بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Seperti kalian sedia maklum, ini adalah penstrukturan semula yang pertama kali
dilakukan bagi blog warQah daUn papYrus. Jika sebelum ini telah dilakukan
perubahan url blog ini daripada cintatuhan-ihy.blogspot.com kepada
contengataskertas.blogspot.com adalah kerana halatuju blog ni yang terlalu umum
selain lebih mudah untuk di ingati. Nama blog warQah daUn papYrus dikekalkan
sesuai dengan maksud asal penulis blog ini bahawa ‘tanpa sesuatu yang bermaknaianya tidak bernilai langsung’ adalah sifat diri manusia itu sendiri.
Diharapkan dengan tinta yang ditumpahkan oleh penulis keatas daun papyrus ini
sedikit sebanyak membawa manfaat kepada pembaca sekalian. Template asal daun
papyrus yang digunapakai satu masa dulu kini telah ditukarkan kepada template
baru iaitu bertemakan lautan. Penukaran template baru bukan sahaja melazatkan
mata yang melihat malah bagi memastikan blog ini sentiasa segar dan menjadi
titik permulaan ke arah yang lebih baik. Penggunaan Tema lautan adalah bagi
menyatakan keluasan ilmu dan nikmat Allah itu sendiri yang mana terlalu banyak
untuk dihitung.
Bagi (sahabat)2 yang
sentiasa mengikuti warQah daUn papYrus, pasti menyedari pendekatan ber(ubah)2
yang dibawa oleh penulis. Termasuklah cara penyampaian, penggunaan kata nama
yang ber(beza) seperti saya, aku, ana, abang, dan sebagainya. Malah
bahasa yang digunakan dalam artikel juga kadangkala ditulis bukan dalam bahasa
ibunda, atau pun ditulis dalam bahasa pasar sahaja. Seperti yang telah penulis
maklumkan pada kalian melalui ruangan About Me, ia adalah berdasarkan
pertimbangan penulis sendiri. Ini kerana terdapat artikel yang penting seperti
da’wah makanya English akan digunakan sebagai medium perantaraan keseluruh dunia,
sesuai dengan peranannya sebagai bahasa antarabangsa dizaman ini. Penggunaan
kata nama berbeza yang digunapakai adalah kerana setiap artikel mempunyai
golongan sasar tertentu, tidak juga dinafikan adakalanya ia adalah atas
kekhilafan penulis sendiri. Bagi sahabat yang memahami dengan situasi ini
mereka dapat menafsirkan bahawa penulis sedang mencari identitinya sendiri.
BENAR penulis memang sedang mencari identiti-nya yang pernah hilang satu ketika
dulu, diharapkan sahabat di sini sentiasa menyokong penulis untuk berubah ke
arah yang lebih baik. Akhir kalam, penulis akan cuba menggunakan pendekatan
terbaik yang mampu membuatkan pembaca memahami mesej yang cuba disampaikan.
Ingatlah kita perlukan ilmu dan akhlak seperti daun papyrus memerlukan tinta emas
bagi membuat ia dipandang mulia.
0 التعليقات:
Post a Comment