Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, December 31, 2011

diantara maimunah dan talhah, az-zahrawi hilang ditelan sejarah [mahallah]


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                Dikesempatan yang ada dalam gap 2 minggu ini, teringin benar saya mengutarakan pandangan saya mengenai 2 buah kompleks mahallah yang di bina bersebelahan di kampus UIAM Kuantan. Bagi pelajar-pelajar UIAM Kuantan, pastinya sahabat² sedia maklum tentang mahallah apa yang cuba saya maksudkan, bagi yang tidak mengetahui; saya mahu bercerita sedikit mengenai Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah ini.
                Melalui entry kali ini, saya mahu bawa sahabat² merentasi waktu ke saat mula² 2 buah kompleks mahallah ini dibina. Di mana, melalui pengamatan kepada koleksi gambar-gambar lama, saya dapat menyatakan bahawa kompleks Mahallah Maimunah telah berdiri lebih awal dari Bangunan Kulliyyah of Medicine (KOM) itu sendiri [sila betulkan saya jika tersilap ^_^].

Gambar Mahallah Maimunah yang dirakamkan pada 22 Sept 2002

Gambar Bangunan Kulliyyah Perubatan yang dirakamkan pada 30 Oct 2002

                Mahallah Maimunah ini pada asalnya menggunakan nama ‘Mahallah az-Zahrawi’ ketika zaman awal pembukaannya. Hanya selepas dari itu barulah digunakan nama ‘Mahallah Maimunah’ [saya tidak pasti pertukaran itu berlaku pada tahun bila].

Logo Mahallah az-Zahrawi yang berada di dalam simpanan saya.

Dalam tahun 2006/2007, kompleks kediaman kedua kampus UIAM Kuantan berjaya disiapkan dan digunakan buat pertama kalinya. Nama Mahallah az-Zahrawi yang asalnya digunakan di Mahallah Maimunah telah dialihkan ke kompleks kediaman ke-2 ini. Namun hanya dalam masa yang sangat singkat, nama Mahallah az-Zahrawi terus hilang ditelan arus zaman. Ini kerana bangunan mahallah ke-2 ini telah dipilih untuk menggunakan nama barunya, iaitu Mahallah Talhah.
Mahallah Talhah ini dikatakan adalah nama pilihan bagi sebuah mahallah baru yang dibina diatas bukit di UIAM Gombak [mempunyai tarikh pembangunan yang sama dengan mahallah ke-2 di UIAM Kuantan]. Namun nama tersebut akhirnya menjadi milik mahallah di sini; UIAM Kuantan. Sedang mahallah di atas bukit tersebut tinggal siap tidak bernama, sehingga akhirnya menjadi bahan gurauan sahabat² di sana (UIAM Gombak) dengan menggelarkan mahallah tersebut dengan nama ‘Mahallah Abu Jahal’.. =_=. Mahallah atas bukit yang saya maksudkan adalah mahallah paling terpencil dalam daerah kampus Gombak, Mahallah Salahuddin al-Ayyubi hari ini.

Logo Mahallah Maimunah yang asal.




Logo Mahallah Maimunah yang baru (2010-2011)
Logo Mahallah Talhah (2007-2011)

# : Student's residential college of the International Islamic University Malaysia (IIUM) is better kown as Mahallah.The word Mahallah refers to a place where it is supposed to be a seft-contained not only with services but also activities. IIUM chooses to name its mahallah after the leading companions of the Prophet s.a.w and the female Mujahidah and Syuhada.

Bersambung.. InsyaALlah

9 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: December 31, 2011 at 1:45 PM said...

wow!baru tau...

Norlyana Nasrin says:
at: December 31, 2011 at 2:27 PM said...

(=_=) mahallah abu jahal?
fufufu thanks for the info (^-^)
x blk rumah ke gap 2 mggu ni?

perindu_خلافة says:
at: December 31, 2011 at 10:21 PM said...

hahaha.. banyak lagi perkongsian akan dicoret atas layar warQah daUn papYrus ni aien, insyaALlah tahun akhir ni akan ada banyak sikit entry2 tentang kampus kesayangan kita ni ^_^


huhuhu.. mentang2 la terpinggir kat atas bukit kan >_<, ur welcome lyana n fyi rizQan baru je menjejakkan kaki ke rumah ni,

#fuh penat cz bas lambat sikit tadi,

Nuryn Weida says:
at: January 1, 2012 at 8:47 AM said...

keep posting ok!at least i get the new info =)

Norlyana Nasrin says:
at: January 1, 2012 at 1:22 PM said...

(=.=)untungla dpt blk rumah huhuhu...
fufufufu xpe2 smlm kte dh wat aktiviti memburu roti dgn Azra hehehehe..jap lg kte tag rizqan haha..

perindu_خلافة says:
at: January 2, 2012 at 9:27 PM said...

insyaALlah aien.. harap2 ada manfaat dalam setiap perkongsian rizQan, in case tersasar dalam penulisan, tolong tegur yep ^_^

huhu.. alhamduliLlah,
saja balik lepas rindu ;D
lagipun kesian kat parents rizQan dua orang je tinggal kat rumah sekarang ni, anak2 semua merantau jauh~
# dulu kan cikgu cakap, kalau kita masak sesuatu yang terbau sedap kat jiran kita, paling tidak kita kena sedeqah sikit ^_^

Nuryn Weida says:
at: January 3, 2012 at 8:22 AM said...

insyaALLAH =)

Norlyana Nasrin says:
at: January 3, 2012 at 8:19 PM said...

err..rizqan..kte x msk..kte bli..lg 1..rizqan jauh maka x bau~~~fufufufufufu~~

perindu_خلافة says:
at: January 7, 2012 at 2:12 PM said...

err.. =_=