Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, September 17, 2012

memerhati cara orang bijak ^_^


Setiap peribadi Muslim itu perlu cakna dengan wadah yang dibawa oleh ahli-ahli siasah. Oleh kerana hanya siasah (politik) yang dibentuk dengan acuan Quran dan Sunnah sahaja mampu membentuk peribadi Mukmin sejati seterusnya membina masyarakat madani yang bercorakkan cara hidup Islam sebenar. Inilah wawasan kita hidup di dunia (az-Dzariyat : 56).
Sekali lagi saya mohon pada sahabat-sahabat, para asatizah dan ikhwah sekalian. Perhatikanlah setiap apa yang berlaku dengan politik tanahair kita pada hari ini dengan kaca mata Islam.


وَ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ الَّلهُ عَنْهُ قَلَ : قَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا تَقَاضَى إِلَيْكَ رَجُلاَنِ فَلاَ تَقْضِ لِلأَوَّلِ حَتَّى تَسْمَع كَلاَمَ الآخَرِ , فَسَوْفَ تَدْرِي كَيْفَ تَقْضِي . قَالَ عَلِيٌّ : فَمَا زِلْتُ قَاضِيًا بَعْدُ .
(رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَ أَبُو دَاوُدَ, وَ التِّرْمِذِيُّ وَ حَسَّنَهُ, وّ قّوَّاهُ ابْنُ اَلْمَدِينِيُّ, وَصَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ)

Dan dari Ali Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah bersabda, “Jika kamu sedang mengadili dua orang yang sedang bersengketa maka janganlah kamu beri keputusan kepada pihak pertama hingga kamu mendengar laporan dari pihak kedua, dengan demikian kamu akan mengetahui bagaimana cara mengambil keputusan.” Ali Radhiyaullahu Anhu berkata, “Setelah itu aku tetap menjabat sebagai hakim”.
(HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan ia menghasankan hadith ini. Hadith ini juga dikuatkan oleh Ibnu Madini serta disohihkan oleh Ibnu Hibban).


                Penanaman persepsi demi persepsi negatif terhadap orang perseorangan, sesebuah parti politik , sesebuah kerajaan negeri, sesebuah pertubuhan bukan kerajaan semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Secara peribadi saya sudah meluat dengan setiap apa yang dipaparkan oleh media arus perdana di tanahair tercinta [baca: Malaysia], tetapi atas dasar mahu mengikut manhaj Rasulullah  dalam membuat sesuatu keputusan. Maka ia adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mendengar dari kedua belah pihak terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Untuk renungan; berapa ramai di antara kita yang hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja lalu terus mempercayainya!?

PIHAKAMAHU MENJAHANAMKAN NEGARA!
Siapa yang kata? Apa pula dasar dan hujahnya?

                Ruang warQah daUn papYrus™ sentiasa bersedia digunakan untuk menyatakan kebenaran dalam usaha menolak kebatilan. Jika ada yang mahu melabelkan saya sebagai pihak ‘A’, tidak mengapa.. cuma mohon tanyakan pada saya “kenapa saya lebih terarah kepada Pihak ‘A’ tersebut ???”
kerana saya ada hujahnya~

manipulasi gambar lagi!?.. apa lagi yang boleh diharapkan pada golongan ini,
pautan berita asal dari nst

# Bukan sekali bukan 2 kali, malah puluhan kali mereka menggunakan helah yang sama.. jika sekeping gambar boleh di ubah semudah ini. Apakah masih wujud lagi kredibiliti 'sebarang cerita' yang hadir dari mereka!?

update 18sept2012..
Oleh kerana ada yang berprasangka bahawa penulisan saya sebagai satu penghinaan, satu fitnah, maka saya sediakan sekali pautan asal berita yang dimaksudkan, saya padamkan nama, gambar dan nama kumpulan orang berkaitan, dan saya tandakan (warna merah) tempat berlakunya manipulasi yang telah disebutkan. Kembalilah pada Islam T_T

0 التعليقات: