Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, December 20, 2011

Masjid UIAM Kuantan bhgn 1

Kisah Masjid UIAM Kuantan yang terakam oleh lensa mata penconteng warQah daUn papYrus

                alhamduliLlah.. selepas 4 tahun mengidamkan untuk bersujud di dalam Masjid UIAM Kuantan, hari ini semuanya telah terlaksana ^_^
                Untuk pengetahuan sahabat², semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini (Bumi UIAM kuantan) iaitu pada 29 June 2008; Masjid adalah binaan yang paling ditunggu-tunggu oleh diri ini. Masakan tidak; saat itu yang tersergam indah hanyalah 2 buah kompleks mahallah (Maimunah dan Talhah), bersama 2 lagi bangunan kulliyyah (perubatan dan sains). Sedang tanah di mana bangunan farmasi berdiri hari ini, masih lagi sedang dijarah.

“..kat depan sana nak buat masjid ^_^”
kata seorang senior merangkap komiti taaruf yang menegurku dengan senyuman.

“..depan sana!?” balasku sangsi.

Setahu aku; tidak pula aku melihat sebarang tanda bangunan baru akan dibangunkan berdekatan dengan pintu hadapan.

“Ya; tapi projek tu tak start lagi,
insyaALlah.. junior mungkin sempat merasa kot. Kami ni...”

Percakapannya terhenti dan aku pula faham akan maksud yang ingin disampaikannya. Pasti mereka tidak berkesempatan untuk melakukan sujud di Masjid yang dimaksudkan ketika mereka masih memegang title mahasiswa.

Sering di intai dari sebalik tingkap,
Selalu di jengah dari penghujung padang,
Pemandangannya sekadar tanah lapang,
Dipinggiran tasik kecil di pintu pagar,
Kehadiran tempat ‘ibadat itu amat ditunggu,
Baik yang baru hadir, mahu juga yang telah lama berlalu.

dari luar pagar UIAM Kuantan

Tapak Masjid UIAM Kuantan


Tapak Masjid UIAM Kuantan 2
panorama dari tanah letaknya Masjid UIA Kuantan

Pemandangan di pintu masuk Masjid UIAM Kuantan satu masa lalu

Bersambung... ^_^

0 التعليقات: