Seawal
jam 4 pagi lg mak aku da kejutkan sumer orang. Hahaha.. memang da taw da,
dialah orang yang paling eX-cited nak antar aku ke kuantan ari tuh. Katenya
takot terlambat~ huhuhu. Waktu pendaftaran aku kat campus tuh sebenarnye jam 11
pagi. Tak mungkin terlambat kan.. kami merancang perjalanan ambil masa lebih
kurg 5 jam coz speed limit abah aku bawak kete 110 km/jam je [pemanduan
selamat]. Itu tak termasuk traffic jam Kajang-KL, berhenti kat toilet n minum
pagi kat RnR Gambang. Jadi kami bertolak sesudah je Solat Subuh iaitu lebih
kurang jam 6.00 pagi. Seperti yang dirancang…
Jam 8
pagi; tepat berada kat atas Jambatan yang merentasi Sg Pahang berhampiran RnR
Temerloh. “Ko katne skang?” aku type msg ringkas pastu sent kat sumer
eX-classmates aku kat Foundation dlu. Tak smpai 3 minit ber(lumbe)² msg masok
phne aku. N ni antare sebahagian msg yg aku masih ingat smpai skrg. “Ak bru
je lpas tol karak” dari Nasr, “Aku baru nak kuar rumah” dari Faisal,
“aku dah sampai uia dah, kat gombak. hahaha” dari Fahmi.
Hurm.. aku ingat betol la da smpai kat uia (ktn) pkul 8 pagi, gilew semangat
budak neyh. Rupenya baru lpas tol gombak… huhuhu yg plg x tahan pesa arr baru
nak kuar rumah. Neyh case malas sesak² dtg awal la neyh~
Mase
minum pagi kat RnR Gambang; jumpe sorang eX-classmate aku kat Foundation dlu,
tapi die neyh sister lor~ Jadi aku x knal sgt, cuma yg aku pasti die budak
SMAKL.. mksdnye kawan baek Fahmi arr tuh. Pas minum pagi kami terus sambung
perjalanan ke UIA (kuantan), berdasarkan map yang dibekalkan dalam booklet tuh
macam Tol Gambang lagi dekat, jadi kami kuar ikot susur tuh. Tapi kete sister
tadi terus ikot highway, so taw lah yg dia akan kuar ikut Tol Kuantan. Takdelah
banyak beza pun coz dua² memg akn smpai jgak ke destinasi sma kn. Rupenya
perkiraan aku silap, peta tuh x ikot skala sebenar, jadi dari Tol Gambang kami
kena ikot jalan bese yang lebih kurang setengah jam jarak perjalanan die. Smpai
je kat Gate aku nmpak kete sister tadi kat belakang kete aku. Huh~ aku smpai
dlu jgak. Pak Guard kate “Masuk” bersama senyuman selamat datang. Kami masuk
cari parking, pastu abah pegi jumpe ayah sister tuh. Menurut ayah sister tuh, “Jarak
keluar dari highway ke UIA memg berbeza tapi jarak tempuh perjalanan dari susur
keluar Gambang tuh same je!”. Jadi pilihan aku tepat lah, kurang bayar tol cume
melilau sket arr nak cari jalan. Ngee >_<
Ini arr
kali pertame aku jejakkan kaki ke Kuantan, kali pertama sampai kat UIA Kuantan,
dan kali pertama aku tengok campus yang emmm… HIJAU. Heheh, memg terkilan sket
bile taw bebudak kat Gombak punye condition jaoh berbeza. Bagai Langit dengan
Bumi jaohnye, tapi semangat untuk stuDy n timba pengalaman baru kat sini tak
luntur sket pun.
Selang 2 minggu lpas tuh, aku masuk
kat WacKOS, tmpat lepak budak² Kulliyyah of Science, IIUM Kuantan neyh.
Terpampang satu lukisan budak² tgh tanam pokok kat tepi sebuah kolam, dan
bayang dekat air kolam tu plak tunjukkan sebuah pokok yang besar merimbun
berdiri pada dasar akar yang sama; menjadi tempat permainan sebuah keluarga.
Pada gambar tu ditulis sesuatu yang benar² bagi aku inspirasi bahwa pengalihan
Mahasiswa/i Kulliyyah of Science dari UIA Gombak ke campus baru UIA Kuantan
adalah satu rahmat besar yang tidak ternilai. [aku merupakan generasi ke-2
student KOS yg masuk ke UIA Kuantan.]
“What
we stand for today is THE
GRASS OTHERS WILL THREAD ON TOMORROW. As PIONEERS TO
our YOUNG CAMPUS, we are SECURING THE ROOTS OF
FLOURISHING STUDENT community with passion for knowledgs, creativity
and life…”
Since dari situlah aku da tak
fikirkan lagi pasal Gombak Campus. Ape yang penting sekarang aku adalah salah
sorang dari Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hari neyh 29 June
2010, menggenapkan 2 tahun aku bergelar Pelajar di tempat tuh dan masih berbaki
2 tahun lagi untuk aku mendapatkan segulung Ijazah.
Manakala cerita yang aku tulis kat
atas tuh berlaku pada 29 June 2008; Hari Pendaftaran Masuk Pelajar baru ke UIAM
2008. [berbanding ke‘HIJAU’an 2 tahun lepas, aku percaya admin UIA berusaha
sebaek mungkin untuk me‘nyelesa’kan pelajar²nya. Berita gembira terbaru yang
diterima, Mahallah baru da siap dan boleh diduduki semasa pendaftaran masuk
awal sem neyh.] aku jugak berharap dapat bertarawikh Ramadhan tahun neyh kat
masjid baru. ^_^
0 التعليقات:
Post a Comment