Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, June 7, 2010

o,;”)_ep2


sambungan daripada o,;”)

           “Hei.. warQah, bila sampai?” Terkesima PeNa, bila terpandangkan warQah yang tekun memerhatikannya. “agak lama, cuma sengaja tidak mahu mengganggu hiburanmu!” tenang jawapan warQah, setenang bayu malam yang berhembus…
           Salam dihulur dan bersambut, semoga Allah merahmati keduanya. Masing-masing dihimpit kebisuan, sebelum…
           “Boleh ku-tanyakan sesuatu PeNa?”… warQah bersuara memecah kebuntuan. ‘Si PeNa TiNTa eMaS’ tenang sambil mengangguk, matanya yang sebelum ini menatap langit (malam) mula ditenungkan pada (wajah) warQah. Bergetar hati warQah papYrus tatkala PeNa memandang -tepat- pada anak matanya. “Perlu ke aku tanyakan? atau Lebih baik aku berdiam diri dan terus dihimpit kejahilan!” getus suara halus dari dalam diri warQah~
           warQah menguatkan hatinya, “KeJaHiLaN aMaT DeKaT DeNGaN KeSeSaTan.” Masih jelas di ingatan warQah pesan dari guru mursyid-nya >>>
           “Kalau tidak ku-ambil peluang ini, pasti aku terus-terusan tidak mengetahui!” akhirnya warQah nekad untuk melerai semua persoalan dalam benak hatinya~ Dengan lafaz …

بسم الله الرحمن الرحيم


           “Apa yang menarik benar perhatian-mu (di langit itu) akHi?” tanya warQah jelas tanpa berselindung. “Oh itu..! Ku fikirkan persoalan apakah yang begitu serius sampai meminta kebenaran” senyum terukir di mulut PeNa.
           “Menunggu PeNgEmBaRa MaSa LaMPaU!” jelas jawapannya namun warQah minta untuk di ulang. “Suara dan jawapan-mu terang PeNa, mungkin telingaku silap mendengar!” kata warQah.
           “Aku mengatakan bahawa aku sedang menyambut PeNgEmBaRa MaSa LaMPau..” terang PeNa panjang sedikit. “Pengembara masa Lampau!?” terpacul persoalan baru dari mulut warQah papYrus.
           “Ya warQah… setelah menempuh ribuan tahun perjalanan mereka akhirnya tiba di sini!” Maha Suci Allah, yang telah memberikan keizinan kepada mereka untuk bertemu dengan kita sekarang ini. Sambil bercerita PeNa BeRTiNTa eMaS selang-selikan dengan memuji-muji Kebesaran dan Keagungan Tuhan-nya, Tuhan kita semua. Tiada yang lain dari-Nya,
           warQah senyap membisu sambil memutarkan ‘aqal fikirannya.. cuba menafsirkan maksud SaHaBaT BaiK-nya itu~ Siapakah PeNgEmBaRa MaSa LaMPaU? Dari manakah aSaL-uSuLnya? Apakah TuJuAn KeDaTaNGaN mereka? Apakah hebat-nya tentang mereka sehingga PeNa begitu ta’jub dengan kehadirannya >>> nampaknya makin berserabut fikiran warQah daUn papYrus,
           tiba-tiba PeNa mencelah.. “Yang ku-ta’jubkan bukan pada sang pengembara-nya warQah TETAPI pada PeNCiPTa sang pengembara!” kemudian PeNa diam dan tersenyum, seolah-olah memberikan ruang buat warQah menggunakan ‘aqal kurniaan istimewa dari Illahi itu.
           “akan ku-biarkan warQah menajamkan pemikirannya sesuai dengan Firman Tuhan yang menggalakkan hamba-Nya berfikir” getus suara kecil dalam diri PeNa TiNTa eMaS.

Bersambung…

0 التعليقات: