Salam’alaykum FiQ.. Mula² sekali abg ucapkan TaHNiaH sebab
Syafiq bakal menjadi Mahasiswa untuk jurusan Kejuruteraan Awam kat UiTM tuh
sebaik je mendaftar masuk hari neyh. Walaupun rasa sedikit terkilan atas sebab²
tertentu. erm.. takpe abg taknak hilangkan mood gembira hari neyh. Abg percaya
kalaulah arwah Pak Lang masih ada mesti dia pun bangga dengan Syafiq. Walaupun
Syafiq tak sempat tunjukkan keputusan PMR dan SPM yang lepas, jugak keputusan
untuk diterima masuk ke peringkat setinggi neyh pada Abah FiQ~ tapi ingatlah
masih ramai yang sedang mengharapkan yang terbaek dari Syafiq. Mak FiQ (a.k.a
Maklang abang) mesti nak anak² dia jadi yang terbaek dari yang terbaek.
Contohilah apa saja yang baek dari abang² FiQ yang laen. Along Wan dengan Angah
dah tunjukkan yang terbaek dari diorang. Mamat jugak dah tunjukkan pada kita
apa yang mampu dia buat. Ternyata dia lebih kuat dari yang kita sangka.
Maksudnya selaen ilmu yang kita tuntut kat sekolah atau pun universiti, kita
sebenarnya perlu menuntut ilmu yang sebenar-benarnya iaitu ilmu kehidupan
realiti. Itulah yang Mamat dah tunjukkan pada abang. Dan abang jugak banyak
belajar dari dia. Walaupun abang tau yang dia tu kadang² penakut sikit, hahaha.
Abang
tak taw sama ada FiQ baca atau tak tulisan neyh. Tapi abang akan tetap menulis
walaupun sampai takda orang yang sanggup baca hasil tulisan² abang lagi. Hurm..
berkenaan dengan kemasukan ke Peringkat Pengajian yang lebih tinggi neyh. Abang
nak pesan sikit 2,3 perkara. Selaen persiapan document dan barang² keperluan
asas. Abang harap Syafiq dah bersedia dari persiapan mental jugak. Sebab inilah
masa paling sukar bagi seorang pelajar untuk menentukan hala tuju kehidupannya
di masa depan. Abang akui, abang jugak pernah jatuh dan itu memang lumrah untuk
seseorang menjadi lebih matang. Tapi disaat nilah keputusan 100% terletak kat
tangan kita, kawan² yang kita dampingi, keadaan semasa semuanya turut memberi
impak untuk keputusan yang kita akan buat tapi ingatlah kita yang membuat
pilihan.
Sepanjang
melanjutkan pengajian peringkat tinggi neyh. Banyak yang abang dah lihat, ada
sahabat² yang gagal dan akhirnya di buang dari pengajian. Perangai sahabat²
yang berubah dari sesorang yang baek mula menjadi sedikit liar. Semuanya boleh
berlaku kalau kita tak punya jati diri sendiri. ABANG HARAP SYAFIQ SENTIASA
TEGUH DENGAN PENDIRIAN DI BAWAH RAHMAT ALLAH SWT. Paling penting solat jangan
terabai, sebab itu lah pengikat kita dengan Tuhan. Walau sesibuk mana pun kita.
Jangan anggap solat perkara remeh temeh yuk. Kalau kita selalu solat maghrib
dah dekat waktu ‘isya nanti orang ingat kita nak buat solat jama’ pulak. Takut
pulak diorang nak solat dengan kita nanti, sedangkan Solat neyh la penghubung
kasih sayang Manusia-Manusia dan Manusia-Tuhan. Paling penting FiQ sentiasa kena ingat, stuDy neyh jugak adalah
sebahagian daripada ‘ibadah. Maaf ye ayat tak berapa tersusun sebab ni je cara
yang abang boleh buat untuk pastikan takda idea yang hilang.
-method penulisan: 7 minit tanpa henti-
1 التعليقات:
at: November 2, 2012 at 11:44 PM said...
Terima kasih Angah Rizqan. Terharu gler baca nukilan nie. InsyaAllah fiq akan cuba ntok mnjadi yg terbaik. Sori sngat2 sbb baru terjumpa entry nie. Bangga ade abng sedare mcm angah.terima kasih skali lg atas nasihat2 yg angah sampaikan. Huhu ^_^
Post a Comment