Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, November 30, 2010

november duapuluh-sepuluh

                warQah daUn papYrus™ Merupakan satu nama blog yang dimiliki oleh seorang penulis muda yang masih men[cari]² identiti diri!. Dengan menggunakan url contengataskertas(dot)blogspot(dot)com, blog ini telah pun menginjak ke umurnya yang ke 1 tahun 3 bulan 18 hari pada hari ini. Biarpun hala tuju blog ini tidak pernah dikhususkan namun semua yang ditulis/dicatat/dipamerkan di laman blog ini tidak lebih adalah luahan hati dan pendapat penulis muda tersebut.
                Seiring dengan matangnya usia blog warQah daUn papYrus ini, penulis merasakan amat perlu bagi penulis juga mematangkan hasil penulisan yang akan dikeluarkan selepas ini. Pihak penulis juga bersedia membuka ruang se[luas]²nya jika ada sebarang perbincangan yang diperlukan mengenai setiap apa yang penulis keluarkan di laman sesawang ini. Sebagai manusia biasa, penulis juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi jika ada kalangan sahabat yang merasakan penulis tersilap pertimbangan, maka eloklah sahabat² menegur penulis secara terus. Tindakan ini baik bagi melepaskan diri sahabat² dari dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tidak menegur kesalahan/kesilapan penulis sedang sahabat² sedia mengetahui bahawa ianya salah dari sudut syara’. Penulis juga mohon sahabat² menegur secara baik agar penulis dapat menerima dengan hati terbuka dan memberikan pendapat dan fahaman penulis.
Perlu di ingat perbezaan pendapat itu adalah Rahmat selagi mana tujuan dan ilmu yang diperbincangkan bukan atas dasar nafsu amarah dan kepentingan diri sendiri. Kerana Haq yang sebenarnya hanyalah MILIK DIA ^_^

p/s: Sebelum menggunakan url contengataskertas; blog warQah daUn papYrus ini telah lebih dikenali sebagai cintatuhan-ihy(dot)blogspot(dot)com.. namun atas sebab² tertentu pihak penulis telah menukar urlnya kepada apa yang sedia digunakan pada waktu sekarang ini ^_^

-penulisan ini dibawakan oleh warQah muDa™-

hahaha~ name blog kau ape weyH?

             

                oKeyh.. nampak x award banner kat atas tuh, aku x dapat banner tu dari sesape coz aku sendiri yang design untuk diri aku n sesape la kekawan blogger aku yang nak letak kat blog dorang. Tapi kalo ade sesape yang nak letak banner tuh kat blog kesayangan dorang; ade syarat die, hahaha... x bleh letak free² je keyh, korang kena describe “Kenapa nama blog korang.. adalah nama blog korang !?” huhuhu
Monday, November 29, 2010

Keputusan Terkini

Jumlah perlawanan telah meningkat dari 4 kali pada hari semalam ditambah lagi dua perlawanan pada hari ini. Kemenangan pada game pertama hari ini masih berpihak kepada luQman dan game corak ke-2 ternyata berubah rentak apabila rizQan berjaya mendapatkan kemenangan pada pusingan ke-6 perlawanan catur peribadi di antara seorang rizQan dan seorang luQman.
Pihak jawatankuasa warQah muDa : “Gedung Informasi Rasmi  warQah daUn papYrus” sebagai media rasmi perlawanan tersebut meminta maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar kemenangan luQman pada pusingan ke-5 perlawanan atas masalah-masalah teknikal. Untuk itu Pengurus Besar warQah muDa iaitu Dato’ Murad @ Kaki Mengurat dipetik sebagai berkata, “Dalam usaha kita menyampaikan berita secara telus dan mulus sesuai dengan kehendak syara’, terdapat juga beberapa kesilapan dipihak kami yang mana tidak dapat kami elakkan. Justeru itu pihak kami memohon maaf secara terbuka kepada luQman selaku pemenang pusingan ke-5. Walaupun kehadiran gambar kemenangan gagal dibawa ke atas warQah daUn papYrus, namun jelas bahawa kemenangan adalah milik luQman pada pusingan pertama hari ini yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.”
Ana Muslim berumur 22 tahun, anak muda berfikiran terbuka ini menyampaikan pendapatnya. “Tindakan pihak berkenaan (warQah muDa) membuat kenyataan rasmi dan mengakui kesilapan sendiri adalah satu tindakan yang bijak. Ini kerana, mengakui kesilapan sendiri dan menyampaikan kebenaran adalah suatu yang amat dititik beratkan dalam Islam. Usahlah bergerak seperti kebanyakan media pembohong dan penyebar ideologi kurang bertamadun yang semakin berleluasa pada hari ini.”
Usaha wakil media warQah muDa untuk bertemu dengan luQman secara bersemuka gagal kerana luQman sedang keletihan dan meminta untuk penagguhan set ke-7 perlawanan pada waktu yang lain. Walaupun pihak warQah muDa gagal membawakan gambar kemenangan luQman pada set ke-5 perlawanan, namun keputusannya jelas:
-          Set ke-5 luQman MENANG
-          Set ke-6 rizQan MENANG

Maka keputusan penuh adalah seprti berikut
luQman (5) – rizQan (1)

                gambar kemenangan pusingan ke-6 telah dimuatnaik ke warQah daUn papYrus...


p/s: Bertindaklah sebagai seorang Muslim

4 berbalas kosong

                Dalam 4 perlawanan catur antara seorang rizQan dan seorang luQman... rizQan telah berjaya menewaskan luQman dengan straight set 4-0 [masih x dapat menerima kenyataan], luQman yang BERJAYA sebenarnya... hahaha, budak luQman ni memang hebat!
Aku takkan pernah lupa kekalahan pertama antara aku dengan dia adalah pada perlawanan pertama kami. Haish~ aku ingat dia budak cikai² je; rupanya.. huhuhu 5 steps yang aku gagal nampak tu dah buat aku kagum dengan budak ‘hingusan’ ni, so sejak dari tu la luQman ni dah jadi teman untuk aku main chess secara profesional... yoyo o o jeqk >_<
Perlawanan terbaru berlaku kelmarin dan semalam, kalah teruk aku... cumanya aku x berapa puas hati sebab dia lambat sangat gerak! Mengantuk dibuatnya~ [keskeskes.. baik punya alasan!], hurm tapi memang betol pun, cuba tanya dia sendiri k =_= [...luQman sila jawab dengan jujur...]
Cuma yang betol² menarik perhatian aku, budak ni kalau main chess ni.. Fuh~ focus gila kot! Terkesima aku tengok dia focus; hilang focus aku kat board catur tuh! Tapi apa² pun TaHNiaH la yuk...
oK biar gambar plak yang menerangkan segala²nya... gambar ini adalah ihsan daripada warQah muDa: “Gedung Informasi Rasmi warQah daUn papYrus” [cett ayat nak gempak je kan, hahaha ^_^]


p/s: Kita kena sentiasa ingat, ada orang yang lagi HEBAT dari kita!
Sunday, November 28, 2010

Menyenangkan Hati...

click untuk tumbesaran yang sihat =)

Di muat naik pada 2.46 PM (17 Julai 2011) untuk entry 21 dzulhijjah 1431H,
sengaja dimuat naik lambat dari tarikh sebenar atas sebab-sebab tertentu,
penconteng warQah : membuat orang lain tersenyum, adalah antara anugerah terindah buat dirinya ^_^

tag dari Bie la plak

1] Apa yang paling penting dalam hidup korang?
Segala Nikmat Tuhan
..

2] Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
Petrol Ron95.. isi tangki kereta abah aku lor
,

3] Adakah korang bercinta sekarang?
Yup, tapi selalu je tergelincir..

4] Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Untuk keluarga (+) isteri insyaALlah sehingga tanggungjawab aku terhadap mereka
² tamat, untuk Baginda insyaALlah selama²nya,

5] Di mana korang akan jumpa kekasih korang?
Keluarga boleh je jumpa kat rumah, yang lain hanya DIA yang Tahu!

6] Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?
The TRUE JIHAD: The Concepts of Peace, Tolerance and Non-Violence in Islam”, it was written by Maulana Wahiduddin Khan

7] Apakah nama penuh korang?
Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan bin Ahmad bin Khamis bin Sulaiman

8] Antara mak dengan ayah korang, yang mana lebih mesra?
Mak lebih kot.. tapi dengan abah pun oK jer,

9] Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
محمد بن عبدالله

10] Namakan tempat yang korang betul² nak pergi?
Masa hidup ni berharap sangat dapat pergi ke Makkah (+) Madinah (+) al-Quds, lepas tutup mata semestinya mengharapkan SYURGA,

11] Pilih salah satu.. peluk atau cium?
Kalau dah halal x salah ambil kedua
²-nya..

12] 5 lagu yang bermakna dalam kehidupan korang?
= Don’t Talk To Me About Muhammad – Dawud Wharnsby Ali
= Nostalgia – Shoutul Amal
= Tobat Maksiat – Wali Band
= Open Your Eyes – Maher Zain
= ..

13] Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang?
Kelakar gilew budak Bie ni sebenarnya (+) Pelajar UIAM Kuantan yang bertukar ke UIAM Gombak dengan alasan kurang munasabah ^_^ (+) oghe kelate..

14] 5 benda yang korang sayang sangat² dalam hidup korang?
= Buku
² yang aku beli pakai duit sendiri (+) Laptop (+) Pilot SUPER GRIP 0.5 (+) Duit (+) ..

15] 5 Blogger yang korang nak tag?
xnak tag sesiapa..

16] Cerita sikit pasal blogger² yang korang tag?
No description available..
Saturday, November 27, 2010

ILMU dan ‘AMAL

Berkenaan dengan tajuk entry kali ini, aku tertarik untuk membawa sahabat² memahami sedikit sebanyak peripentingnya ILMU dan juga AMAL. Dua kalimah arab yang sering di(ulang)² oleh Baginda Nabi Muhammad saw. ILMU di dalam definisi mudah adalah sesuatu yang bermanfa’at, manakala AMAL pula adalah segala juzuk perbuatan yang dilakukan yang mana mampu memberikan impak dalam kehidupan seharian. Junjungan Besar kita Muhammad saw ada menyebut dalam hadis baginda:~

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
“Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah”

                Melalui hadis ini, dapatlah kita fahami bahawa ilmu dan ‘amal adalah 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Di dalam statistik, perhubungan diantara 2 perkara ini dapat dikelaskan kepada 4 kelasnya tersendiri iaitu:~

1)      Orang yang berILMU dan berAMAL
2)      Orang yang berILMU tetapi tidak berAMAL
3)      Orang yang tidak berILMU tetapi berAMAL
4)      Orang yang tidak berILMU dan tidak berAMAL

Sebagai manusia yang mampu berfikir, sahabat² bolehlah cuba menjadi logic thinker untuk sekadar 5 minit bagi memikirkan setiap kesan yang berlaku dari amal perbuatan yang dilakukan oleh kelas² manusia diatas.

p/s: kalau sahabat² kurang jelas mengenai Logic Thinker sila click sini.
Friday, November 26, 2010

terbelajar jalan baru!

