Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, September 5, 2012

Jom Koreksi Diri .. (:


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berdasarkan pengalaman hidup seorang penconteng warQah, juga perkongsian ilmu oleh para sahabat dan ikhwah. Kita sebagai manusia biasa sebenarnya mampu mencapai satu konsep yang dikatakan kembali kepada fitrah.. selagi mana kita semua tidak pernah terputus hubungan dengan Allah. ^_^

...(1) adakah saya melakukan dosa/perkara yang salah? :
Untuk mengetahui bahawa perbuatan yang bakal kita lakukan itu adalah salah atau tidak, kita perlu lihat pada suasana dan perasaan yang sedang bergejolak dalam diri kita sendiri. Seandainya perasaan yang timbul adalah bersifat ketakutan daripada diketahui oleh orang kebanyakan; makanya perbuatan tersebut adalah salah/berdosa. Sedangkan jika perkara yang bakal kita lakukan itu adalah satu perkara yang baik, maka perasaan ingin disanjung dan ingin memberitahu seluruh dunia tentang perbuatan tersebut akan timbul secara membuak-buak. Nah; sekarang ini sudah boleh membezakan bukan, maka lakukanlah perkara yang baik-baik sahaja!!
>>hati-hati jangan sampai tergelincir menjadi riak<<

...(2)perasaan sahabat pada kita yang berubah-ubah! :
Sedia maklum; bahawa yang meletakkan nur [baca: cahya] di wajah kita itu adalah Allah azzawajalla. Maka Dia berhak sama ada mengangkat darjat kita di sisi manusia atau merendahkan darjat kita serendah-rendahnya. Tidak ramai yang menyedari, suatu masa kita menjadi daya tarikan senyuman orang di sekeliling kita. Dan ada masanya pula wajah kita seolah-olah menjadi penambah masalah pada orang yang memandangnya. Dalam keadaan hanya kita seorang tahu dosa yang telah kita buat, sebenarnya Allah lebih tahu tentang dosa yang lewat. Dan walaupun sahabat atau orang sekeliling kita tidak pernah mengetahui tentang perbuatan dosa tersebut, namun perasaan tenang mereka sebenarnya telah digantikan dengan suatu perasaan tidak senang dengan kehadiran wajah kita disampingnya. Pernah rasakan!? Baiklah tepuk dada tanya Iman,

...(3)adakah pilihan kita adalah yang terbaik! :
Dalam memilih bakal isteri @ suami, dalam memilih jawapan dalam peperiksaan, dalam memilih pekerjaan, dalam memilih jenis makanan, dalam memilih sambungan pengajian, dalam memilih pucuk pimpinan, dalam memilih sebarang perbuatan... apakah pilihan tersebut disertai dengan redha Tuhan. Maksud saya mudah, lihat pada diri kita sendiri!? Bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, yang wajibnya.. yang sunnahnya.. yang haramnya.. yang makruhnya.. yang syubhahnya!! Andai hukum Tuhan pada diri sendiri masih tunggang terbalik, adakah kita yakin bahawa pilihan kita itu adalah sebuah pilihan yang tepat dan bertepatan dengan syari’at. Masih punya masa koreksi diri, insyaALlah suatu hari nanti kita dapat melihat kenapa orang itu macam itu, dan orang ini macam ini~

...(4)menyesal pada perbuatan yang salah! :
Apabila terdapat rasa kesal dalam diri kita setelah melakukan sesuatu perkara, sebenarnya kekesalan itu timbul dari pilihan perbuatan yang tidak disertai dengan niat kerana Allah. Maksiat!! Sudah pasti bukan kerana Allah, ianya dilakukan atas dasar nafsi. Perasaan kesal tidak sepatutnya dan tidak pernah akan timbul pada mereka yang senantiasa berada di atas Jalan Kebenaran.. yakinlah~

“Buang yang keruh, ambil yang jernih..
BARU TEGUH PERIBADI”

2 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: September 5, 2012 at 12:27 PM said...

uhh...terkesan kat jiwa...thanks for sharing..

perindu_خلافة says:
at: September 6, 2012 at 5:20 PM said...

moga bermanfaat .. (: