Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, December 31, 2010

statistic sebelum habis 2010

                Sebelum 2010 melabuhkan tirainya jam 12.00 tengah malam ini.. aku ingin kongsikan sikit dengan kalian review ringkas mengenai warQah daUn papYrus, tahukah kalian !? blog ini telah dibuka pada tahun 2009 namun penggunaannya terhenti beberapa bulan sebelum ianya disambung semula pada bulan Jun tahun ini(cuti semester). Sejak dari itulah aku dengan sedaya upaya cuba mengekalkan kemasukan entry baru sehingga menyebabkan jumlah pembaca warQah daUn papYrus meningkat dari sehari ke sehari. Jadi kat sini aku nak ucapkan TERIMA KASIH sangat2 pada semua yang sudi datang dan membaca hasil tulisanku disini.
jumlah kedatangan pengunjung ke laman warQah sebenarnya tidak memberi sebarang keuntungan dari segi wang ringgit dan harta kepada aku kerana aku tidak pun terlibat dengan nuffnang atau apa2 aje yang mengharapkan kedatangan pengunjung untuk menjana wang ringgit. Namun sedar atau tidak, jumlah kedatangan pengunjung sebenarnya memberi impak yang besar untuk memotivasikan diriku untuk terus menulis di sini. Rasanya penghargaan ini lebih baik dari wang ringgit kan!? ^_^
kelewatan menghantar post baru, membalas comment tepat pada masanya gagal dilaksanakan jika aku berada didalam mode yang terlalu sibuk. MINTA MAAF yang teramat sangat kepada pembaca/pengunjung laman ini oK ^_^, baiklah sebagai tanda penghargaan sekali lagi kepada kalian, aku kongsikan kat sini jumlah statistic yang berjaya direkodkan oleh blogger untuk blog warQah daUn papYrus ni yarkh~ huhuhu macam lawak pun ada jugak :D

buat pertama kalinya warQah berjaya mencapai pengunjung harian tertinggi  pada bulan Disember ni,
Terima Kasih korang ^_^

hah!! yang ni pulak kalian boleh lihat sendiri,
zaman2 tanpa update membuatkan warQah seperti hidup segan mati tak mahu~
alhamduliLlah meningkat dari bulan ke bulan..
biarpun x setinggi statistic blogger hardcore tp aku tetap bangga dgn jumlah tu  (",)

p/s: X sempat nak buat watermark warQah muDa atau warQah daUn papYrus >_<
Thursday, December 30, 2010

moga di permudahkan sahabat ^_^

اللهم الرزقنا فهما النبيين و حفظ المرسلين وإلهام الملآئكة المقربين واهدنا بهداية العارفين


                Sahabat nampak x aksara2 arab yang tersusun rapi dalam ayat di atas.. tahukah sahabat2 bahawa aksara2 ini telah pun membentuk sepotong doa yang cukup hebat. Banyak lagi yang hebat, lebih2 lagi apabila melibatkan kalam Tuhan yang Agung (ayat2 suci al-Quran). Namun disebabkan ia doa maka saya berani katakan bahawa ia cukup HEBAT, kerana apa!? Saya yaqin sahabat2 sendiri tahu sebabnya kan ^_^
                Untuk kefahaman yang mudah, untuk daya ingatan yang kuat, untuk ilham yang bernas, dan untuk memohon hidayah yang berterusan... jom amalkan doa diatas yep ^_^
                Semoga kita semua senantiasa diLindungi Bawah Limpah Rahmat-Nya.. ameen o,;”)_
Wednesday, December 29, 2010

kecederaan dalam makmal cuba elak!!


                alhamduliLlah.. akhirnya semalam kami telah pun memulakan sesi pertama practical class untuk subject haematology, dalam kelas semalam dengan beraninya kami telah membuat venipuncture kat tangan se‘bentuk’ patung. Hahah nasib baik patung je, kalau tak... hurm~ habis la haematoma tangan 3rd year biomedical student [agak kasar kerja masing-masing, sebab tu darah pun dapat sikit je.. huhu]
                dalam keseronokan mencucuk dan mengumpul darah dari tangan patung tu, ada la sorang mamat ni.. buka satu syringe, masukkan needle, lepas tu cucuk kat tangan sendiri.. erk~ bukan macam tu cerita dia, sebenarnya dia ‘tercucuk’ kat tangan sendiri masa nak buka cap untuk needle tu.. phew~ apa lagi meleleh la darah keluar [akibat careless sangat], kawan lain dah mula risau dah.. ye lah dalam lab ni macam-macam boleh berlaku, takut-takut kalau ada contamination kat needle atau pun gloves yang mamat tu pakai.. tapi aku cool jep sebab aku tahu yang needle tu memang sterile lagi, baru je keluar dari plastic, so mamat tu insyaALlah selamat..
kawan yang lain dah sibuk nak report dekat lecturer dengan lab instructor, mereka ni terlebih risau pulak.. lagi pun dorang ingatkan balik yang minggu lepas kami semua dah tandatangan standard procedure dalam lab, jadi dengan muka toya aku pun pergi la jumpa dengan sorang lab instructor tu, “bro tangan saya luka, terkena needle baru.. rasanya sterile lagi!!”, bro tu senyum je lepas tu dia kata kalau baru tak perlu risau sangat.. aku pun sambung balik kerja yang tertangguh tadi, tiba-tiba bro tadi datang balik bawak plaster, haish~ Terharu la pulak, sebenarnya luka sikit je pun..


point yang nak bagitahu kat sini...
Aku rasa beruntung sangat sebab ada ramai kawan yang concern pasal diri aku, thanx korang~ hahah ^_^
n R.I.Z.Q.A.N sila lebih berhati-hati, sebab kau cuai sangat sejak akhir-akhir ni...
[mode: demam berjangkit]
Monday, December 27, 2010

kawan jom tolong kawan!!

Ketika waktu subuh amat rapat ke penghujungnya...

asif         : mat bangun mat.. dah lambat dah ni!! Karang terlepas waktu subuh,
mat        : erm.. erm.. (terus sambung tidur)
asif         : mat bangun la, dekat pukul tujuh dah ni..!!
(sambil menarik tangan mat untuk memaksanya bangun)
mat        : Sekejap je lagi, aku penat sangat la semalam~

lutfi       : Biarkan je la dia sif !! Aku pun dah muak nak kejut dia ni, tiap2 pagi macam tu jugak!!
zack       : ha’ah la sif... (bersetuju dengan lutfi), biarkan je si mat tu, baik kau ambik Quran baca ada jugak faedahnya, kejut pun tak nak bangun jugak!! (sedikit geram dalam nadanya)

asif         : Hurm, aku tarik tangan dia sekarang sebab tak nak dia tarik tangan kita satu masa nanti... hari yang mana semua orang cuba menyalahkan yang lain.
mat        : (bingkas bangun, menuju ke tandas, ambil wudu’ dan terus menunaikan solat subuh)

                (yang lain terdiam!!)

Jangan biarkan saudaramu berdiri ditepian gigi neraka wahai sahabat!
Kerna tanpa sedar nanti dia juga akan menarik tangan kita untuk bersamanya...
Na’uzubiLlahhu min zalik, T_T
Sunday, December 26, 2010

my twin friends ^_^

kembar-ɹɐqɯǝʞ;
Sukar-kah untuk dibezakan!?

                Ramai yang bersetuju untuk mengatakan ‘tidak’ jika pasangan kembar itu adalah kembar tidak seiras. Namun bagaimana pula pandangan mereka terhadap pasangan kembar seiras!? Jelas terdapat pecahan pendapat bagi soalan ini. Penulis rasa terpanggil untuk membawakan isu ini ke atas warQah kerana penulis sudah seringkali melihat KeTeRSiLaPaN iDeNTiTi oleh kalangan sahabat² kepada pasangan kembar yang penulis kenal selama ini. Biarpun pasangan kembar seiras mempunyai wajah dan susuk tubuh yang hampir 99% sama, dan gaya yang juga hampir 99% serupa. Namun setiap diri mereka punya keunikan tersendiri.
                Tidak hairanlah seseorang yang rabun, apabila menanggalkan cermin matanya masih dapat mengenali dan membezakan dua orang pasangan kembar seiras. Pokoknya bukan pada rupa, tapi pada ruh mereka. Alasannya mudah, jika anda mengenali ruh mereka; maka tidak ada masalah untuk anda membezakan diantara dua jiwa. Sempurna..
                Terima Kasih Tuhan~ penulis tidak pernah menghadapi masalah untuk mengenali dan membezakan di antara Shahir dan Shazri, Ismael Haqeem dan Shameer Haqeem, Badruddin dan Saifuddin. Kerana bagi penulis mereka adalah antara aNuGeRaH iSTiMeWa untuk penulis sebagai sahabat, dunia sebagai penyeri kehidupan, dan sebagai bukti keHEBATan kuasa Pemilik Sekalian Alam;
Sebagai tanda penghargaan terhadap persahabatan ini, penulis merasakan amat perlu untuk mengenali mereka dengan sebenar² perkenalan. Prinsip penulis terhadap sahabat²nya yang kembar adalah jika penulis gagal untuk mengenali setiap dari mereka dengan identiti yang sebenar. Bermakna penulis bukanlah sahabat yang baik bagi mereka! Noktah =_=
SeTiaP MaNuSiA CiPTaaN TuHaN aDaLaH uNiK; ada di antara kita yang dengan senang mampu mengenali ruh orang di sekeliling mereka. Dan ada juga yang sukar untuk itu, yang mana mereka amat mengharapkan kepada perkenalan jasad se(mata)². Jadi penulis akan kongsikan perbezaan fizikal yang terdapat pada 3 pasangan kembar di atas agar tidak lagi berlaku kekeliruan terhadap identiti unik mereka.

[Shahir dan Shazri] – Shahir mempunyai tahi lalat kecil diantara hidung dan pipi kanannya. Andaikata tahi lalat itu tidak wujud bermakna anda sedang berurusan dengan adik kembarnya Shazri.

shameer
ismael
[Ismael Haqeem dan Shameer Haqeem] – yang left-handed itu adalah Shameer adik kepada Ismael, jika perbezaan tulisan tidak berubah sejak mereka form 1. Bermakna anda akan melihat bentuk² aksara dari kerja tangan Shameer adalah bulat² dan tulisan dari tangan Ismael pula adalah bersegi. Anda tidak akan dapat membezakan mereka kidal atau tidak dengan hanya melihat pada jam tangan yang dipakai mereka, kerana biarpun Ismael tidak kidal tapi kadang² dia suka menyarung jam di tangan kanannya. (“,)
pudin vs bad
[Badruddin dan Saifuddin] – perbezaan fizikal yang jelas diantara Saifuddin dan abangnya Badruddin adalah terdapat tanda kecederaan di pergelangan tangan kanan Saifuddin. Yang mana tanda kecederaan ini tidak wujud pada pergelangan tangan Badruddin. Jika anda mendapat sms dari pasangan kembar ini, kebiasaannya dihujung ayat mereka pasti dihiasi dengan ketawa kecil. Yang menjadikan mereka berbeza adalah bad akan menulis he3 atau hu2 berbanding pudin yang lebih suka menaip hehe atau huhu Perbezaan ketara 2 orang pasangan kembar ini terhadap penulis adalah sebutan nama penulis tidak sama biarpun ejaannya adalah R.I.Z.Q.A.N, ^_^
 
p/s: Perlu diingat bahawa kebanyakan perbezaan fizikal ini tidak dapat dilihat dari jarak lebih 30m, jadi untuk pengenalan sebenar kepada pasangan kembar ini tidak lain adalah mengenali ruh mereka. Jarak dan masa pun tidak dapat mengelirukan anda... Percayalah :)
Friday, December 24, 2010

belajar menghargai...

Kasih Sayang Rumput

Pada suatu hari di sekolah,  seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai Kasih Sayang.

Pelajar  : “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?”

Cikgu     : “Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”

                Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?

Pelajar  : “Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.”

Cikgu     : “Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita se(baik)²nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerna yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang dah berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi......”
Thursday, December 23, 2010

gambar eDit utk mukabuku :)


Wednesday, December 22, 2010

lagi berita dari uiam ke uiam di utusan 22 dec 2010


click sini untuk berita online dari arkib Utusan Malaysia

Turut dikepilkan sekali 2 keping gambar dari lenSa rizQan [telah di edit] untuk tatapan umum”
-ihsan dari warQah muDa-

click untuk tumbesaran yang sihat!

click juga untuk tumbesaran yang sihat!

Tuesday, December 21, 2010

berbasikal dari gombak ke kuantan


                Dalam usaha merentas ke Bumi Timur, kerjasama erat di antara ahli pasukan amat penting sekali. Ternyata gabungan yang terbentuk di antara Mahasiswa/i UIAM Gombak dan UIAM Kuantan telah menjayakan usaha dalam program berbasikal dari UIAM Kampus Gombak ke UIAM Kampus Kuantan. “IIUM INDEPENDENCE RIDE 2010” membuktikan bahawa kumpulan mahasiswa/i yang terlibat tidak kekok untuk bekerjasama biarpun ini adalah pertemuan pertama mereka dengan sahabat se‘universiti’ berlainan kampus. Berbekalkan semangat dan tekad yang tinggi, perjalanan yang di mulakan pada hari Khamis bersamaan 16 Disember 2010 (jam 9.00 pagi) di Tangga Utama Bangunan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Gombak telah berjaya ditamatkan pada 18 Disember 2010 di ruang parkir kerete Kulliyyah Farmasi di Bumi UIAM Kuantan pada jam lebih kurang 5.45 petang ahad lalu.


                Terima kasih tidak terhingga dihulurkan atas kerjasama semua pihak termasuk unit pentadbiran sukan dan rekreasi UIAM Gombak, unit pentadbiran Mahallah Talhah UIAM Kuantan, tenaga kerja dari jawatankuasa pelaksana dari kedua-dua buah kampus, Polis Di Raja Malaysia Bukit Aman dan cawangan-cawangan terlibat; Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang; cawangan Temerloh dan Kuantan, Jabatan Keselamatan UIAM Kuantan, Unit Pengangkutan UIAM Gombak,  peserta-peserta konvoi IIUM INDEPENDENCE RIDE 2010, Jabatan Pentadbiran SMK Bentong dan SMK Seri Tualang juga dari kalangan individu persendirian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Ucapan terima kasih ini adalah sebagai tanda penghargaan peribadi dari saya Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan, dari Unit Kebajikan Program IIUM INDEPENDECE RIDE 2010 kepada semua pihak yang terlibat, yang mana segala jasa dan budi baik anda semua Hanya ALlah yang mampu membalas dengan sebaik-baik pembalasan. insyaALlah...

Nikmat Kemenangan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama
(Rizqan,18 Disember 2010)


Friday, December 10, 2010

test guna photoscape


                Hahaha.. gambar apakah ini!?
Hurm sebenarnya, ni GAMBAR LAMA yang masih wujud dalam koleksi saya. Kalau x silap la, saya scan gambar ni untuk buat virtual image masa saya study kat matrix dulu! Lama dah kan!! Anyway, gambar ni lagi lama dari usia dia kena scan. Masa ni UMUR saya dalam 2/3 tahun dan masih TINGGAL kat Bandar Baru Bangi, ekor rambut pun masih panjang sampai punggung lagi... Huhuhu, very nostalgic moment kawan²...
Kenapa saya edit gambar ni sampai jadi camtu!?
Saya cuba try test guna software yang baru di install dalam lappy kesayangan saya ni; Photoscape. Credit untuk eNna sebab berkongsi pasal perkara ni dalam blog dia. Ternyata gadis ni, x lokek ilmu kawan²... best la kawan dengan dia, saya suggest kawan² follow blog dia. Coz bagi saya la blog eNna ni memang cantik (+) kemas (+) entry dia pun menarik². Hehehe, thanx eNna...
                Kalau sebelum ni saya biasa pakai adobe photoshop je [CS3,CS4, sekarang CS5] untuk edit² photo, tapi bila dah cuba pakai photoscape ni terasa lagi mudah nak edit gambar. Bagi sesiapa yang baru nak belajar editing boleh lah gunakan software ni, dan bagi sesiapa pula yang dah lama pakai dan terasa saya dah ketinggalan zaman tolong jangan gelakkan saya yek.. coz saya memang lambat sikit nak update dengan software² yang ada dalam dunia internet ni, hehehe

kemenangan ke-3 buat rizQan -warQah muDa-

Dari meja penulis warQah muDa;
Kemenangan sekali lagi berpihak kepada rizQan selepas menang dalam perlawanan catur antara beliau dengan luQman pada jam 2350 malam tadi. Perlawanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit itu berjalan dengan penuh sengit. Atas kesilapan rizQan ‘Ratu’nya telah diberikan secara percuma kepada luQman untuk di telan. Haish~ (over excited sangat waktu tu!), namun ia terbalas kembali apabila rizQan menjalankan satu strategi dengan tidak memberi pilihan selain daripada luQman pula terpaksa me‘nyedekah’kan Ratunya untuk ditelan. Hahaha... ^_^,
Kemenangan kali ini telah menaikkan ranking rizQan dengan 3 kemenangan berbalas 5, saat² kemenangan buat seorang rizQan untuk perlawanan kali-8 yang berlaku malam tadi, thanx Man sebab bagi peluang abang menang lagi, huhuhu >_<


Thursday, December 9, 2010

kemenangan ke-2

Dari meja penulis warQah muDa;
Pihak kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan kemenangan ke 2-rizQan selepas perlawanan kali ke-7 dengan luQman. Ini menjadikan keputusan rasmi perlawanan catur di antara seorang rizQan dengan seorang luQman adalah 2 berbalas 5. luQman anda diminta ber(hati)² untuk perlawanan ke 8 dan seterusnya.
Hehehe... 


Teman sang api dari si Pohon Hijau

            alhamduliLlah selepas beberapa hari penulisan ilmiah tidak muncul², kali ini ia bertandang lagi dalam warQah daUn papYrus. Selamat membaca ye sahabat²...

            [1]tahukah anda: Proses pembakaran gagal berlaku jika api ketiadaan teman rapatnya. Inilah fungsi utama teman dalam kehidupan, tanpanya hidup kita seakan tidak bermakna. Jadi jangan ingat manusia dan haiwan sahaja yang memerlukan teman ye. Api pun memerlukan teman untuk hidup. PERSOALAN-nya sekarang siapa dia teman api ni?! Huh~
             untuk memudahkan sahabat² memahami bagaimana proses sesuatu pembakaran berlaku; warQah dah buat satu link yang menarik untuk ditinjau ‘sila tekan saya[2]... rasanya jikalau sahabat² cuma melihat multimedia presentation tu pun dah boleh agak siapa dia teman sang api ni ^_^
            teman sang api sebenarnya adalah oxygen, ni simbol oxygen dalam formula kimia; O2. Ok da faham kan, tanpa oxygen proses pembakaran memang tak boleh berlaku.

“Kepada perokok tegar, Korang jangan hanya pandai nyalakan api tapi tak pernah tahu macam mana proses di sebalik pembakaran tu berlaku!! Memalukan diri sendiri je nanti, kalau merokok biarlah jadi perokok yang berilmu. Psstt.. sebenarnya orang berilmu takkan merokok k!!”
-pesanan ini dibawakan khas oleh unit da’wah warQah muDa-

Jadi dari mana pula datangnya oxygen!? Soalan ini amat perlu bila sang api mahu di nyalakan.. jawapannya cukup mudah. Hurm rasanya kalau sahabat² x baca pun link yang saya sertakan dalam artikel ini, sahabat dah sedia maklum jawapannya kan!! Sebab kita sememangnya sudah familiar sangat dengan experiment² ini semasa di bangku sekolah dulu. Apa lagi kalau bukan proses Photosynthesis, tindak balas yang hanya boleh berlaku apabila wujudnya;- pokok berdaun hijau (+) sumber cahaya (+) air (+) Carbon dioxide. Ada yang bertanya kenapa mesti berdaun hijau... siapa tahu tolong terangkan!! 
Hahaha.. takdalah, biar saya terang sikit selebihnya sahabat boleh cari sendiri yuk.. hijaunya daun adalah kerana terdapatnya pigmen² hijau yang diberi nama chlorophil pada daun tersebut. Chlorphill berfungsi sebagai pencerap tenaga daripada cahaya bagi digunakan untuk membentuk carbohydrate dari compound CO2 dan air. Selebihnya boleh baca di sini ^_^


Ingat ya sahabat² hanya BERDAUN HIJAU! bukan daun papyrus tapi BERDAUN HIJAU. Kalau x hijau bermaksud takda chlorophill. Kalau takda chlorophil.... [huh sambung sendiri!] kalau tak faham juga, sahabat² diberi peluang  untuk cuba buat experiment photosynthesis ini menggunakan daun² bukan hijau yang sahabat rasa yakin boleh berlaku tindak balas yang dimahukan. Lepas tu tunggulah sampai ke satu masa [tutup mata], >_<

036.080 الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الأخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوقِدُونَ
The same Who produces for you fire out of the green tree, when behold! ye kindle therewith (your own fires)!


            SubhanALlah.. tersimpan seni ilmu yang sangat tinggi dalam ayat² cinta yang di kirimkan kepada kita melalui hamba-Nya, Muhammad. Ilmu yang hanya mampu disingkap kefahamannya pada kurun masihi moden. Ilmu yang hanya mampu di terjah dengan teknologi micro.
Namun demi mengukuhkan bukti bahawa Kalam itu adalah Milik-Nya. Ilmu ini dikongsi buat mereka yang mahu berfikir, dan mencari Tuhan... kitab yang diturunkan pada hamba-Nya yang ‘Ummi (illiterate), di kawasan padang pasir yang kontang, sedang waktu itu tidak wujud satu teknologi pun yang mampu menerjah masuk ke dalam liang dan rongga² daun. Definisi itu sudah pun dijelaskan 1400 tahun yang lalu...


Notakaki:
[1] - maaf terpaksa menggunakan perkataan ini; bukan tujuan memperkecilkan sahabat², Cuma bila gabungan perkataan ini dipergunakan baru terasa bahawa ia adalah satu trivia
[2] - baca dan fahami untuk tambah ilmu