السلام عليكم
Buat emak-ku TERCINTA bernama Zahara binti Manaf... per(tama)² sekali angah nak ucapkan SeLaMaT MeNYaMBuT HaRi uLaNgTaHuN KeLaHiRaN emak yang ke 55, Semoga ALlah sentiasa merahmati emak dan setiap orang yang sentiasa dekat dengan emak. Hanya limpah Rahmat dari-Nya sahaja yang mampu menguntum perasaan bahagia di hati segala makhluk² -Nya. Di kesempatan ini juga angah nak minta ampun dan maaf kat mak atas semua kesalahan yang pernah angah lakukan, baik sedar atau tidak. Segala perbuatan yang membuatkan hati emak terguris dan terasa angah mohon ampun sangat². Sebab itu adalah dosa angah pada emak yang mana Dia sendiri pun takkan ampunkan angah jika emak tidak ampunkan anak emak ni sendiri. Kasihanilah angah ye mak ^_^. insyaALlah angah akan belajar rajin².. dan akan sentiasa berdoa untuk emak dan semua kaum kerabat kita agar sentiasa dibawah Lindungan Allah dari sebarang keburukan yang dibawa syaitan mahupun makhluk² -Nya yang lain. Janji yang telah angah buat satu masa dahulu; untuk menghafaz keseluruhan isi kitab suci tu akan angah teruskan. insyaALlah ada hadiah terbesar yang angah nak bagi kat mak, abah dan adik-beradik yang lain bila saja angah dapat khatam seluruh Kitab Quran tu nanti. Harap emak sentiasa mendoakan anak lelaki emak yang sorang ni berjaya dunia dan akhirat, punya zuriat keturunan yang juga berjaya dunia akhirat. Angah minta maaf sebab seperti tahun lepas, yang mana kita tak dapat sambut birthday mak bersama.. T_T, tapi dari kejauhan sikit pun angah takkan pernah lupa HaRi uLaNgTaHuN KeLaHiRaN mak... sebab angah cuma ada seorang emak je kat muka bumi ni, iaitu emak la kan siapa lagi.. hahaha (terbuat lawak pulak >_<)
p/s: angah tahu.. mak lebih suka kalau angah menulis menggunakan tulisan jawi kan, angah minta maaf sebab tak dapat buat macam tu kat warQah daUn papYrus ni~ sebab akan berlaku kesukaran bila mana terdapatnya huruf² jawi tertentu yang tidak wujud di dalam komputer angah. Jadi adalah lebih mudah untuk angah menggunakan tulisan rumi sahaja ye :)
♥ ANGAH SAYANG EMAK SANGAT² ♥
0 التعليقات:
Post a Comment