Menatap wajah sahabat yang sedang lena diulit mimpi adalah antara nikmat terbesar dalam dunia persahabatan. Ketenangan wajahnya ketika itu bukanlah satu ketenangan kepura-puraan. Kerana itulah nilai fitrah jiwa insan, tatkala emosi tidak menguasai diri. Manusia itu bersih dari sebarang keburukan. Tenang~ #umpama wajah bayi di dalam buaian, (1) ^_^
Hujan renyai kadangkala lebat di Bumi Kuantan telah berlarutan hampir seminggu lamanya. Suasana ini akhirnya membentuk keadaan sejuk-beku air tangki di mahallah, juga melahirkan kabus indah di Bukit UIA; malah lampu bilik juga perlu dipasang sepanjang hari memandangkan suasana gelap yang senantiasa menyelebungi. (2)
ada yang hebat melakar dunia; sedang aku... memilih aksara untuk menterjemahkannya ^_^ (3) |
- Seorang sahabat terlena diatas katil empuk berkipas dua penconteng warQah sebaik beliau menunaikan solat fardhu subuh pagi ini.
- Tengkujuh kali ke-4 penconteng warQah di Bumi Kuantan.
- "aku seorang penulis" (Rizqan : 2011)
3 التعليقات:
at: December 18, 2011 at 1:51 PM said...
'Seorang penulis yang mana memilih aksara untuk menterjemah dunia...'
Teruskan menulis. Tiada coretan tiadalah bacaan. Penulisan itu indah. Banyak yang boleh disampaikan walau hanya dengan sebaris coretan.. =)
at: December 18, 2011 at 5:13 PM said...
"Words can be too beautiful or disastrous, it's depend on us on how we want to express it. But without any words, history is almost impossible to be retained"
(Norlyana Nasrin,2011)
Menulis adalah 1 cara utk kte lpskn apa yg terbuku di dada, tension ataupun sekadar nak berkongsi info. Macam diari, bila kte bukak balik dan baca benda2 yg kte prnh buat dulu, secara automatik otak kte akan memainkan "wayang gambar" dan buat kte tersenyum. Bayangkan kalau orang dulu2 x mencatit apa2 peristiwa. Tentu susah kte nak kaji sejarah. Ye mungkin dengan teknologi skang boleh je kaji tapi ianya x lengkap sebarang apa2 tulisan.
at: December 20, 2011 at 9:47 AM said...
^_^
Post a Comment