Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, December 27, 2011

bersyukur dan terus bersyukur ^_^


alhamduliLlah...
                Siapa pernah tahu, dengan Occupational Safety and Health Legislation.. Qalbu ini tersentak kembali dengan kesyumulan, kecantikan ayat-ayat cinta kiriman-Nya. Sesuatu yang hanya dipandang sepi olehku sebelum ini, rupanya adalah hikmah besar dalam peruntukan undang-undang dunia. subhanALlah o,;’”)_
# biarlah hanya aku sahaja yang memahami penulisan yang diatas ini, kerana yakinku kalian tidak memahami melainkan kalian adalah sebahagian dari classmateku dibawah jurusan sains bioperubatan, pengkhususan dalam kesihatan industri.
                Rezeqi dari Allah itu ternyata Maha Luas, tidak mampu dihitung malah tidak mampu ditampung (jika tidak hadir dengan kudrat dari-Nya). Di saat ini diri ini sedang menghadapi kesesakan wang ringgit, Dia mengingatkan kembali dengan simpanan-simpanan lama yang tersorok didalam kocek baju, disebalik buku-buku dan sesuatu yang tidak pernah difikir sebelum dari tu. Maha Suci Allah, dapat kusedar bahawa nikmat kurniaan-Mu adalah sesuatu yang tidak mampu difikir oleh fikiran singkat seorang manusia. T_T



 وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
[Quranic verse I 16:18 ]

Meaning : If ye would count up the favours of Allah, never would ye be able to number them: for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.

Makna : Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampung, Maha Maha Mengasihani.

Praise be to ALlah...

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ^_^


4 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: December 28, 2011 at 12:58 PM said...

Nikmat ALLAH memang tak terhitung.Manusi je yang jarang bersyukur and tak pernah puas dgn apa yang dikurniakan.. huhu

perindu_خلافة says:
at: December 28, 2011 at 9:49 PM said...

setuju.. nikmat ALlah lebih dari apa yang rizQan tulis kat atas tu (bukan sekadar wang ringgit), tp rizQan ada keluarga yang baik.. kawan2 yang ambil berat.. binatang yang senang dengan kita.. hati yang tenang, subhanALlah memang x terhitung terlalu banyak, yang paling bersyukur sebab diberikan Nikmat Iman dan Islam ni ^_^

Nuryn Weida says:
at: December 29, 2011 at 4:15 AM said...

Yup..the greatest gift from HIM is Islam and Iman. And setiap kali kita rasa down or ataupun perasaan negatif menguasai diri, just think positively and bersyukur dgn segala kurniaan yg dia bagi kat kita selama ni.. =)

perindu_خلافة says:
at: December 29, 2011 at 9:01 PM said...

^_^ setuju..