Perjalanan panjang yang mencorakkan warna kehidupan aku hari ini banyak mengajarku tentang realiti kehidupan dunia. Hanya kerana mahu pulang ke kampung halaman, segala aral yang melintang tidak sedikit pun membuat aku melatah. Ticket Bus SP Bumi Express yang ku beli, bertarikh 3 september 2010 utk perjalanan jam 2 petang... hanya mampu diam tanpa ber(kata)² tatkala aku serahkannya pada seseorang yang aku yaqin mampu menggunakan daripada dibuang tanpa diguna, ternyata itu adalah pilihan terbaik apabila dia berdiri di tempatnya T_T
‘Journey to the west’ ataupun istilah perjalanan kebarat adalah sinonim benar dengan apa yang aku lakukan hari ini. Bermula dari tempat bernama Kuantan dibelahan bumi timur, kami bergerak menuju ke arah matahari terbenam di sebelah barat. Jika tujuan mereka yang lain adalah secara tepat untuk ke pangkuan keluarga dan rumah tercinta. Aku pula mencari satu alternatif yang ada untuk mencapai hasrat yang sama. Dibelahan bumi barat, kota batu megah berdiri menyambut kepulangan anak² watan. Sedangkan aku adalah bekas watan-nya hadir dalam usaha untuk sebuah lagi perjalanan; menuju ke bumi selatan.
Hiruk-pikuk kota batu, seakan tidak pernah kunjung berubah. Malahan pada pandanganku menjadi lebih berat dari sebelum² ini. Kesesakan mesin² beroda di tengah lebuh awam menyesakkan pemikiran. Namun berdirinya seorang sahabat mampu melunturkan semua perasaan gelisah itu. Hilai tawa bersama canda mesra menghias indah sebuah ikatan; persahabatan. Suatu yang perlu diberi perhatian.. Perjalanan menuju ke selatan telah pun selesai, kurang sedikit dari bumi ini berputar mendapatkan satu juzuk waktu bernama hari. Pertemuan dengan sanak-saudara membuatkan semuanya berasa tenang. Aku!? Berusaha memutar memori silam, muhasabah~
0 التعليقات:
Post a Comment