Rasanya agak lama jugak ana tak post sesuatu kat warQah daUn papYrus, jadi untuk kesempatan yang ada neyh dapat ana menulis sebaris dua ayat dan jugak post 2,3 keping gambar sebagai tatapan umum.
Sehabisnya solat maghrib berjema’ah di musolla tadi, ada sikit pengenalan tentang Kitab Riadus Salihin oleh Ustaz Burhan dari Fakulti Undang-Undang UIAM. Adapun ini merupakan kali yang kedua diadakan dimusolla tersebut dan merupakan kehadiran pertama untuk ana menghadiri majlis ‘ilmu neyh. Pada minggu yang lalu ana sibuk dengan persiapan untuk Motivational Slot I-QUEST 09 dan persembahan Dikir Barat untuk concert I-QUEST 09, maka terpaksalah ana skip. Alhamdulillah kali ni ana diberikan ruang untuk majlis2 seperti ini.. Syukran Ya Allah, :)
Antara banyak2 point yang ustaz sentuh, satu daripanya betul2 terkesan pada diri ana. Apa lagi yang baru saja berlaku hari ni. Ustaz menyatakan bahawa setiap titik darah yang mengalir kerana Allah maka ianya adalah merupakan perkara yang paling Allah sukai. Baik darah Qurban binatang, darah musuh2 Allah (Kafir Harbi) dan darah kita sendiri(Syahid). Tetapi jugak menjadi perkara TERKUTUK apabila darah yang mengalir/tumpah bukan kerana Allah ta’ala. Antaranya membunuh, menyeksa atas tujuan bukan kerana Allah. Berbalik kepada kesannya pada ana, beberapa jam sebelum ustaz bercakap mengenai perkara tu kat dalam musolla. Class ana baru sahaja menumpahkan darah beberapa ekor tikus di Anatomical Lab untuk dianalisa, dikaji dan dipelajari. Namun yang agak menyedihkan bila……! Jadi sahabat2, ana yaqin antum semua dah besar dan matang untuk berfikir yang mana baik dan mana buruk. Sama ada antum sedar atau tidak, ini kata2 dari bro Zul yang sempat berpesan dengan ana dan Danial semalam. “Kalau kita tak fahamlah apa yang kita buat, dan takde langsung input lepas bedah binatang2 tuh. Alamatnya binatang tu hanya MATI dengan SIA-SIA! Dan kita pulak dah dikira sebagai pembunuh kepada binatang tersebut”. Fikir-fikirkanlah ye sahabat semua~ semoga apa yang ana fikirkan kat sini tak berlaku, dan tak pernah akan berlaku… ana harap sangat ada sesuatu ‘ilmu yang antum dapat lepas practical class ari neyh, dan semoga binatang2 tadi tak mati dengan sia2, ameen ^_^
during the discepting process
kidneys+blood vessels+nerves vessels+liver+spleen
vesicular glands+urethra+urinary bladder+penis+prostate glands+testes
Kidney, urinary bladder and urethra has been identified during the lab session but we have not identified the ureter because of the location of that particular vessels unknown to us. Even when we ask the lab instructor they also told us that the last group also faced the same problems. So that, until now we have no idea to locate and observe the ureter of mice directly. But we still thank to God because He was gave this oppurtunity to us learned and give lesson from the nature. Alhamdulillah (“,)
0 التعليقات:
Post a Comment