Adapun perjalanannya ke sini memakan masa yang amat panjang, bukan 2,3 hari dan bukan pula hanya 2,3 bulan... TETAPI memakan masa Puluhan Ribu Tahun perjalanan. Ada di antaranya sampai kepada kita setelah pengirimnya pupus dalam masa penghantaran, tapi alhamdulillah perjalanan yang diteruskan membuatkan kita dapat ‘menyambut’ kedatangannya di sini. Semalam ana lihat, ada di antara pengembara2 tu agak keletihan... sama ada kerana terlalu jauh perjalanan atau kerana ianya memang besifat begitu. Kehadiran tetamu masa lampau, begitu penting bagi mereka yang memerlukan. Hasil ciptaan tuhan, sekalipun ianya dikirim jutaan tahun yang lalu... hanya kini, hanya kini kita baru selidiki~ Maha Suci ALLAH Pencipta segala isi Langit dan Bumi, Pemilik dan Pentadbir Seluruh ‘Alam... o,;”)_
BAGAIMANA BOLEH FUTUR?
4 years ago
0 التعليقات:
Post a Comment