Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, May 31, 2012

tips survival di UIAM Kuantan (1)


titisan demi titisan air; mencurah jatuh ke lantai bumi,
hadirnya dari langit yang tidak kelihatan,
efek gelita yang membungkam kehidupan,
yang jelas menusuk ke tulang..
aura kesejukan sengal~
goncangan tubuh suatu irama kewajipan memanas badan.

“Masuk hari ni dah lapan hari hujan tak berhenti turun mak..
kalau pun berhenti adalah sekejap; rasanya sejam pun tak sampai, pastu hujan balik” =_=

inilah travelog anak muda,
merentas banjaran dalam us-ha ke bumi belahan timur,
jauh di sudut hatinya,
ada perasaan berat yang sukar di mengerti,
mungkin tentang tanah yang bakal ditinggalkan,
mungkin tentang sejarah yang ingin dilupakan,
mungkin juga,
sebuah peraturan Tuhan.. untuk membentuk hidup baru seorang insan;
hamba Tuhan yang dihias dengan sebenar-benar iman ^_^

Mahallah az-Zahrawi 2002

#- tips survival di UIAM Kuantan (1)
Bagi yang hadir dari LUAR WILAYAH PANTAI TIMUR, kalian diminta lebih bersedia dengan keadaan cuaca di sini. Memandangkan UIAMK ini terletak di negeri yang boleh dilanda musim tengkujuh, makanya suasana hujan tanpa henti itu boleh berlaku. Kesejukan menusuk ke tulang belikat juga boleh berlaku, kesukaran melakukan aktiviti luar itu juga pasti dan pasti berlaku. Persediaan yang boleh diambil termasuklah, kalian mesti mempunyai beberapa helai pakaian tebal [baca: sweater]. Beberapa helai selimut dan sarung kaki [baca: stocking] untuk kegunaan tidur di waktu malam. stock makanan tambahan di dalam bilik. Tikar [baca: carpet] tebal untuk menutup lantai terdedah di compartment masing-masing. water heater, agar senang untuk kalian membancuh minuman panas pada waktu siang dan malam. Malah heater yang sama juga boleh digunakan, bagi memasak air untuk mandian suam-panas setelah dicampurkan dengan air tangki bersuhu 16 °C pada jam 12 tengahari. Apa yang lebih penting adalah jom loceng/phone alarm; yang bunyinya lebih menyesakkan dari bangun pagi yang biasa, kerna keadaan sejuk yang melampau ini sedikit sebanyak akan mengarahkan kalian untuk  berhibernasi dengan kadar lebih lama; yang mana mungkin ada tuntutan Tuhan yang kalian terleka ^_^
(hati-hati)

-seniorita-
Wednesday, May 30, 2012

FOo-shaa~


asSaLaMu’alaykum wbt,
..keadaan saya yang sedikit sibuk dengan Peperiksaan Akhir Semester ini [baca: Akhir Pengajian] membuatkan diri saya agak keberatan untuk menulis sesuatu diatas warQah daUn papYrus™, namun atas dasar kasih dan sayang saya pada sahabat-sahabat; maka saya nak membuat sedikit perkongsian yang mungkin boleh memberi manfaat pada kita semua, insyaALlah ^_^


THESIS 1
eSS : laptop aku hilang.. (ada linangan air mata mengiringi kata-katanya)

sahabat saya yang ini kehilangan komputer ribanya ketika sedang menunaikan solat di masjid; satu-satunya tempat yang di yakini tidak ada manusia beriman sanggup membuat onar di dalamnya KECUALI.. golongan penempah percutian ke kawasan azab yang besar, :(
#- sekalipun telah kehilangan laptop, saya kira sahabat ini masih beruntung kerana beliau sempat membuat salinan thesis projek tahun akhirnya [baca: FYP] ke dalam thumbdrive sebelum peristiwa malang ini berlaku. alhamduliLlah~

THESIS 2
K-Yo : ..miss punya laptop rosak, habis semua thesis writing dia x dapat di selamatkan. Kesian, dahlah tak ada bekap langsung, :(

#- beban yang terpaksa dihadapi oleh sahabat saya yang kedua ini rasanya lebih berat untuk ditanggung, hanya beberapa hari sebelum tibanya tarikh thesis submission beliau telah kehilangan hasil penat lelah setahun yang diusahakannya, masyaAllah~ semoga Allah memudahkan jalan untuk beliau selepas ini.

