Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, July 15, 2010

uia-Qu

           Untuk n3 kali neyh.. aku nak kongsikan sket ngan korang sumer pasal tempat aku stuDy skang; ape lagi arr kalo bukan UIA kn. UIA neyh satu²nye universiti kat Malaysia yang jadikan English sebagai medium perantaraan dalam sistem pendidikannye, urusan pejabatnye, erm… senang kate dalam segale ape arr yang berlaku dalam campus berbumbung biru kat Gombak tuh n campus yang belum completely siap dengan bumbung merah kat Bumi Kuantan neyh. Harap korang x anggap polisi neyh bertujuan merendahkn bahase ibunde sendiri, cume dalam suasana antarabangsa yang wujud kat sini, english lebih memudahkan. Bukan ke mempermudahkan urusan orang len tuh jugak dikire sebagai sedeQah!?~

           Bagi korang yang bese dengar name UIA mungkin x perlu lagi nak tanye standard Quality yang digunekn kat sini. alhamduliLlah ape je pengajian yang ditawarkn kat sini diiktiraf sampai ke peringkat antarabangsa. Malah sesetangah negara didunia menjadikn graduan lepasan UIA sebagai pilihan pertame bagi ditawarkan sebarang pekerjaan berbanding memilih graduan lepasan universiti yang ade dalam negare dorang sendiri. Triple ICE, adalah akronim bagi visi UIAM… Internationalization, Islamization, Integration n Comprehensive Excellence. Menjadikn 5 ayat pertame dari Surah al-‘Alaq sebagai motivasi pencarian ilmu… sket sbanyak mempersediakn lepasan pelajar²nye untuk menjadi pembimbing umat di mase depan. insyaALlah~

           Kebanyakan terms yg digunekan kat UIA mungkin berbeza bagi universiti len dalam Malaysia. Antara faktor utama adalah kerana UIA menggunakn english dan bahase arab sebagai medium rasmi perantaraannye. Bagi kebanyakn universiti kt Malaysia neyh, perkataan ‘fakulti’ lebih popular bagi merujuk division² tertentu aliran ilmu n mungkin jgak ‘sekolah’ seperti yg digunekn kat UMS. UIA memilih untuk menyebut ‘Kulliyyah’ bagi maksud yang same dengan faculti di universiti len. Sebagai contoh aku berada dalam Kulliyyah of Science, n beberape lagi course yg ditawarkn kat UIA campus Kuantan neyh termasuk arr Kulliyyah of Medicine, Kulliyyah of Pharmacy, Kulliyyah of Dentistry, Kulliyyah of Allied Health Science jugak Kulliyyah of Nursing. Manakale course yg ditawarkn kat UIA Gombak, termasuk arr Kulliyyah of Laws, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, Kulliyyah ofEngineering, Kulliyyah of Architecture & Environmental Design, Kulliyyah of Information & Communication Technology dan jugak Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.

           Kolej Kediaman Pelajar yg besenye dikenali di setiap universiti dikenali sebagai ‘Mahallah’ di UIA, terdapat banyak mahallah yang didirikan. Dengan konsep yang standard dimane setiap bilik mampu menempatkan 4 pelajar yang mane setiap pelajar mempunyai compartment sendiri. Bagi setiap compartment plak setiap pelajar akan disediakn ngan sebuah katil, meja stuDy locker dan jgak plug sambungan electric. Namun ade jugak mahallah dalam bentuk apartment bagi pasangan pelajar yang telah mendirikan rumah tangga. Dan satu mahallah special yang telah dibine kat Gombak bagi mereka² yg sanggup membayar lebih. Sebuah bilik yang dilengkapi dengan tandas, shower semburan panas, bath tub, airconditioner, tv dan Astro. Bile da special make harge pun jadi ‘Mahal lah’ kn, mane boleh same. Tapi kt Kuantan len pulak, hanye 2 kompleks standard yg didirikan. Yang pertama Mahallah Maimunah mengandungi 8 blok termasuk Central Facilities-nye (CF) dan yang kedua adalah Mahallah Talhah berjumlah 7 blok dan satu CF. Oleh disebabkan usaha menyiapkan blok standard UIA yang baru mengambil mase yang lame, make 6 buah kompleks rumah kedai diubah untuk menjadi mahallah. Dan kesemua blok tambahan ini berade kat luar dari campus.

           Untuk student baru ke UIA, aku ucapkan selamat datang k, stuDy leklok.. hurm~ tu je kot buat mase neyh.. ari neyh xde lectures sebab tuh arr aku boleh menulis kat sini, huhuhu ^_^

0 التعليقات: