Mengimbau masa lampau, ya’ni dengan menjelajah kotak memory memang sesuatu yang tidak mustahil! Bagaimana pula kalau dikatakan kita mampu melihat masa lampau, adakah kenyataan ini berasas dan benarkah phenomena seperti ini boleh berlaku? Berdasarkan logic fikiran kita boleh terus menolak kenyataan itu. Tetapi masih ada yang bersetuju, bahawa melihat ke masa lampau adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ada yang menyatakan bahawa mereka pernah melalui suasana perang dunia yang berlaku sekitar tahun 1945. Sedangkan mereka baru berumur 23 tahun pada tahun 2009. Adakah ini semua ilusi minda sahaja atau masih ada ‘ilmu yang belum tersingkap oleh pemahaman manusia? Sesetengah yang lain pula mendakwa mereka mengenali pelakon, tokoh-tokoh zaman silam dengan menyatakan bentuk muka, rupa paras dan beberapa criteria orang yang dimaksudkan. Persoalannya; adakah mereka benar-benar berjumpa dan di lingkari oleh suasana yang mereka maksudkan atau ianya sekadar gambaran mimpi ataupun hasil tindak balas dari angan-angan? Adakah benar manusia boleh merentasi masa, dengan theory pembengkokkan magnetic field yang diusulkan oleh Einstein? Adakah perkara itu benar-benar boleh berlaku? Adakah time machine yang dicanangkan keseluruh dunia sebelum ini benar-benar wujud dan boleh berfungsi? Atau adakah cara lain yang boleh digunakan untuk seseorang merentasi masa? Menurut Einstein lagi, jika seseorang berjaya mencapai kelajuan yang sama laju atau lebih laju dari kelajuan cahaya. Makanya dia tidak lagi akan dipengaruhi oleh time & space concept (konsep ruang & masa). Di mana dia bebas dari penuaan, jisim ringan tanpa beban dan yang lebih menarik lagi; sebermulanya dia mengatasi kelajuan cahaya maka pergerakan alam semesta diibaratkan terhenti baginya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Mari sama-sama kita fikirkan! ^_^
0 التعليقات:
Post a Comment