Belajar sesuatu...
Sebagai seorang seniorita yang bakal bergraduasi pada penghujung tahun ini, saya ingin sekali berpesan pada adik-adik junior saya; supaya senantiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ketika dalam usaha mereka semua menyiapkan thesis untuk projek tahun akhir masing-masing, sesungguhnya pengalaman lalu boleh dijadikan iktibar untuk kebaikan di masa akan datang,

Thesis back-up : sentiasalah menyimpan salinan thesis pada banyak tempat (ext hdd, thumbdrive etc.), agar kalian dapat mengakses semula jika sesuatu berlaku pada simpanan primer anda. Teknik menyimpan thesis sebagai draft / menghantar email thesis kepada sahabat-sahabat juga boleh digunakan, refleksi – ada sahabat yang kehilangan laptop namun thesisnya masih selamat, sedangkan ada sahabat lain yang laptopnya masih di depan mata tetapi thesis itu telah tiada untuk selama-lamanya.

Sentiasalah bersedia,
sepertimana persediaan yang kita lakukan untuk menuju pada-Nya!!
Monday, May 28, 2012

sebulan yang lalu,


uhuk.. uhukk, uhuk.. uhhuk,
mata terkatup pedih, tekak dihimpit perit,
kulit me-merah..
menahan gelora kepulan asap berwarna putih,
suasana yang tadinya tenang dan aman,
bertukar menjadi hiruk pikuk dan hingar bingar,
lautan ratus ribu manusia beredar,
meninggal jejak tapak pernah berada di sini,
uhhuk.. uhuk~
lelehan air mata tidak dapat ditahan lagi,

dalam ratusan yang masih berpasak, aku cuba untuk terus berdiri, melihat-lihat jika ada yang perlukan bantuan, terutama dari kalangan warga emas dan kanak-kanak.

Tiba-tiba,
“ni memang laknat.. zalim!!”
ruang mata dan lohong telinga ini tertancap..
..pada satu batang tubuh anak muda,
berbaju kuning sekitar jarak dua hasta,
barang sedikit;
ketulan garam dalam genggaman,
ku hulur buat bantuan~
Takpe bang, saya dah ade!”
anggukku perlahan sebagai sebuah isyarat kefahaman,
pandangan matanya bersinar,
genangan air mata tampak jelas di wajahnya yang merah,
sang Qalbu menafsir maksud,
apakah ini suap balik negatif metabolisma tubuh..
atau,
kesan amarah dari sang nafsu~
diorang ni memang dah melampau!!”
ada genggaman di tangan kanan,
<<jelas>>

“Kenapa masih kat sini?” awla' lisanku mengatur bicara,
sambil kedua telapak tangan di gosok,
buat menyisir saki baki garam yang mencair.
“Saya nak ‘bagi’ balik barang mereka bang..!!” luahnya pasti.
tangan yang kiri;
ku-lingkarkan pada bahu anak muda ini,
membimbing tubuhnya membelakangi dataran,
lalu meneruskan jalan,
dia menurut,
Tidak melawan~
<<42:40>>

# auto-update entry.. (penconteng warQah)
'..abang boleh panggil saya iwan..' ^_^

Saturday, May 26, 2012

BittawfiQ wanNajah

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!! ^_^


Biarpun telah beberapa hari Peperiksaan Akhir Semester 2 (2011/2012) berlangsung,
Namun tindakan saya ini masih belum terlambat, memandangkan saya hanya akan memulakan kertas pertama akhir semester ini esok, erk..
Bukan setakat akhir semester, tetapi akhir pengajian~
insyaALlah jika tiada aral melintang,
peperiksaan akhir semester ini adalah yang terakhir untuk saya di Bumi UIAM ^_T
Friday, May 25, 2012

berat hati ini


‘laptop aku hilang..’
nada lemah itu di luah dari lisan sahabat,
pada wajahnya terlukis hiba yang amat dalam,
bercampur kecewa yang berlipat redam,

