Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, July 7, 2010

...


sekadar gambar hiasan

Awak,
saya nak ucapkan terima kasih kat awak…
sebab awak da ajar saya erti kehilangan,
mesti awak rasa,
pengorbanan awak selama ni~
semua sia² belaka,
awak tego saya dengan hikmah,
tapi saya buat dono je,
diam awak tanda awak tak gembira,
awak penah bagitau masa mula² jumpa,
kalau sesapa buat jahat dengan awak,
awak akan dendam sampai satu masa.

Awak,
jujur saya katakan..
awaklah teman paling baik yang penah saya jumpa,
mungkin jugak anugerah terindah yang penah saya terima,
tapi dek kerana kesilapan saya,
hari ni awak pergi~ saya akan terima keputusan tu seadanya.

Awak,
saya takkan minta maaf lagi,
sebab bagi awak.. maaf saya da tak bermakna,
saya takkan ganggu awak lagi,
sebab saya tak sanggup tambah dosa sedia ada,

Awak,
selama 3 tahun awak mendidik saya,
hari ni baru saya sedar diri,
keputusan awak da mengajar saya maksud menghargai,
tapi semuanya da terlewat sebab awak da pun pergi,

ini yang awak perlu tahu…
pengorbanan awak tak penah sia² selama ni,
sebab mulai hari ni.. saya janji untuk ubah diri.
saya takkan pujuk awak untuk kembali,
cuma satu yang saya pinta…
harapan untuk ‘satu masa’ yang saya tunggu tu akan tiba,
ucapan kemaafan sebelum saya ditutup kedua belah mata.

T_T

2 التعليقات:

Unknown says:
at: November 22, 2010 at 11:44 PM said...

apa2 pun kita belajar dri kesilapan

perindu_خلافة says:
at: February 5, 2011 at 9:20 AM said...

insyaALlah,