11 september 2012
[Melaka-MidValley-Melaka]
alhamdulillah..
semalam diberi kesempatan untuk mengutip pengalaman; menghadapi temuduga pertama dengan salah sebuah syarikat
konsultan di Key eLL, haha KL la. Sebenarnya jika di ikutkan pada
prospek kerjaya yang ingin diceburi dengan apa yang saya pelajari sebelum ini,
ternyata ia tidaklah terkait langsung. Dengan ilmu Allah yang luas ni, rasanya
tak salahkan kalau kita mencuba sesuatu yang baru!?
Bergerak dari
bumi Melaka seawal jam 7 pagi (waktu tempatan), dan tiba di sekitar Mid Valley City
pada jam 10 pagi. Oleh kerana ketidak biasan diri saya dengan lingkaran jalan²
di situ, maka saya telah tersesat keluar jauh dari Mid Valley masuk terus ke tengah
kota metropolis. =_= FAILED!!
Berbekalkan
ilham di kurnia, saya mencari pintu masuk ke Mid Valley yang terletak di
tengah-tengah KL [baca: pintu suka hati]. Sebaik sahaja menjumpai tempat yang
dimaksudkan, maka saya parkirkan apa yang sepatutnya di parkirkan, memohon
kebenaran menggunakan pintu tersebut dengan bayaran serendah RM1 dan ‘ting’..
akhirnya sampai ke Mid Valley. FYI Sebenarnya kewujudan pintu suka hati
tu jugak ada di Seremban!
Oleh kerana berjaya sampai di MV lebih awal dari masa
temuduga, maka saya berjalan-jalan sebentar di megamall yang rasanya
sudah 4 tahun tidak di jejaki. Mencuri sedikit masa mengenang saat diri yang masih
polos di masa lalu ...
>> mata ke dada tangan ke atas <<
Serius ni, saya percaya anda juga pernah berada di zaman inesen [baca:
innocent] kan!! kholas, kerana mahu mengurangkan proses pembuangan masa.
Maka saya terus bergerak ke bangunan North Point yang terletak bersebelahan
dengan bangunan megamall ni, tempat terletaknya pejabat pentadbiran
konsultan tersebut. Woah.. terkesima! Ok datang awal jadi di panggil lebih
awal, Good Attitude !
Selesai
semuanya, saya terus kembali menggunakan pintu suka hati yang sama. Keluar di
tempat saya memarkirkan kereta lalu terus bergerak ke
Bandar Sunway untuk menziarahi
keluarga Maklang di sana. Walaupun perut sebenarnya masih kenyang, tapi tetap
juga menjamah makan tengahari di rumah maklang. Ok semalam saya menghadap 2
kali lunch~
Bergerak pula ke
Semenyih melalui LDP. Sekadar
mahu mengelak melalui kinrara, kerana tahu akan kesesakan yang bakal berlaku
menjelang jam 5. Sebaik tiba di Semenyih, membeli ubat abah dahulu di Semenyih
Sentral sebelum menjejakkan kaki di rumah along. Sekejap je pun, sekadar
melaksanakan Qasar Asar.. menziarah dan hanya menatap si ‘Ainnul yang tidur tak
nak bangun². Kemudian terus bergerak pulang ke Bumi Melaka. Selesai~
# beberapa
saat sebelum pintu suka hati dibuka, kedengaran suara merdu seorang perempuan
di corong pembesar suara, ‘..stesen berikutnya Mid Valley, next station Mid
Valley..!’ hahaha
11 التعليقات:
at: September 12, 2012 at 12:20 PM said...
amboi..
pintu sukahati dia prmpuan yg jaga..! :p
bila bole dpt jwpn intvw..?
at: September 12, 2012 at 12:40 PM said...
pelik jugak tu.. selalunya dengar suara lelaki, hehe
result dalam seminggu-dua ni..
kalau terpilih kena hadir 2nd interview pulak ^_^
at: September 12, 2012 at 5:51 PM said...
pintu suka hati??
at: September 12, 2012 at 11:09 PM said...
err cik AzLen x faham ke pintu suka hati tu!?
xpe.. cuba tekan sini!
masuk kat kl sentral keluar dekat mid valley ^_^
at: September 13, 2012 at 12:23 AM said...
wahhhhhhh~ intebiu!!
gud luck!! semoga dapat keje yang diingini!!hehehe
p/s: naek KTM kat Kl sentral kewww~ hahaahaaha
at: September 13, 2012 at 6:27 AM said...
ha'ah RuBy.. baru 1st interview,
doa2 la untuk aku k ^_^
# idea tu terkeluar bila aku dah makin blur masuk kat tengah2 kl.. hahaha
at: September 14, 2012 at 7:23 PM said...
owh..baru tau..sebenarnya dh brbelas2 tahun x naik pintu suka hati tu.
alhamdulillah,tahun ini ALLAH izinkan lalui pintu suka hati tu beberapa kali.
Semoga brjaya.Doakn juga (antara insan yg sedang mncari pkrjaan juga)
at: September 15, 2012 at 6:24 AM said...
insyaAllah.. sama2 doa urusan masing2 dipermudahkan ^_^
at: September 15, 2012 at 3:26 PM said...
hehe isnin-jumaat saya menggunakan pintu suka hati tersebut..
kalau dapat kerja tu stay kat key ell la ye? huhu (^-^)
at: September 17, 2012 at 1:37 PM said...
banyak la pemilik pintu suka hati dapat duit.. huhu
# nampak gayanya begitulah, bagai sireh pulang ke gagang, ^_^
at: September 21, 2012 at 12:54 PM said...
nampaknya begitu~ nak2 lagi tiap kali balik kerja Persatuan Sardin Malaysia akan berkumpul kat pintu suka hati ni~
Huhu insyaAllah (^-^)
Post a Comment