                Wah x sengaja ‘ter’pegi ke Tampin plak petang tadi.. actually terpakse coz abah aku da tersangkut kat sane, coz lori rosak then x bleh nak siapkan ari neyh jugak! So, so what!? Aku la kena menjemput die kat sinun~ hohoho.. padahal x penah lagi sbelum ni drive sendiri ke Tampin [walopun sbenarnye da byk kali ulang-alik ke pekan tebelah dua tuh].. ngehehe, aku maksudkn pekan tebelah dua coz separuh pekan tuh hak milik Melaka n separuh lagi milik tanah neghori9, haish bahagi plak betul² kat tengah pekan tuh~ oK² berbalek ke citer asal, aku ade je banyak kali pegi sane tapi abah aku je yg drive.. aku? Ape lagi tido arr, dok jalan kawasan kampung ni ape sangat la bleh tengok kn.. huhuhu, akibatnye aku memg buta(+)tuli arr camne nak pegi ke tempat tuh, kalo ade GPS dalam kete xyah citer arr kn bro.. problemnye compas pn xDe, hah camne?
                Hurm~ pas je abah aku call minx ambik kat Tampin tadi aku terus cakap “OK!!”. Padahal dalam pale otak kosong lagi, pastu bertenang 2 minit.. kalo tanye mak pun aku confirm xtaw jgak hehehe, so aku pun tinjau tingkap neighbour aku.. mujur die taw bnyk bende, oh lupe plak nak perkenalkn ngan korang, name neighbour aku neyh Gugel, aku selalu panggil uncle jeqk... uncle xbleh cakap n mgkn jgak xbleh dengar so aku pun tulis je bagi kat die, “Bukit Senggeh ke Tampin camne?!”.. so uncle pun terus lukiskan untok aku peta camne nak pegi tempat tuh, bayangkan sumer landmark pun die letak skali.. jalan² yg aku x perlu pun die tolong lukiskn untok aku, die nak aku paham betol² peta yg die buat tuh.. aliran sungai, kawasan bendang, termasuk dgn dam durian tunggal tuh pun termasuk coz die kate aku akan lalu sebelah dam, do die lukis la skali... aku cakap buat je la ape uncle nak buat, yg paling x bleh blah tu die siap anggar plak bape km aku nak lalu neyh (+) anggaran mase yg aku perlukan, hebat gak uncle neyh... xpe arr org tua memg byk pengalaman.
                So dalam dok ujan men(curah)² turun tuh aku pun gerak la ngan mak n adek aku pegi sane, alhamduliLlah kami smpai ngan selamat n x sesat [neyh yg plg penting!]. Kami teros pegi umah ‘pakwah’ [tepon sepuko coz aku pun xtaw lokasi sbenar umah sedare aku neyh.. hahaha]; pakwah neyh adik abah aku yang dok kat Tampin, coz abah aku da ade kat sane pun.. solat maghrib, pas makan citer² kejap terus gerak balek.. balek abah aku la plak drive n ujan still lagi turun mencurah, alhamduliLlah selamat jgak smpai umah ^_^

erm.. aku da kepilkan skali peta yg uncle Gugel lukiskn untok aku, mane la taw korang pn nak pegi Tampin ke boleh arr rujuk peta uncle neyh, btw... thanx bebanyk ea uncle, peta uncle amat² membantu,

haish~ siap tulis pesanan lagi kat atas peta tuh... uncle²,

pagi yg indah

Weyh korang... (agak)²nya taw x aku nak citer pasal ape plak untok n3 kali neyh ea!? Huhuhu >_< confirm arr korang x tawkn cz aku belum citer lagi!! Ok nyway aku nak kongsikan tentang suasana segar kat kampung aku sekarang neyh. Pas je balek subuh tadi, ujan men(curah)² gile turun, cam di(simbah)² plak, langit plak gelap kot.. alih² pukul 9 ujan pn brenti, phew~
Ape lagi mase untok menghirup udare segar da bermula, aku pun kuar umah n mengadap laman depan, FuH~ ni’matnya dapat rase suasane cam neyh.. jarang gilew nak dapat sbenarnye. Dgn matahari mule memancar dari sudut 45° belakang umah aku, langit plak cerah ngan awan yang (sirus)² je... mgkn yg kumolonimbus da abes jatuh ke bumi, huhuhu ^_^
Udare segar skali ngan angin sepoi² bahase (+) rumput n pokok² yang still basah (+) cahaya matahari yang memancar (+) awan sirus menghias langit (+) gelagat anak² kucing aku tgh bercanda (+) tambah sket bunyi² burung... SubhanALlah, makaseh ya Tuhan~ atas ni’mat-Mu neyh, o,;”)_
Wednesday, November 24, 2010

testing.. testing..

