jika suatu hari nanti, ada
anak cucumu yang bertanya..
‘siapakah pemuda yang bergerak
dari bumi semenyih ke kg bukit senggeh melalui uia kuantan?’
Katakanlah bahawa beliau
adalah penconteng warQah ^_^
Bergerak dengan sebuah
motorsikal dari pekan kecil semenyih ke UIAM Gombak sahaja sudah cukup
membuatkan pinggang terasa longgar! Andaikata perumpamaan seperti itu sukar
digambarkan kalian, biarlah saya membandingkan dengan perjalanan dari UIAM
Gombak ke UIAM Kuantan. Berbekalkan perjalanan dengan sebuah kereta mahupun
menaiki bas sahaja sudah cukup membuatkan tubuh badan terasa sengal², betul
atau tidak!? Baiklah, perjalanan semalam yang panjang bukanlah saya lakukan
dengan bas ataupun sebuah kereta. Kerana perjalanan merentas uia kuantan dalam
perjalanan pulang ke Melaka itu saya lakukan dengan sebuah motorsikal. O.o
percaya !?
semenyih-uiamk-selandar |
Sama ada anda percaya atau
tidak, kepercayaan anda sedikit pun tidak diperlukan, memandangkan perkara itu
telah pun berlaku. Ye.. perjalanan meninggalkan bumi Semenyih dalam perjalanan
pulang ke Kampung Bukit Senggeh itu melalui laluan perjalanan melebihi 500 KM. Untuk
gambaran mudah perjalanan dari Bandar Kajang ke Rumah sahabat saya di Kota
Bharu cuma mengambil jarak 470 KM sahaja.
Kos minyak :
RM 24.00
Masa perjalanan :
Semenyih - Tol Gombak = 45~55 minit
Tol Gombak - UIAM Kuantan = 4 jam
UIAM Kuantan - Kg Bkt
Senggeh = 4 jam~
Ringkasan~
10.15AM - dari rumah di Semenyih
11.05PM - tiba di Tol Gombak
12.55PM - Hentian Temerloh (Solat Dhuha)
1.25PM - Hentian Maran (Solat Dzuhur)
2.35PM - keluar dari Tol Gambang
3.00PM - di depan OSC IIUM Kuantan
3.30PM - meninggalkan UIAM
Kuantan/traffic light gerbang UIAMK
3.45PM - isi minyak di Petronas IM (Wisma Celcom), kebetulan bertemu akh shukri;
4.50PM - kura² gergasi melintas jalan,
subhanALlah~
5.30PM - Petronas Muadzam Shah (Solat ‘Asar)
/ rehat 15 minit
5.45PM -
bergerak meninggalkan Petronas M.Shah
6.45PM -
Tiba di Persimpangan Segamat,
7.30PM -
Pekan Gemencheh, rehat sebentar (iftor)
7.45PM - Batang Melaka
8.00PM - tiba di Balai Raya Kg Bkt
Senggeh Barat.
8.05PM - pintu masuk teratak sendiri
^_^
Bersambung..
Entry akan datang: hadiah dari
sebuah rehlah~
4 التعليقات:
at: September 4, 2012 at 10:23 PM said...
wah...mesti sakit pinggang..
at: September 4, 2012 at 11:16 PM said...
sangat merana.. haha, tapi kat bahagian tangan la melecur habis~
sepanjang hidup x pernah kena sunburn seteruk ni =_=
# pinggang pun toksah cakap, bahu, leher semua sengal2, huhu x cuba x tahu pulak kan ^_^
at: September 8, 2012 at 12:39 AM said...
Rasanya setiap 30km kena stop sekejap untuk stretching huhu~
sunburn? x pakai sunblock ke? xpe sapu gel aloevera insyaAllah ok..
at: September 9, 2012 at 12:47 PM said...
haha.. kita lelaki ni mana la tahu nak pakai sunblock ke apa, apa pun nanti putih balik la tu.. hari tu ada sapu skin moisturizer adik, ^_^
Post a Comment