Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, October 21, 2009

kanak-kanak I-QuEsT ^_^



                Kanak2 kecil dalam gambar ni merupakan anak salah seorang dari Pelajar UIAM sendiri. Selepas survey ke atas beberapa keping gambar yang lain, ana dan sahabat2 ana sepakat untuk memilih gambar ni sebagai ‘Aksi Best’ no 1. Gambar ni dirakamkan di Booth Kulliyyah of Pharmacy untuk I-QUEST ’08.




Untuk ‘Aksi Best’ no2 pulak. Kami sepakat memilih gambar ni; 3 kanak2  (mungkin adik beradik) yang sedang dalam pertandingan meniup dan memecahkan belon. Jika dilihat dari muka mereka ana yaqin antum mesti tersenyum bila melihat kanak-kanak paling kecil tu. Semangat nak menang yang tinggi dalam diri!! Hahaha.. usaha tangga kejayaan. Gambar ini jugak dirakamkan semasa I-QUEST ’08, di Pentas Utama, Medicine Square.


Dan untuk ‘Aksi Best’ no 3 pulak, Ana pilih sendiri dari koleksi gambar2 yang ana ada. Gambar ni di rakamkan dari atas Pentas Utama untuk I-QUEST 09 yang baru je berlangsung minggu lepas. Masa rakaman dijalankan ketika pertandingan mewarna bagi pelajar sekolah rendah dilakukan. Memang agak menggerunkan dengan pandangan kanak-kanak tu bila dia tumpukan betul-betul matanya ke arah camera, namun itulah kekuatan untuk gambar ini untuk berada di atas warQah daUn papYrus.


0 التعليقات: