Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, October 5, 2009

ketua ni.. respect la sikit !!


Apa tanggungjawab yang perlu di pikul oleh seorang ketua?

Bangun awal pagi...
Sehebat mana pun kamu! Ia tidak bermakna, jika jadual peribadimu gagal untuk di susun dengan baik! Perkara paling utama adalah untuk bangun pada awal pagi, selain baik untuk kesihatan kamu ia juga menjadi perkara wajib agar kamu tidak terlepas dari menunaikan صلاة subuh tepat pada waktunya. Kenapa bangun pagi? Menurut satu soal selidik yang dijalankan di sekitar cowboy town;Semenyih, 87% responden menyatakan perkara paling sukar untuk mereka lakukan adalah ‘Bangun Pada Awal Pagi!’, 8% responden memilih ‘meminta maaf’ sebagai perkara yang paling sukar untuk mereka lakukan dan baki 5% adalah perkara lain. Dapat saya simpulkan di sini, perkara ini melibatkan kekuatan luaran dan dalaman badan kita untuk menghadapinya. Jadi dengan jumlah peratus yang besar ini membuktikan hanya segelintir orang sahaja mampu untuk melaksanakannya (bangun pada awal pagi). Jika kamu boleh lakukan, ternyata kamu sedang berada dalam mode kawalan penuh minda dan jasmani kamu. Tetapi jika gagal, jangan haraplah kamu boleh mengawal setiap orang di sekeliling kamu... diri sendiri pun tak terurus inikan pula nak uruskan orang lain! (“,)

Bijak mengambil hati...

Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengambil hati seseorang yang lain. Dengan cara menyentuh hati orang lain, kamu sebenarnya sedang meletakkan diri kamu ke dalam tempat yang paling istimewa dalam hatinya. Jika kamu telah pun berada dalam kalangan orang yang dikaguminya/disayanginya (istimewa dalam dirinya), maka cacat kamu pun tidak akan pernah kelihatan. Paling mudah untuk mengambil hati seseorang adalah dengan memastikan yang kamu mengenali orang di bawah tanggungjawabmu lebih dari dia mengenali kamu sebagai orang atasannya. Sebagai contoh ucapan hari ulangtahun untuknya sudah memadai sebagai tanda kamu prihatin dengan dirinya; lebih dari itu cuba kamu selitkan sekali barang yang paling di sukainya sebagai hadiah. Pasti lebih mudah hatinya tertawan dengan kamu... (“,)

Mengenali makna respect sebenar...

Sebagai seorang ketua, kamu perlu memastikan bahawa orang yang berada dibawah tanggungjawab kamu menghormati kamu kerana dia menghormati kamu, bukan kerana terdapat unsur lain! Sepertinya; ketakutan terhadap kamu, upah lumayan yang terdiri dari harta kekayaan dunia dan apa sahaja unsur lain yang memungkinkan seseorang hanya bersikap hipocrite terhadap kamu. Jika seseorang telah menghormati kamu dari dalam jiwanya, semasa ketiadaanmu juga mereka pasti akan mengikuti apa yang kamu mahukan. Lain jika seseorang hanya luarannya seperti menghormati kamu tapi dalamannya tidak, maka tanpa kehadiranmu ‘pergi matilah dengan apa yang kamu mahu mereka lakukan’ sebab apa yang mereka hendakkan adalah perkara lain (upah) bukannya secara jujur mengangkat kamu (hormat)... :p

p/s: artikel ringkas ni ditulis masa Program Pengenalan IPTA di Asrama SMKEH (jun '09) utk zahir!

0 التعليقات: