Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, December 28, 2011

Berlari, Berjalan dan Merangkak

Sahabat;
yang kumaksudkan dengan berlari, berjalan dan merangkak itu adalah analogi termudah yang dapat kutemui, yakni dalam kata usaha mengejar sebuah cinta suci kurniaan Illahi.

Mungkin kerana khilaf diri sendiri, aku tidak mampu untuk melihat lebih dari 3 Dimensi. Namun yakinku inilah yang dapat ku konklusikan hasil pandangan dari pandangan majazi ini.

Berlari, Berjalan dan Merangkak dalam erti kata yang ku maksudkan adalah, perubahan² yang dapat kulihat semenjak hari pertama aku mengenali sahabat² ini. Sehinggalah ke saat jari-jemari ini pula menyusun-nyusun aksara di atas warQah. Biarlah aku cuma mencoret sekadar perlu, buat perbandingan dan muhasabah kita bersama. Kisah perjalanan sahabat ke gerbang ‘baitul-muslim’ dari kaca mata seorang aku.

Sahabat yang BERLARI itu – hari ini aku lihat kakinya ringan benar melangkah ke rumah Allah, sehingga kadang² timbul juga rasa malu dalam diri sendiri. Kerna satu masa dahulu, akulah yang sering mengajaknya di saat kami mula² melangkah ke Taman Ilmu dan Budi. Penolakannya saat itu, sedikit menggusarkan hatiku. Kerana langkah kaki ini mungkin terganggu di saat seorang sahabat tidak dibenarkan mengikut sahabatnya memasuki Jannah, Namun hari ini... jalan kisah hidupnya benar² menyentuh lubuk Qalbuku yang terdalam. Tiada lagi gelak ketawa melampaui batas, tiada lagi kisah buruk dari madah yang selalu terlepas. Se(olah)² dia telah bersedia, bersedia untuk menggalas tugas; sebagai nakhoda yang bakal menempuh ombak ganas.
# Sahabat, aku mendoakan untuk dirimu, ahli keluargamu dan mereka yang rapat dengan mu  kebaikan di dunia dan kejayaan di akhirat, ameen ^_^

Sedang sahabat yang BERJALAN itu pula – hari ini aku lihat dia seperti dia yang dahulu kala. Yakinku pertemuan semula selepas 1000 tahun masih mampu aku mengenalinya. Biarpun tidak mempunyai sebarang perubahan yang drastik namun aku yakin, ada sesuatu yang sedang direncanakannya. Mungkin bermula dari lubuk Qalbu yang dalam.
# insyaALlah, untuk dirimu juga aku doakan kebaikan dunia dan kejayaan diakhirat sahabat. :)

Sahabat yang sedang MERANGKAK pula –
# Semoga ada perubahan yang lebih baik dari sebelum² ini dan semoga Allah memperkukuhkan pasak kakimu di Bumi dan menyediakan rahmat yang besar di antara segala yang dimiliki-Nya. Ameen :)











Akhir pesanan :


Buat sahabat² rapatku yang telah dan akan mendirikan rumahtangga, perkukuhkanlah dahulu Qalbumu dalam mencari cinta suci Pemilik Hati... agar kelahiran benih cinta itu bakal menempahkan dirimu ke Jannah yang luas tidak bertepi BUKAN menjadi saham lemparan ke lubang² api.. na’uzubillah min zalik T_T

2 التعليقات:

faaizz d. zul says:
at: December 28, 2011 at 9:44 PM said...

makin ramai yg sudah mendirikan masjid ek...

perindu_خلافة says:
at: December 28, 2011 at 10:00 PM said...

ada yang sudah.. dan ada jugak yang sedang membina tapak ^_^