asSaLaMu’alaykum.. pagi neyh aku ade selak² akhbar online untuk taw sedikit sebanyak perkembangan semasa dalam dan luar negara Malaysia neyh; antara yang menarik perhatian aku dalam kosmo-online adalah tentang penangkapan 6 orang lelaki di London atas kesalahan membakar kitab al-Quran. Isu ini menjadi kontroversi apabila sebuah video proses pembakaran itu tersebar di laman perkongsian video; Youtube. Itu tindakan mereka, Jadi apa pulak tindakan dari pihak kita!?. Berdiam sahajakah, TIDAK.. TIDAK sama sekali. Jadi apa yang boleh kita buat? Post status kat facebook, share video dalam yotube, atau sekurang²nya menulis kutukan² dalam blog... maaf ini bukan jalan yang aku rasa terbaik untuk digunakan. Melainkan meng‘upgrade’ kefahaman Islam dalam diri dan orang lain. insyaALlah kefahaman itulah kunci kejahilan, sedang kejahilan amat rapat dengan kekufuran. Nah apa lagi, teruskan da’wah... perkukuhkan ukhuwah, INGAT!! Mereka melakukan perkara itu kerna mengikut hawa nafsu se(mata)² bukan atas dasar kefahaman, bukan atas dasar ilmu. Untuk itu mari berDoa bersama... Semoga ALLAH memberi hidayah kepada semua umat manusia dimuka bumi ini; dan mengukuhkan kaki² kita dalam meneruskan kerja² da’wah; InsyaALlah...
hurm.. perlu di ingat untuk menyampaikan sesuatu dengan cara terbaik kita memerlukan medium yang juga terbaik. Seperti mana kita perlu menggunakan khidmat nationwide atau poslaju untuk menjaga quality barang yang dihantar. Seperti itu jugaklah doa, jadi mulai sekarang janganlah kiranya al-Quran itu terabai dengan menjadi hiasan. Buka (+) Baca (+) Hayatilah isi²nya.. dan jika mampu hafazlah sebahagian dari-Nya supaya SELAMAT. Semoga dengan hafalan itu menjadi medium terbaik untuk doa itu sampai kepada Pemilik seluruh ‘alam.. barulah quality Doa tersebut akan sampai kedestinasinya dalam darjat yang tinggi, insyaALLAH ^_^
0 التعليقات:
Post a Comment