Dalam usaha merentas ke Bumi Timur, kerjasama erat di antara ahli pasukan amat penting sekali. Ternyata gabungan yang terbentuk di antara Mahasiswa/i UIAM Gombak dan UIAM Kuantan telah menjayakan usaha dalam program berbasikal dari UIAM Kampus Gombak ke UIAM Kampus Kuantan. “IIUM INDEPENDENCE RIDE 2010” membuktikan bahawa kumpulan mahasiswa/i yang terlibat tidak kekok untuk bekerjasama biarpun ini adalah pertemuan pertama mereka dengan sahabat se‘universiti’ berlainan kampus. Berbekalkan semangat dan tekad yang tinggi, perjalanan yang di mulakan pada hari Khamis bersamaan 16 Disember 2010 (jam 9.00 pagi) di Tangga Utama Bangunan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Gombak telah berjaya ditamatkan pada 18 Disember 2010 di ruang parkir kerete Kulliyyah Farmasi di Bumi UIAM Kuantan pada jam lebih kurang 5.45 petang ahad lalu.
Terima kasih tidak terhingga dihulurkan atas kerjasama semua pihak termasuk unit pentadbiran sukan dan rekreasi UIAM Gombak, unit pentadbiran Mahallah Talhah UIAM Kuantan, tenaga kerja dari jawatankuasa pelaksana dari kedua-dua buah kampus, Polis Di Raja Malaysia Bukit Aman dan cawangan-cawangan terlibat; Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang; cawangan Temerloh dan Kuantan, Jabatan Keselamatan UIAM Kuantan, Unit Pengangkutan UIAM Gombak, peserta-peserta konvoi IIUM INDEPENDENCE RIDE 2010, Jabatan Pentadbiran SMK Bentong dan SMK Seri Tualang juga dari kalangan individu persendirian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Ucapan terima kasih ini adalah sebagai tanda penghargaan peribadi dari saya Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan, dari Unit Kebajikan Program IIUM INDEPENDECE RIDE 2010 kepada semua pihak yang terlibat, yang mana segala jasa dan budi baik anda semua Hanya ALlah yang mampu membalas dengan sebaik-baik pembalasan. insyaALlah...
“Nikmat Kemenangan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama”
(Rizqan,18 Disember 2010)
0 التعليقات:
Post a Comment