Bila hati cuba membicarakan soal cinTa, nafsu pula menafikan kewujudannya. Se(olah)² ada usaha menghalang yang dijalankan oleh nafsu dan segala isinya. Apakah proses halangan ini datang dari sumber yang bersih atau sesuatu yang telah pun di cemari, masih diteliti. Lalu aku menyerahkan tanggungjawab untuk menganalisa tindakan halangan nafsu kepada ‘aqal kerna aku yaqin bahawa ‘aqal itu lebih ariff dari diriku sendiri. Tatkala ‘aqal berusaha untuk melakukan proses analisa ini, terjadi pertentangan diantara ia dengan nafsu. Maka hampir sahaja, hati kecil menyatakan pilihan untuk tidak melihat kepada cinTa itu. Satu suara lembut menyentak sang hati yang berdiri tegak di tengah kegelapan dilema, terpasak kukuh diantara 2 lebuh; tidak bergerak.
BAGAIMANA BOLEH FUTUR?
4 years ago
0 التعليقات:
Post a Comment