Kat situlah…
tempat aku sambung stuDy pas abes zaman persekolahan dulu,
ingat lagi 2 julai 2006 hari pendaftaran,
kali pertama aku dengar orang buat 3 bahasa dalam satu pengumuman,
bahasa utama english, pas tuh arab pas tuh melayu,
kagum sangat dengan tempat tu,
masih terpahat walopun da lame berlalu.
Kat situlah…
kami jadi intake teramai dalam sejarah pengambilan pelajar baru,
ta’aruf terBeSt yang aku rase antare sumer U,
kenal dengan ramai sahabat dan perkataan baru;
jugak aku belajar untuk menjadi SATU,
Kat situlah…
aku jumpa balek ngan bahasa arab,
subjek paling aku minat mase sekolah kat SRAPS,
alhamduliLlah, walopun da lame tinggal tapi tak susah aku nak belajar
balek,
mungkin do’a ustazah-ku yang tak penah putus untuk aku benar² faham
bahasa dunia tuh.
Kat situlah…
aku belajar mendekatkan diri dengan DIA,
aku applykan ape saje yang aku belajar dalam realiti kehidupan dunia,
jugak ayat cinta pertama yang aku luahkan kat DIA,
buatkan aku senang untuk pinta segale yang-ku mahu,
jugak mule menghafal Wasiat Ulung sedaye yang aku mampu.
Kat situlah…
ada sorang lecturer math yang anti sikit denganku,
tapi jujur aku tak penah pun nak marahkan dia,
walopun kadang2 terasa hati bila dia tak terima ape yang aku buat.
Kat situlah…
tersimpan segale cerita,
Mahallah Umar al-Khattab 1 dan 2,
jugak Aika Café dari restoran jejantas ke UKC 2,
Masjid Kolej Islam Malaya aku takkan penah lupa,
Science Building, ANR, LY dan Annex (NX) sumer terkumpol kat sane,
erm.. kat situlah bermula,
dari Matriculation Center ke Center For Foundation Studies,
sedang aku pulak duduk di antare keduanya,
ura² ke Pulau Indah dan Janda Baik tergendala, akhirnya…
dari satu unit terbahagi ke Nilai dan Petaling Jaya,
aku tamatkan pengajian kat situ dan sekarang aku berbangga,
menjadi lepasan sebuah Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa,
Malaysia.
0 التعليقات:
Post a Comment