                assalamu’alaikum kawan², adapun entry untuk kali ni aku nak kongsikan dengan korang hasil gabungan beberapa kepingan gambar yang telah aku print screen melalui komputer peribadiku dan aku cantumkan kesemuanya menjadi satu keping gambar sahaja dengan menggunakan perisian komputer Adobe Photoshop.
Seperti yang dapat korang lihat, gambar tersebut merupakan adegan yang berlaku dalam chatbox Facebook diantara seorang aku dan seorang yang lain. Dengan tujuan untuk menyorokkan identiti kawan aku tu; maka aku telah menggunakan tool yang disediakan oleh software berkenaan yang bolehlah dikenali sebagai berus (brush) bagi memadamkan nama dan gambarnya sekali. Teknik yang digunakan adalah dengan menindih diatas setiap (nama dan gambar) yang berkenaan dengan warna asal latarbelakang. Maka terjadilah nama dan gambar tersebut ‘halimunan’.
Kemudian aku tambahkan sedikit seni kolaj yang pernah diajar dalam pendidikan seni tahun satu. Iaitu dengan meletakkan gambar ‘kotak perbualan’ bersama tulisan ‘SILA LIHAT BAWAH’ bagi menarik pandangan golongan pemerhati. Tujuannya adalah agar pemerhati boleh melihat apakah mesej yang ingin aku sampaikan melalui gambar tersebut. Berbalik kepada seni salin dan tampal ini (copy and paste), ia begitu popular baik dikalangan pelajar sekolah rendah mahupun melibatkan pelajar universiti. Malah yang lebih menarik perhatian apabila ianya juga kadang² melibatkan golongan korporat yang kekeringan idea bernas. Ternyata seni ini amat diminati ramai =_=
Oh ya, walaupun berlaku sedikit ubahan pada gambar yang asal. Namun aku menafikan telah mengubah hasil perbualan yang berlaku. Bermakna hasil perbualan tersebut mempunyai ‘autentikasi’ nya sendiri. Wahai sahabat, apakah yang kau cuba maksudkan dengan 2 kenyataan tersebut:~

p/s: hahaha... ^_^ sebenarnya aku tahu bahawa sahabatku ini sekadar bergurau, tujuanku meng‘edit’ dan memuatnaik gambar ini di atas warQah juga sekadar mahu mengasah bakatku dalam penggunaan  asas perisian photoshop. No offence yarkh~ Tapi kalau betul pun kau admire kat dia, tak salahkan !? hahaha :D

rizqan oh rizqan

                Memandangkan aku kekeringan idea nak tulis apa kat atas warQah sekarang ni. Jadi untuk entry kali ni, aku gunakan idea DiLla je. Boleh kan!? >_<
                Berdasarkan entry beliau bertajuk “[Cuba Kau Google Nama Kau]”; telah menggalakkan aku untuk mengambil langkah yang sama untuk menyiasat apa yang aku akan dapat jika nama aku pula yang dimuat naik di enjin carian Google. Sebagai permulaan aku menaip nama penuh ku berserta simbol “ ”. Gambar dibawah adalah hasilnya, sila tekan gambar untuk ‘tumBESARan’ yang sihat,

Antara yang ditunjukkan adalah blog SRC IIUM Kuantan, blog aku sendiri (warQah daUn papYrus) dan salah satu blog yang aku follow (MUKA SURAT SULIT NAZ). Walaupun blog terakhir tu macam pelik sikit nama dia, tapi jangan salah anggap ya. Sebab antara warQah dan pemilik blog tu dah disahkan tidak mempunyai sebarang hubungan s*lit. Kalian boleh buat siasatan sendiri jika mahu.
                Kemudian aku cari pula image yang ditarik sama dengan susunan aksara yang aku cari. Hasilnya seperti dibawah;

Antara yang kalian sendiri dapat lihat keluarnya gambar poster yang aku buat untuk Sports Division IKOD 2010 (+) 2 lagi poster IKOD dari division dan program lain (+) logo 24Jam (macam mcD je) (+) gambar pakcik tua senyum (+) bintang-bintang Chelsea (+) Header untuk blog Muka Surat Sulit Naz. Sekali lagi aku menafikan bahawa kami takda sebarang hubungan oK, =_=
                Kemudian aku luaskan lagi skopnya dengan membuang simbol “ ”. Yang menjadikan arahan carian supaya lebih umum, koleksi yang hampir sama dengan sebelumnya. Tapi lebih banyak hasil poster untuk program IKOD 2010 yang turut muncul, aku percaya semua poster ini sama ada ditarik dari laman blog SRC IIUM Kuantan atau pun dari Laman Blog Rasmi IKOD 2010 sendiri. Pakcik Tua (+) budak perempuan tak pakai tudung [demi menjaga aurat dia, aku pakaikan tudung buatan aku sendiri] (+) Chelsea (+) sekali lagi Muka Surat Sulit Naz.. haish dan gambar yang ada kaitan dengan SRC IIUM Kuantan. Click juga gambar untuk mendapatkan ‘tumBESARan’ yang sihat.



                Bila aksara yang tinggal hanya menyusun perkataan Muhamad Rizqan, maka terhasil seperti gambar dibawah. Selain dari peta bumi Palestin (hijau+coklat) semua tak punya kaitan langsung denganku. Turut keluar sama adalah gambar beberapa orang lelaki yang aku percaya bernama seperti nama aku, juga beberapa keratan Do’a yang mengandungi susunan huruf رزقان .



                Akhir sekali bilamana hanya perkataan ‘Rizqan’ yang dicari, tiada satu gambar pun yang keluar punya kaitan denganku. Tak perlu tunjuk gambar la ye, kalian boleh check sendiri. Jadi kesimpulannya, kalau sesiapa berniat nak cari aku. Kalian boleh ja gunakan nama Rizqan untuk cari dalam UIA, mesti jumpa. Tapi kalau dalam dunia~ korang boleh jumpa aku kat sini, warQah daUn papYrus™ ^_^
Monday, November 22, 2010

baru jumpa butang rahsia.. =_=


aku berharap korang tak gelakkan aku bila baca entry kali ni ye. Sebenarnya selepas hampir 2 tahun aku bergelar penulis blog, baru hari ini aku terperasan satu ‘button’ yang mana boleh beritahu aku mengenai statistik pengunjung blog warQah daUn papYrus ni. Haish~, dalam banyak-banyak statistic yang ada tu pula, aku tertarik dengan jumlah pengunjung untuk satu-satu artikel yang pernah aku tulis.


sila tekan gambar untuk ‘Tumbesaran’ yang sihat!!

Tanpa disangka-sangka artikel tanpa tajuk ini [...], mempunyai jumlah pengunjung tertinggi untuk jangkamasa dari Bulan May hingga November 2010. Jauh meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu artikel ‘ukhuwah fiLlah’ yang berada di tangga ke-2. Biarpun artikel tanpa tajuk ini baru ditulis pada bulan Julai tahun ini [2010] tetapi jelas rankingnya berjaya menolak artikel ke-2 yang dihantar olehku untuk warQah daUn papYrus ini [ukhuwah fiLlah ditulis pada 12 Ogos 2009]. Masih menjadi tanda-tanya kenapa artikel yang sedih-sedih perlu mendapat perhatian yang tinggi!? Phew~
Sunday, November 21, 2010

buat sahabat,

Assalamualaikum sahabat, ku titipkan warQah ini sekadar mahu menyampaikan sesuatu kepadamu. Walau kehadiranmu ke teratak ini tidak pernah meninggal sebarang jejak, tapi aku amat yakin bahwa kau selalu saja hadir ke daerah ini bukan!?. Terima Kasih sahabat, atas ziarah yang kau lakukan, semoga apa yang baik dari laman warQah-ku menjadi sesuatu yang bermanfaat pula untuk dirimu.
Sahabat, sama ada kau sedar atau tidak aku seperti hilang arah sejak akhir-akhir ini. Seolahnya aku menyalah anggap hubungan suci kita yang terbina atas nama persahabatan. Maafkan aku sahabat, aku tidak sepatutnya berpelakuan seperti yang aku maksudkan. Dalam usaha untuk aku berubah ke arah yang lebih baik, aku dipertemukan denganmu; sahabat yang aku yakin mampu membimbingku. Namun keadaan seolah sebaliknya, aku menjadi khuatir jika aku pula yang tiba-tiba mengawal keadaan. Aku mohon sahabat, jika ada sesuatu yang kau rasakan aku memerlukan satu teguran. Maka berikanlah, sekadar untuk aku sedar dari mimpi indah yang merosakkan. Mungkin kau merasakan teguran kau hanya membuatkan hubungan ini renggang, tapi ingatlah sahabat. Teguran yang kau berikan itu mampu menjadi dalil buat kau diakhirat kelak, elakkan dirimu sahabat; dari neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu (berhala). Dan bantulah juga sahabatmu ini agar tidak dia berada di tepian gigi-gigi neraka. Na’uzubiLlahu min zalik o,;”)_

artikel tersorok.. =_=

                Haish~ kawan² die neyh ajak lagi pegi BERENANG... kadang² tuh memang die teringin jugak nak turun. Tapi masalahnye budak rizQan neyh mane pndai berenang. Hah >> so camne!? Sesape ade idea nak selesaikn problem die neyh!! Peringatan ea, sesape yg bakal jadik awek rizQan neyh nanti pikir² arr balek.. coz aku x rase yang die neyh akan terjun untuk slamatkan korang kalo korang lemas dalam tasik ke, laut ke, kolam ke >_< huhuhu pandai² sendiri arr k, jangan cakap aku x penah gitaw kat korang plak. oK point pertame tadi x pndai berenang ya~
[hurm walopun x bleh berenang tapi aku boleh apungkn badan arr!!]
                Makanan fevret budak neyh plak; KURMA n SUSU... mak aih, selera klasik gilew!! Wujud lagi ke orang cam neyh, aku ingat dalam filem arab 60-an jeqk. Hah~ tapi memang betol, aku penah tengok die neyh abeskn 2L susu dutch lady dalam tengah dok melayan citer ‘Knowing’. Bayangkn citer 2 jam, 2 liter susu abes. Kuat gilew budak neyh minum, badan xDe arr besar mane pun!? Tapi yang kelakarnye, die kena bayar balek hutang tuh ngan ulang-alik ke toilet lebih dari 8 jam... hahaha, bukan aku sorang je yg gelak ^_^ tapi ramai lagi woo... Danny arr yg paling x bleh blah, smpai sekarang die ingat lagi peristiwa tuh. Malu aku dibuatnye [ee.. knape aku plak yang nak malukn?? kn?] malu besar budak rizQan neyh bile citer neyh di(ulang)² depan die. Ngahaha... nak gelak pun segan lor~ wohoo.. point ke-2 plak minum susu xPe bro taPi melantak susu jangan,
[weyh >> susu memang favourite aku arr, biarpun akan sakit perot taPi aku tetap suke minum jugak.. hehehe (“,)]
                Sape plak yang ISTIMEWA dalam idup budak rizQan neyh ye, hehehe... paling utama musTi arr family die zaharamanaf.ramlanahmad.norrizqanaizni.ummiikhlas n sitiroslinda. Pastu kuarge besar die, datuknenek.pakcikmakcik.sepupusepapat n anakbuah. De2 belah kluarge~ pastu die penah bagitaw aku, aku rase ramai jugak yang da taw pasal bende neyh.. die teringin sangat nk jumpe sorang laki neyh! Sebab die kate, laki neyh boleh guide die untok jadi lebih baek. Walopun cinte die kat orang tuh tinggi, tapi banyak kali da jatoh... cepat sangat tergelincir. N pekare yang paling die risau bile cinte die x berbalas, atau pon diri die x layak untok dekat dengan laki tuh. Sedeykn~ aku pon sedey jgak bile taw kisah die neyh, tapi xpe rizQan... kalo ko usaha sehabis mungkin mesti ko dapat. Kn kite da diajar camne untok mencari cinTe tuh. insyaALlah.. kalo niyyat ko bersih mesTi DIA yang akn bantu ko,

p/s: Artikel ni sepatutnya telah dipostkan pada 29 July 2010, tapi aku sendiri tak pasti kenapa ia masih tersimpan dalam folder dokumen aku. Jadi aku ambil inisiatif untuk postkan juga walaupun agak lewat- memandangkan penulisannya memang untuk warQah, bagiku ini adalah perkongsian mengenai diriku untuk kalian.
Saturday, November 20, 2010

placement for IT,

                Alhamdulilah… akhirnya permohonan aku untuk jalankan latihan industri kat Hospital Kajang tahun depan dah pun diterima! Dalam proses permohonan tu pun ramai je sahabat-sahabat yang tertanya-tanya kenapa Kajang yang aku pilih, sedangkan sekarang aku dah pun menetap kat Melaka. Persoalan yang logik untuk ditimbulkan!

“Kau rindukan Kajang ea Rizq...”
“...entah-entah ada awek kat sana, sebab tu nak sangat buat kat sana kan!”
“Ko buat kat Kajang sebab nak jaoh dengan parents ko ke?”
“Apsal ea ko nak buat practical kat sane!?, aku rase ade something ni...”

