Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, October 1, 2009

salinan surat utk 'eCQha_94'

       Assalamu’alaikum eCQha_94...

              Berdasarkan surat yang kamu lampirkan bersama kad raya yang lepas, abang faham masalah yang sedang kamu hadapi. Dengan menggunakan nickname ‘eCQha_94’, abang rasa takda masalah untuk terus berurusan dengan kamu. insyaAllah abang akan cuba membantu yang mana terdaya.
              Seperti yang kamu maklumkan pada abang sebelum ni, menjadi exco di asrama bukanlah satu kelebihan. Malah menjadi beban tak terpikul untuk seorang pelajar seperti kamu. Dengan subjek yang banyak, jumlah homework yang bertimbun, urusan harian sekolah dan masa yang perlu diluangkan untuk kokurikulum sudah cukup memenatkan. Kini di tambah pula urusan di asrama yang melibatkan masa sehari semalam.
              Betul! Abang setuju dengan apa yang kamu cuba sampaikan. Tetapi percayalah, jika kamu berjaya menguruskan waktu dengan betul. Semua tu akan menjadi kenangan terindah satu masa nanti. Sebagai seorang pelajar yang masih berada di peringakat sekolah menengah, sepatutnya kamu perlu lebih rasa bersyukur sebab diberi peluang untuk memegang amanah yang telah diberikan seawal umur belasan tahun lagi. Kerana pengalaman bekerja dalam kesesakan adalah anugerah terindah bila mana kaki kamu mula menjejakkan ke dunia luar pagar sekolah. Kamu perlu pastikan jadual harian yang ada pada kamu bermula seawal bangunnya kamu dari tidur sehinggalah kamu tidur semula. Dengannya, urusan harian kamu akan lebih teratur dan tersusun. Cuba dapatkan nasihat dari guru2 kaunseling yang ada di sekolah untuk bantuan.
              “Macam bagus je dia tu, dia ingat dia sape nak arah-arahkan kita buat tu-buat ni”. Memang betul kebanyakan orang tak suka diri mereka diarahkan oleh orang lain. Ego dalam diri yang menyebabkan manusia keras hatinya. Hati itu umpama batu, tetapi jangan lupa... selembut-lembut air, batu masih mampu diubah bentuk oleh air walaupun mengambil sedikit masa. Dapatkan ‘faktor X’ yang kamu masih belum ada, dan abang yakin apa yang kamu mahukan mereka akan ikut tanpa mempersoalkan kembali.
              alhamduliLlah.. sepanjang abang tinggal di asrama, berada dalam lembaga pengawas, dan beberapa kelab yang abang ikut. Semuanya menjadi mudah bilamana orang yang berada di keliling abang mengikut dan melaksanakan apa yang abang nak. Tetapi dengan syarat, kita bukan MENYURUH tetapi MENGAJAK mereka melakukan sesuatu perkara. Dua perkataan yang abang angkat tadi membawa maksud dan kesan yang berbeza dalam penggunaan dan aplikasinya. Selalunya kita lebih selesa jika di ajak berbanding disuruh, walaupun mempunyai matlamat yang sama tetapi hasil dari pendekatan berbeza. Kesannya lebih hebat dan mungkin diluar jangkaan; selalunya positif. Bila kita mula mengajak tidak bermaksud kita biarkan mereka terkontang-kanting melakukan perkara yang kita minta mereka lakukan tadi. Tapi bersama-samalah kita melakukan dengan mereka. Apa yang abang nak tekankan kat sini, kita kena sedar diri, bahawa kita dipilih bukan untuk kelebihan sendiri tapi untuk hikmah bersama. Sebab kita juga sama seperti yang lain, walaupun diletakkan sedikit ke atas tapi kita masih merupakan salah seorang ahli dalam komuniti yang tersebut.

       Ingat MENGAJAK bukan MENYURUH!

P/s: abang lebih suka jika abang dapat mengenali ‘eCQha_94’ secara realiti kerana itu akan memudahkan lagi proses soal jawab dan mencari penyelesaian masalah melalui empat mata. Terima Kasih sebab merujuk pada abang, abang hargai sangat dengan sikap merendah diri kamu pada bekas2 senior w/pun mungkin kita tak pernah tinggal sebumbung di asrama yang kamu duduki sekarang.

cintatuhan_ihy@yahoo.com

2 التعليقات:

Mr. ILLman says:
at: November 29, 2010 at 12:41 AM said...

salam...

mmg ada ciri2 utk pahamkan orang kat artikel ni...ni la cabaran kita, memahamkan orang dgn sumber yg terhad iaitu melalui tulisan saja...

tp yang menariknya, memahamkan org dgn share pengalaman kita kekadg tak membantu sgt sebab org tu sendiri tak mempunyai pengalaman yang sama dgn kita...

macam mana pon solution yang kita bagi, org tu kena try gak.mana dtg pengalaman kalau tak mencuba...

perindu_خلافة says:
at: November 29, 2010 at 8:29 AM said...

betul2~ masa artikel ni ditulis, sy kurang ambil berat mengenai pengalaman individu yang berlainan..

thanx Ilman kerna berkongsi kat sini, insyaALlah sy sendiri pn kena lebih bnyk belajar lg ^_^