‘..masyaAllah!’
O_o

aku memerhati tidak sekadar melihat,
tatkala sedar,
hadirnya butiran permata cair pada pipi sahabat,
jasad terus terpana-diam,
cuba dan berusaha memahami keadaan,
mengelak kondisi dari terus melarat,
bertenang dalam bingung..
sedang linangan air matanya bertambah,
esakan sahabat meluluhkan hati,
amat terasa dengan beban berat yang ditanggungnya,
aku hanya mampu mengucap sabar,
dan merangkul tubuhnya buat dirinya jadi lebih tenang,
T_T


wahai orang yang berkenaan,
saya mohon supaya di pulangkan barang keperluan sahabat saya yang bukan hakmu itu,
supaya saatnya kamu ‘pulang’ nanti tidak ada laknat tergalas di atas bahumu lagi,
semoga Allah menggantikan hatimu dengan hati yang lebih baik,
dan semoga Allah menggantikan apa sahaja yang hilang itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik,
ameen
Thursday, May 24, 2012

Debat PTPTN Sinar Harian (rakaman)


DEBAT..
Bukan mahu mencari siapa yang benar atau siapa yang salah,
tetapi sekadar mahu memerhati fikrah,
kita tidak pernah mampu untuk mendapatkan KEBENARAN dalam erti kata yang Haq,
melainkan apa2 yang telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulillah, ^_^

Kupasan dan ulasan menarik mengenai isu PTPTN dari 2 anak muda Malaysia,
YB Khairi Jamaluddin dan Saudara Rafizi Ramli...
video di atas adalah hasil rakaman oleh KLpos.com,
di siarkan secara langsung melalui Astro Awani pada malam 22 may 2012 yang lalu,

...jika ada pihak yang merasakan bahawa debat adalah bukan budaya kita, maka saya ingin mencadangkan supaya diadakan majlis berbalas pantun di antara 2 orang kepimpinan tertinggi dalam negara ^_^

# Dr Maszlee Malik memang cool.. terasa rindu nak dengar beliau bermadah dengan 3 bahasa lagi, :D
Wednesday, May 23, 2012

ulasan sikit.. cerita pun sikit je :)


asSaLaMu’alaykum wbt,

entry semalam!?
oK sedikit ulasan untuk entry yang di post petang semalam,
sebenarnya masterpiece tu adalah hasil ‘repekan’ seorang sahabat saya masa dia mengantuk,
^_^
Beliau yang sekadar mahu dikenali sebagai exforce,
meminta untuk saya muat naik ‘kerja seni’nya ke atas warQah daUn papYrus™.

adapun untuk 3 hari ini,
Iaitu bermula daripada semalam, hari ini dan sehinggalah esok,
Saya dan beberapa orang sahabat telah terlibat dalam~
The Seminar on Developing and Sustaining Safety Culture in Malaysia II,
Seminar yang banyak memberi pencerahan kepada kami mengenai bidang sebenar;
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ini telah di adakan di UMP..
Ya Universiti Malaysia Pahang di Gambang..

# Maaflah,
Saya kurang berminat untuk menulis panjang-panjang buat masa ini,
KERANA :-:
Kepenatan, Kesibukan, dan lain-lain
(oK memang dah malas sangat ni) =_=
Tuesday, May 22, 2012

Love? I Don’t think so...

click the picture for better view :)

“I Jump U jump”.

Idiom or phrase which I can say almost every couple used nowadays. What exactly the meaning of this phrase? Its a metaphore. When ones do something the other will follow without hesitation, without thinking what are the consequences of their act. They say they do this to show, to proof, to express their love. Call me crazy but that is not love that is complete stupidity!!

love is pure, love is special, love is something you cannot buy, love is something you must earn...
No words in this world can be used to describe the exact definition of love.

love does not give us permission to do anything we want, act without thinking... That’s not love that’s stupid!

Back to the phrase “I jump U jump”, If we love somebody we should not follow them instead we should hold them and lead them to the right path... that is what love all about... think...

exforce
Saturday, May 19, 2012

mahabbah rasulullah


aku mencintaimu Ya Habib..
kerinduan untuk bertemu denganmu terlalu berat untuk digalas,
kesakitan menempuh dunia nafs ini, ahh~ T_T