Sebagai seorang ‘pelajar’ aku x sepatutnya terus berpuas hati dengan jawapan tuh semua, jadi perkara pertama yang aku kena faham ape dia TuJuH LiKuR tuh dulu!! Maka aku selaklah lambakan buku² yang terdapat dalam bilik bacaan rumah aku neyh, dari kamus sampai lah ke journal... susah jugak nak cari, tapi alhamduliLlah akhirnya jumpa. Kat mana ea aku jumpa!?... Buku milik abahku hasil tulisan Munsyi Abdullah dengan tajuk Hikayat Abdullah, bahagian pendahuluan berbunyi:~
Bahawa maka adalah tatkala Hijrah Sanat 1256 tahun lima likur haribulan Syaaban mukarram (25 Syaaban 1256 H) iaitu kepada dua likur haribulan Oktober tarikh Masehi Sanat 1840 tahun (22 Oktober 1840 M), bahawa dewasa itu adalah seorang sahabatku, iaitu orang putih...
[teks ini adalah hasil alih tulisan dari tulisan jawi lama ke tulisan rumi ]
Maka dengan jelas bahawa likur yang diatas adalah bermaksud 20, InGaT LiKuR itu adalah DuA PuLuH, seperti jugak abad untuk 100, dekad untuk 10, sepurnama untuk sebulan, sepekan untuk seminggu, sekurun untuk 1000. Kalau yang tak biasa dengan ukur jarak lama masa boleh lah gunakan Tera, Giga, Mega, kilo, deci, centi, mili, mikro, nano, piko. Ingat kilo untuk 1000 yuk~ sudah terang lagi bersuluh, buku tulisan Munsyi Abdullah pada tahun 1840 Masihi, dah membantu kita mendapatkan maksud likur yang mahu dicari²
Jawapan : MaLaM TuJuH LiKuR = malam ke-27 [malam ke DuA PuLuH TuJuH]
Bersambung...
0 التعليقات:
Post a Comment