Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, July 12, 2010

mahallah Franky


mahallah franky

alhamduliLlah semalam dapat jugak aku mendaftar masuk ke mahallah baru (mahallah at-Tabari) kat sebelah Kompleks Dagangan Mahkota neyh. Berdiri sebagai sebuah lagi mahallah Talhah diluar campus menjadikan ia adalah blog block ke-4 bangunan yang berfungsi sebagai tempat penginapan pelajar2 UIA Kuantan. Selepas T8 dan T9 di IM2, jugak T10 di IM6, mahallah yang aku duduk sekarang neyh adalah T11; jugak lebih dikenali sebagai Mahallah Franky. Hahaha.. kelakar pun ade jugak, sebenarnya FrankyLand tuh adalah developer yang bertanggungjawab menjadikan impian Mahallah baru untuk diduduki dalam masa 7 bulan menjadi kenyataan. Terima Kasih UIA Kuantan, SRC, MRC, jugak FrankyLand yang berjaya menempatkan pelajar2 sebelum bermulanya sem baru 2010/2011.
Bagi yang tidak sama2 berada di mahallah neyh, ini yang dapat aku ceritakan sikit. Mahallah yang betul2 baru siap neyh kami masuki dalam keadaan yang betol2 fresh. Bau simen, habuk dan cat masih kuat. Bayangkan fasa terakhir pemasangan elektrik dan penyambungan air sementara adalah sehari sebelum hari pendaftaran… iaitu hari sabtu 10 Julai 2010. Hurm apa pun semangat kerja sama selama neyh tak pernah luntur sikit pun, masing2 berusaha membersihkan bilik2 walaupun sedar bahawa esok mereka mempunyai lectures pertama untuk permulaan sem yang baru. Dan hari aku menulis neyh, segalanya nampak lebih bersih dari semalam. Habuk semakin berkurang, barang2 jugak dah dikemas masuk ke dalam locker. Yang paling specialnya kali neyh, setiap orang boleh request untuk menukar bilik, memilih compartment dan roomate sendiri. Wooo.. pertama kali dalam sejarah UIA neyh, mungkin disebabkan oleh kekosongan yang masih banyak dalam mahallah Franky neyh. Menurut Ustaz Ali, terdapat lebih 500 katil kosong buat masa neyh… dan kemasukan untuk intake November adalah berjumlah 700 orang. Harap2 sangat 2 lagi blok tambahan yang berada pada fasa akhir kat sebelah neyh dapat disiapkan tepat pada waktunya. Musolla, Café, KOOP, insyaAllah akan ada dalam masa terdekat neyh. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak2 pada semua pihak yang bertungkus lumus untuk menyediakan prasarana terbaik buat kami semua. ^_^
p/s: bilik aku masih punyai 5 katil kosong dari 9 tempat… hahaha, best3!! Harap xde yang masuk lagi da, so sorang dapat arr pakai 2 katil, 2 locker n 2 meja stuDy, huhuhu (roomate ku, pudin,tihi n k-oi)…

0 التعليقات: