Tahukah anda!? Setiap Mahasiswa/i UIAM mempunyai akaun persendirian mereka di laman portal rasmi pelajar, di kenali sebagai MyIIUM. Biarpun akaun ini berfungsi sebagai medium komunikasi diantara pihak admin dengan pelajar; yang mana di dalamnya tersimpan segala macam khazanah seseorang pelajar tersebut, namun tidaklah ia menjadi satu ketagihan dikalangan pelajar untuk membukanya setiap hari seperti ketagihan seseorang terhadap mukabuku. Ini jelas sekali kerana kebiasaannya seseorang pelajar hanya akan melawat masuk ke laman portal ini apabila mereka memerlukan slip exam dan melihat keputusan peperiksaan semester yang lepas.
Tidaklah menjadi hairan jikalau seseorang pelajar itu boleh terlupa akan pin nombornya sendiri [parok da neyh]! Kerana adegan me‘login’ ini cuma popular tatkala hampirnya waktu exam dan selepas result exam dikeluarkan. Jadi apa pula yang berlaku bila result exam dikeluarkan...
selepas 1jam 19minit |
selepas 1jam 49minit |
selepas 6jam 54minit |
selepas 20jam 39minit |
Simptom kesukaran untuk me‘login’ masuk adalah fenomena biasa.. jika anda tidak faham mari saya bawa anda ke dunia analogi saya;
...terdapat sebuah kota yang didalamnya dipenuhi harta karun. Di sekeliling kota tersebut di ‘tembok batu’ kan setinggi yang boleh dan dindingnya amat licin maka anda tak boleh memanjat! Juga terdapatnya kolam besar yang mengelilingi tembok kota tersebut. Jalan yang ada adalah dengan melalui sebuah jambatan gantung dan melalui sebuah pintu yang kecil. Sedang ada satu lagi jalan lain yang lebih singkat adalah melalui pintu suka hati. Pintu suka hati ini menghubungkan dunia luar kota dengan dunia dalam kota, sebaik sahaja anda memasuki pintu ini dari luar kota maka dengan cepat dan pantas anda akan dapat harta karun didalamnya [pintu suka hati boleh pinjam doraemon punya]. Namun masalah yang timbul adalah doraemon dah tertinggal kunci pintu suka hati kat dalam kota ketika dia melawat kota ni satu masa dulu. Ini bermaksud bagi sesiapa yang mahu menggunakan pintu suka hati, perlulah terlebih dahulu menyelok masuk ke dalam kota, mendapatkan kunci dan seterusnya menggunakan pilihan alternatif yang dia ada [pintu suka hati]. Satu lagi jalan lain adalah berusaha sehabis mungkin, setiap kali gagal dan terjatuh dalam kolam, berdiri untuk cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi sampai dapat masuk ke dalam kota. Dalam usaha untuk menembus masuk kota tersebut ramai juga yang berhenti kerana keletihan.
Jadi terdapatlah cakap2 ini di dalam mukabuku,
Jadi apa yang kita belajar hari ini adalah; Jangan sesekali berhenti mengalah.. tekan je button refresh tu sampai jari lebam atau patah. Usaha Tangga Kejayaan kan
psstt..: Aku kurang setuju kalau ada yang bagi cadangan untuk tambah server uia, sebab kita bukannya selalu sangat pun berharap dengan service online kan. Jadi lebih baik kalau wang yang sepatutnya ke situ digunakan dalam dunia reality. heheh pendapat je,
10 التعليقات:
at: December 7, 2010 at 1:30 PM said...
hahaha..betul..lagi satu ade cadangan kata suruh improve server IIUM. aku rase no need la. sebab ape yang penting di sini ialah kesabaran. take turn la. relax. kalo bukan waktu sesak tu okay je server. Ape-apa pun kita akan get used to it sampai grad. dah lama pun kita mcmni since matric. so relax sudah. haha..
fenomena biasa. =))
at: December 7, 2010 at 2:56 PM said...
hahaha.. setuju diLa, pandangan kite sama ^_^,
kalo server laju cam fb pn x seronok jugak kn.. biar la nervous waktu nk tgk result tuh ditambah seri lagi dgn usaha nak bukak myiium..
bila berbeza baru ada kenangan lepas grade nnt (",)
give me five [jarak jaoh!]
at: December 7, 2010 at 5:44 PM said...
true true true..haha..
lagi gemuruh jiwa rasa bila kena refresh banyak2 kali tu..baru ade thrill orang kata..haha
at: December 7, 2010 at 7:01 PM said...
aku dah fed up tgk kot website..tu yg register sms tu...haha
betul2..tak yah le nak upgrade bagai...refresh je byk kali...hahah
at: December 7, 2010 at 8:26 PM said...
ruby, SMS xmencabar! hahaha
at: December 7, 2010 at 10:45 PM said...
thrill ea Dila!! suke statement tuh..
^_^ yup sms memg x mencabar la RuBy,
RuBy: hahaha.. kalo dalam analogi tuh, guna sms same la mcm guna pintu suka hati, tp masalahnya bg sesape yg x register lg phone dorang masa tgh sesak tuh tetap x dapat guna kn,
ngeh3x
at: December 8, 2010 at 9:30 AM said...
hehe menguji kesabaran do..
kte try byk kali + kakak dgn adik siap tmbhkn tension ckp " U ko 2 lopek sgt" hohohohoho kesabaran do..
hehehe nmpk statusku pada gmbr di bwh hoho
at: December 8, 2010 at 10:15 AM said...
sebenarnya dorang jeles dgn U kita la lyana sbb tu cakap macam tu.. rizQan faham perasaan dorang ^_^
p/s: uia hebatkn, nk tngk result pun dia bagi kita peluang utk belajar maksud bersabar lg.. sntiasa ade input +ve :D
at: December 9, 2010 at 6:12 AM said...
hehe agaknye la..
uia hoho mmg menguji kesabaran & memupuk sifat +ve..hehe sipi2 je lg nk lancar bom tornado kat uia..
hehehe
at: December 9, 2010 at 8:01 AM said...
hahaha.. sabar²,
jangan buat camtu, terseksa kalo nk tunggu bangunan kat uia kena siapkan semula.. hehehe >_<
psstt..: semalam x boleh masuk ktnportal, haish~
Post a Comment