Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, December 8, 2011

TRAVELOG KE BUMI GOMBAK (UIAM)


                Sebuah lagi perjalanan panjang menuju ke Bumi UIAM Gombak bermula; sebaik sahaja azan subuh berkumandang di corong pembesar suara Mahallah Tabari (1), UIAM Kuantan.

الله أكبر الله أكبر

Ternyata... bangunku hari ini jauh berbeda daripada pagi-pagi yang biasa. Menikmati sesuap dua makanan seawal jam 5.00 pagi sedang tidak berpuasa pada keesokan harinya adalah perkara janggal dalam diri seorang aku.
Usai solat subuh berjemaah di musolla, terus kaki ini melangkah balik ke bilik untuk bersiap menuju masuk ke dalam dalam kampus. Untuk apa!? Ya untuk bergerak ke bumi UIAM Gombak; tanah yang aku sendiri kurang ingat telah berapa kali aku jejak.
Ada pun perjalanan kali ini adalah bertujuan untuk membawa kami bersemuka empat mata dengan Prof Dr Nik Ahmad Kamal, yang seringkalinya kami cuma dapat lihat beliau melalui skrin layar besar di bilik konferensi video UIAM Kuantan.
alhamduliLlah, perjalanan yang dimulakan seawal jam 7.30 pagi dari Bumi UIAM Kuantan itu berjaya akhirnya membawa kami ke bawah bumbung langit UIAM Gombak pada tepat jam 11.00 pagi (waktu tempatan). Waktu ketibaan ini adalah jauh lebih awal dari waktu sebenar kelas kami yang bermula pada jam 2.30 petang. Makanya berselerakkanlah kami melata di dalam kampus besar itu, menikmati suasana yang jauh berbeza dari bumi Kuantan.
Diantara seorang aku dan seorag aufa, kami lebih selesa untuk memilih duduk² di dalam masjid yang terletak ditengah² kampus tersebut sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu zuhur. Menikmati keindahan one stop center yang sering menjadi kunjungan para manusia tidak mengira usia dan jantina itu. Masjid itu boleh dikatakan hidup, sehidup-hidupnya. Beberapa kumpulan anak-anak kecil sibuk mengalunkan ayat-ayat cinta kiriman dari Tuhan Semesta Alam. Kelihatan juga sebilangan besar para jemaah yang sedang melakukan iktikaf di masjid besar tersebut. Suasana menyentuh perasaan yang amat kami nantikan di bumi Kuantan... ^_^

with Prof Dr Nik Ahmad Kamal,

0 التعليقات: