tua         : Sebenarnya pakcik tak baca habis lagi tu, baru separuh!!(tersenyum sedikit bangga)
anak Muda II       : yang panjang² tadi tu tak abes lagi pakcik.. (terkejut)
anak Muda I        : nanti sembahyang yang lepas ni pulak pakcik nak bace ape?
Pakcik Tua         : Pakcik ingat nak baca surah al-Feel je untuk solat isya’ nanti..
anak Muda III      : maksud surah al-Feel tu pulak ape pakcik!?
Pakcik Tua         : al-Feel tu maksud dia Gajah... hurm, kamu siap² dulu la ye!! Pakcik nak ambik air sembahyang kejap, dah terbatal tadi!!
anak Muda I        : haish~ kalau surah lembu tadi pun dah lenguh lutut aku..
anak Muda II       : ye la, tu pun pakcik tu cakap baru bace separuh,
anak Muda III      : surah gajah ni mesti lagi panjang, sebab gajah lagi besar dari lembu!!
anak² Muda        : (terkejut)

                Sebaik sahaja naik pakcik tua ke dalam surau itu semula, anak² Muda tadi semuanya telah lesap. Maka solatlah pakcik tua itu bersendirian~

                Walaupun cerita ini mungkin sekadar reka sahaya. Namun mesejnya jelas, untuk mengajar seorang yang tidak berilmu seorang guru perlulah untuk duduk sama level dengan kefahaman pelajar²nya. Kesilapan inilah yang ‘terang lagi bersuluh’ banyak berlaku dalam institusi keluarga Muslim hari ini, ibu bapa tidak cuba berusaha untuk memahami situasi anak² mereka.
                Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah lupa mengajar kita bagaimana menggunakan kebijaksanaan dalam berda’wah. Da’wah punya konsep yang sangat luas, ini salah satu contoh... click untuk menghayati cerita dalam lagu ni wahai sahabat² ^_^

 

10 التعليقات:

Paan Ovrtd says:
at: December 2, 2010 at 10:11 AM said...

Yup. Orang kita ni kadang2 ada yang eksen sangat dengan ilmu dia, sampai lupa nak permudahkan penyampaian ilmu. Yeah, this comment is dedicated to my cocky cousin. Baru 2 tahun belajar kat Mesir, nak kerek apa?!

perindu_خلافة says:
at: December 2, 2010 at 10:22 AM said...

betul la tu paan, sebenarnya dalam usaha nak menyampaikan ilmu ni; hati kena ikhlas kerana ALlah dlu..

pastu cube letakkan ego diri serendah yg mgkn, sebab bila org da taw kita ada ilmu tapi kita masih merendah diri.. automatic org akan pandg tinggi kat kita,

p/s: hurm pasal cousin ko tuh elok ko cakap sndri kat dia, sbb msj ko xkkn sampai kalau tulis kat sini ^_^

Ainna Jalil says:
at: December 3, 2010 at 12:55 AM said...

betul tuh, kalau kita nak ajar orang or apa-apa la kan, mesti la ikut level otak dia, baru lah dia dapat terima ngan jlas, en suka ini entry ^.^ nak kongi boleh?

Norlyana Nasrin says:
at: December 3, 2010 at 3:39 AM said...

ilmu yg kte ade septtnye dikongsi
cara penyampaian juga harusla bersesuaian dgn pendengar kte..
kekdg kte juga perlu ckp ilmu supaya kte dpt membahaskan pandangan apabila disoal without losing our cool

perindu_خلافة says:
at: December 3, 2010 at 8:14 AM said...

enna yup.. utk seseorang yg level rendah nk sampai satu tahap yang tinggi memang sukar,
namun tidak pada yg ilmu tinggi (sebab sesiapa yg berilmu tinggi pernah melalui zaman2 ilmu rendah dia).. jadi sepatutnya dialah yg perlu merendahkan level sesuai dgn subject yg dia nak smpaikan,

hurm.. xde masalah nak kongsikan, utk ilmu dan kesedaran bersama kn ^_^

perindu_خلافة says:
at: December 3, 2010 at 8:18 AM said...

lyana.. macam yg kita penah study dalam mgt class dlu~ utk menyampaikn sesuatu msg, kita kena faham dengan semua consequencess yang ada kat sekeliling kita.. baru la mesej tersebut sampai,

contoh mudah; bercerita mengenai konsep bernoulli kapal terbang pada org yang x pernah tgk kapal terbang tapi biasa tgk kapal laut, hurm ape lah dalam bayangan dia kn... >_<

Ainna Jalil says:
at: December 3, 2010 at 12:54 PM said...

thank tau kasi share, enna nak buat notes kat fb ^.^

perindu_خلافة says:
at: December 3, 2010 at 3:29 PM said...

bereh.. ur welcome enna ^_^

airazulaikha says:
at: December 3, 2010 at 5:07 PM said...

uihh..mcm tu sekali snggup depa larik.. haishhh, tak patut.
malu bertanya sesat jalan..ermm

perindu_خلافة says:
at: December 3, 2010 at 9:26 PM said...

hahaha..
jadi attitude kite kena la ubah kn,
teringat lagi lagu xpdc "♫.. malu bertanya ustaz, sesat jalan kat akhirat.." lalala ^_^