بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dikesempatan yang ada dalam gap 2 minggu ini, teringin benar saya mengutarakan pandangan saya mengenai 2 buah kompleks mahallah yang di bina bersebelahan di kampus UIAM Kuantan. Bagi pelajar-pelajar UIAM Kuantan, pastinya sahabat² sedia maklum tentang mahallah apa yang cuba saya maksudkan, bagi yang tidak mengetahui; saya mahu bercerita sedikit mengenai Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah ini.
Melalui entry kali ini, saya mahu bawa sahabat² merentasi waktu ke saat mula² 2 buah kompleks mahallah ini dibina. Di mana, melalui pengamatan kepada koleksi gambar-gambar lama, saya dapat menyatakan bahawa kompleks Mahallah Maimunah telah berdiri lebih awal dari Bangunan Kulliyyah of Medicine (KOM) itu sendiri [sila betulkan saya jika tersilap ^_^].
Gambar Mahallah Maimunah yang dirakamkan pada 22 Sept 2002 |
Gambar Bangunan Kulliyyah Perubatan yang dirakamkan pada 30 Oct 2002 |
Mahallah Maimunah ini pada asalnya menggunakan nama ‘Mahallah az-Zahrawi’ ketika zaman awal pembukaannya. Hanya selepas dari itu barulah digunakan nama ‘Mahallah Maimunah’ [saya tidak pasti pertukaran itu berlaku pada tahun bila].
Logo Mahallah az-Zahrawi yang berada di dalam simpanan saya. |
Dalam tahun 2006/2007, kompleks kediaman kedua kampus UIAM Kuantan berjaya disiapkan dan digunakan buat pertama kalinya. Nama Mahallah az-Zahrawi yang asalnya digunakan di Mahallah Maimunah telah dialihkan ke kompleks kediaman ke-2 ini. Namun hanya dalam masa yang sangat singkat, nama Mahallah az-Zahrawi terus hilang ditelan arus zaman. Ini kerana bangunan mahallah ke-2 ini telah dipilih untuk menggunakan nama barunya, iaitu Mahallah Talhah.
Mahallah Talhah ini dikatakan adalah nama pilihan bagi sebuah mahallah baru yang dibina diatas bukit di UIAM Gombak [mempunyai tarikh pembangunan yang sama dengan mahallah ke-2 di UIAM Kuantan]. Namun nama tersebut akhirnya menjadi milik mahallah di sini; UIAM Kuantan. Sedang mahallah di atas bukit tersebut tinggal siap tidak bernama, sehingga akhirnya menjadi bahan gurauan sahabat² di sana (UIAM Gombak) dengan menggelarkan mahallah tersebut dengan nama ‘Mahallah Abu Jahal’.. =_=. Mahallah atas bukit yang saya maksudkan adalah mahallah paling terpencil dalam daerah kampus Gombak, Mahallah Salahuddin al-Ayyubi hari ini.
Logo Mahallah Maimunah yang asal. |
Logo Mahallah Maimunah yang baru (2010-2011) |
Logo Mahallah Talhah (2007-2011) |
# : Student's residential college of the International Islamic University Malaysia (IIUM) is better kown as Mahallah.The word Mahallah refers to a place where it is supposed to be a seft-contained not only with services but also activities. IIUM chooses to name its mahallah after the leading companions of the Prophet s.a.w and the female Mujahidah and Syuhada.
Bersambung.. InsyaALlah