                Tapi dalam banyak-banyak persoalan tu ada juga anggapan-anggapan kurang berasas macam kat atas tu. Tipulah kalau aku kata tak rindukan Kajang (+) Semenyih kan, sebab dari keseluruhan umur aku sekarang ni. 20 tahun lebih sikit aku ada kat sekitar oldtown tu ja! [BBB+Kajang+Semenyih], hidup kat Melaka ni pun tak sampai 2 tahun lagi. Jadi rindu tu memang betul la!! Cuma jawapan yang paling tepat, macam yang aku dah banyak kali ulang sebelum ni. Pasal jarak perjalanan yang aku kena tempuh hari-hari, kali ni aku sertakan bukti bergambar beza jarak antara Rumah aku ke Hospital Melaka dan Rumah kakak aku ke Hospital Kajang.
Semenyih - Hospital Kajang
Bukit Senggeh - Hospital Melaka
sila click gambar untuk 'tumbesaran' yang sihat

p/s: Beza sangat kan jarak dia, kalau aku buat kat Hospital Melaka.. sama la macam aku pergi Hospital Kajang pastu balik rumah balik pastu pergi lagi sekali, haish ^_^ [bersama dengan aku kat Kajang nanti; Rifdi ngan Faris!! Congratz untuk kami, heheh]

Friday, November 19, 2010

saje² buat walo x kna sumpahan.. kekeke,


1] 3 Names in your inbox cellphone
Abeer (+) Bad (+) Pudin

2] Your main ringtone
Monotone je la.. aku mana pakai hphne mahal
² ni,

3] What U did at 12 last night?
On9 FB (+) blogwalking, sebelum tido..

4] Who was the last person U went out with?
Danny.. dari sekilau ke McD tc,

5] The color of T-shirt you’re wearing now?
Black

6] The last thing you did?
Mesin rumput kat laman depan.. kekeke, 1st time sebenarnya [gatal
² nak test]

7] 3 of your everyday favourite items?
Laptop (+) Buku (+)  Pilot SUPER GRIP 0.5

8] The color of your bedroom
Hijau pucuk pisang (+) Merah muda

9] How much money in your wallet now?
RM 21.35 je.. huhuhu [x risau sgt pasal duit ni kalo duk kat rumah]

10] Your favourite song?
Layan lagu
² dari Maher Zain (+) Rock Classic,

11] What will you do next weekend?
Pergi kenduri, cuti
² ni biasa la orang ramai berebut buat kenduri kan..

12] When was the last time U saw Ur Mum?
baru je tadi, tengah sediakn lunch..

13] Where is she now?
dapur lar~ takkan kat bilik bacaan pulak.. haish

14] When was the last time you talked to your parents?
masa bekpes pagi td,

15] Who is the last person that texted U?
nombor x dikenali, bila tanya nak cari sape.. x abes
² ngelak jawab soklan! [so aku bagi salam n terus barr no tu.. kekeke] ^_^

16] Where did U have your Dinner lastnight?
aku x makan pun kat rumah, sbb da kenyang makan sup kat masjid~ huhuhu

17] The last suprise you got?
knowing my warQah’s stalker.. it was very unexpected,

18] Last thing U borrowed from ur friends?
Helmet kot~ malam sebelum balik ke melaka, thanx mamat..

19] Who is ur BF/GF or husband/wife?
Maaf.. saya tak faham soalan yang ni!

20] What do you feel now?
Blur

21] Wanna share with who?
x perlu kot.. simpan sendiri
² sudah,

22] Who knows ur secret?
ma BFFs~

23] They keep ur secret?
musTi la.. kalo tak, mana ada rahsia lagi kn.. huhuhu >_<

24] Are you angry with someone?
Nope,

25] What do you order at McD?
Big Mac, regular set.. ribena xnak ice k,

26] The last time you felt so sad?
17th October 2010

27] What is your wish for tomorrow?
having a good day than before,

28] Who will U tag next?
sesapa yang terbaca tag ni, x kesah la korang nak buat @ x.. tapi kalo korang x buat n kena kaco dgn sumpahan RuBy (+) Lyana jangan salahkan aku k, ^_^