بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...(1)SUNBURN
ITU PASTI, mengenangkan diri yang tidak memakai sarung tangan pelindung. Maka kulit
yang terdedah dengan pancaran terus dari matahari dipanggang segar dengan
cahaya UV. Keadaan ini hanya disedari apabila diri memandang diri melalui
cermin tandas di bangunan OSC. Woah.. baru terasa pedih, sedangkan perjalanan
masih ada 4-5 jam lagi untuk ditempuh, =_=
gambar yang dirakamkan oleh adik ketika diri ini menjejakkan kaki ke teratak sendiri |
...(2)menikmati
keindahan alam ketika mengembara seorang diri, baru tersedar banyak sungai yang
dilintasi. Ya sepanjang perjalanan menempuh LPT ini, Sungai Bakapor paling
menarik hati. Namanya mencuit rasa lucu.. entah kenapa setelah ratusan kali
menggunakan LPT ini, rehlah kali ini baru mendapat tahu. AlhamduliLlah,
menyedari bahawa ilmu Allah itu tersangatlah luas; “mengembaralah dan terus
mengembara mungkin tanpa sedar banyak lagi ilmu yang baru, walaupun menempuh
laluan sama berkali-kali ratusan ribu!” pujuk sang hati ~
...(3)bertemu
sahabat dan ikhwah, setelah berbulan lamanya terpisah jarak dan masa. Rehlah semalam
menemukan diri ini dengan kenangan rindu semalam. Saat bertemu 2 sahabat
di Finance Office, dan seorang ikhwah di petrol pump mencipta perasaan rindu
untuk terus hidup berukhuwah dan berusrah. Kangen bangat ^_^,
siapa sangka motor ini pernah berkhidmat untuk tuannya dalam perjalanan merentasi lebih 500KM dalam masa kurang-lebih 9 hingga 10 jam |
...(4)dalam
ketenangan bercampur kebosanan melalui Lebuhraya Tun Razak, diri ini
dipersembahkan oleh-Nya dengan kehadiran pakcik kura² yang sedang melintas
jalan, pakcik ke!? Dengan anggaran saiz cangkerang umpama kuali dara nenek saya
di kampung mungkin kura² berwajah slumber dog ini berumur lebih dari
puluhan tahun, subhanALlah~. Terdapat 2 buah kenderaan yang berhenti di tepi,
mungkin dengan tujuan mengalihkan kura² berkenaan dari lintasan laju binatang
besi yang mungkin tidak perasan akan kehadiran makhluk Allah ini. Saya memilih
untuk tidak berhenti langsung memandangkan perjalanan dengan motorsikal ini
memerlukan anggaran masa tepat untuk keluar dari laluan gelap lebuhraya kecil ini~
...(5)sebaik
berada di Persimpangan Segamat, sekali lagi diri ini dihiburkan dengan
kecantikan matahari petang di Segamat. Ya saya tahu matahari petang di Segamat
adalah matahari pagi di New York, tetapi itu tidak penting. Pada saya melihat
saat² matahari terbenam itu antara nikmat terindah yang diberikan Allah, alhamduliLlah
^_^
...(6)banyak
lagi sebenarnya hadiah yang saya dapat dari rehlah kali ini, namun yang
pastinya hadiah terbesar adalah nikmat pengalaman merentas jauh tanah daratan,
yang sebenarnya sangat kecil di sisi Tuhan. Membuatkan diri ini lebih sedar
bahawa,
الله اكبر
hasil perjalanan panjang untuk urusan sekadar 30 minit di UIAMK |
# atas dasar keselamatan di
jalan raya, maka saya tidak mengambil sebarang gambar yang melibatkan kenangan
semasa dalam perjalanan. Jadi tidaklah dapat saya kongsikan buat teman-teman
di sini..
7 التعليقات:
at: September 4, 2012 at 10:26 PM said...
klu sempat ambil gambar bagai ntah pukul brape sampai kat rumah ye tak?
at: September 4, 2012 at 11:20 PM said...
boleh je berhenti kejap2 tepi jalan.. tapi macam x berminat utk snap gambar, takut nanti orang sekeliling kata~
"jakun ke apa budak ni!!" haha ^_^
at: September 5, 2012 at 9:10 PM said...
ko pi jomkerjaya tu eh~
hahha
nampak gambar kat dalam fesbuk...
huahuahuahua~
at: September 6, 2012 at 5:17 PM said...
jomkerjaya ???
jomkerjaselangor la.. hahaha,
ha'ah aku ni kira 1st batch utk akademi tu la, rasanya ramai je yg lain menyusul lepas ni ^_^
at: September 7, 2012 at 3:54 PM said...
hauhauhuahau~ salah eh... hahahha
oooooo~ best ke?? dia ajar ape?? buat ape sebenarnya kat situ??
at: September 8, 2012 at 12:36 AM said...
haha takpe pedulikan apa orang kata..janji happy~hehe
Rubiah : hehehehehheh
at: September 9, 2012 at 12:50 PM said...
RuBy..
atas dasar k'jaan ngr selangor dalam membangunkan modal insan, program ni lebih kepada cara mengenal diri dan kepentingan bertuhan dulu, dalam masa sama dia akan berusaha melibatkan participating company yg memerlukan tenaga kerja dengan memperkenalkan ahli akademi yang telah menjalani kursus 2 hari tersebut, nak tahu lebih kena join dulu la ye.. hehe ^_^
Post a Comment