Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, June 7, 2010

jom tengok siapa yang salah?


            Marah, panas hati, geram dengan gelagat israel laknatuLlah.. sudahlah membina negara secara haram, kemudian berusaha pula melebarkan jalur jajahannya keseluruh tanah suci al-Quds. Arab Palestin yang dari dulu ditindas.. terus-terusan menjadi mangsa bangsa laknat tersebut, tak cukup dengan israel yang memang sudah pasti kejam; ganasnya. Tambah pula lagi dengan kebanyakan pemimpin² dunia Islam (KONONnya) yang duduk berdiam diri, membuat bodoh dan yang hebat sikit mampu berkata “We condem the Israeli government!!”, woo takutnya israel bila dengar mereka ni bercakap macam tu.. seolah-olah israel hanyalah seorang budak kecil yang senang digertak dengan kata-kata. Huh~ tapi tidaklah aku meletakkan 100% kesalahan dan kelemahan tu pada para pemimpin semata-mata sebab memang sudah terang lagi bersuluh… naiknya mereka bukan atas dasar agama (KEBANYAKANnya), ada yang sibuk memperjuangkan agenda bangsa tidak kurang juga yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri. Semuanya sudah diatur kemas oleh musuh antarabangsa ni, hebatkan!
            Umat Islam keseluruhannya juga perlu melihat, menilik dan muhasabah kembali diri sendiri. Apakah kita ini hanya Muslim pada jasmani atau Muslim yang sebenar-benarnya? Hari ini sahaja jika dipersoalkan tentang Solat, aku yaqin sebilangan besar umat Islam tidak mendirikan solat fardhu seperti yang sepatutnya. YAQIN aku cukup yaqin, belum kira mengenai melakukan sunnah² yang lain. Na’uzubiLlahu minzalik o,;”)_ Lupakah pada sabdaan Junjungan Besar kita mengenai solat? Solat jamaah itulah yang menjaga perbatasan-sempadan orang² Islam! Lupakah kita? Oleh kerana itu sedarlah wahai saudaraku, selagi kita tidak berada di atas landasan yang betul janganlah berharap kejayaan itu sudah dekat.

Ada petikan dari Rabbai Yahudi mengatakan "Umat Islam hanya mampu mengalahkan orang2 yahudi apabila bilangan mereka yang hadir Solat Subuh Berjamaah (di masjid) adalah bersamaan dengan jumlah mereka yang hadir pada solat hari Jumaat!"

0 التعليقات: