Kekecewaan
yang timbul sebaik dilaporkan berlakunya ‘masalah teknikal’ pada sistem e-voting
PRK UIAM 2012 tidak dapat dibendung oleh kebanyakan warga kampus berkenaan. Kehangatan
ini jelas menjalar dari Gombak ke Kuantan, malah merebak dengan cepat ke
seluruh negara selepas mendapat liputan ‘hangit’ dari syarikat² media massa dalam negara.
Pengumuman
mengenai proses ‘undian semula’ yang perlu dilakukan pelajar² turut memberi pelbagai persepsi berbeza di kalangan
pemerhati politik. Ada yang melihatnya sebagai positif dan tidak kurang juga
negatif. Sebilangan besar pelajar juga turut merancang untuk memboikot
pilihanraya kampus ulangan ini.
Lalu ini
saya jadikan sebagai status mukabuku, selain turut menulis status yang sama di dinding IIUM ONLINE dan
IIUM KUANTAN CHIT-CHAT.
|prk uiam 2012|
kecewa dengan 'masalah teknikal' yang dilaporkan.. tetapi sangat berharap tiada sahabat yang memboikot re-election minggu hadapan; kerana kita pernah melihat akibatnya (2005/2006) apabila yang bukan ahli memegang tampuk kepimpinan, =_=
kecewa dengan 'masalah teknikal' yang dilaporkan.. tetapi sangat berharap tiada sahabat yang memboikot re-election minggu hadapan; kerana kita pernah melihat akibatnya (2005/2006) apabila yang bukan ahli memegang tampuk kepimpinan, =_=
Jangan Boikot PRK UIAM ! |
Ketakutan
saya ini timbul berasaskan apa yang pernah terjadi tidak lama dahulu, di mana
berlakunya kempen boikot prk oleh kumpulan Pro-Mahasiswa di semua IPT seluruh negara (termasuklah Taman Ilmu dan Budi). Sehingga akhirnya tunjang
kepimpinan yang sepatutnya diserahkan pada yang haq (28:26) tidak dapat di
terjemahkan melalui peti undi ketika itu. Rujuk analisa PRK 2001-2011 di sini.
Biarlah sekali
peristiwa hitam itu berlaku, dan biarlah ia berlalu tetapi jangan sekali-kali
kita melupakan akibat dari tindakan sedemikian. Kerana ada ‘ibrah yang boleh
diambil, mungkin pengalaman itu mampu mengajar pelajar UIAM selepasnya; tentang
betapa pentingnya urusan memilih barisan kepimpinan dalam usaha mengejar mardhatiLlah
dan mengekalkan bi’ah solehah di Bumi UIAM bertuah ini.
Perkongsian ikhlas
# Saya memuji tindakan admin
IIUM ONLINE dengan tidak meng‘approve’ sebarang permintaan masuk ke ‘IIUM
ONLINE’ buat masa ini .. harapnya IIUM KUANTAN CHIT-CHAT juga ^_^
# head banner / cover
photo kedua-dua group ini [IO and IKCC] telah pun ditukarkan kepada warna
hitam sebagai tanda berkabung atas pelbagai isu buruk yang melanda UIAM
akhir-akhir ini.
0 التعليقات:
Post a Comment