Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, July 30, 2011

ulasan seorang pemerhati


                Ketakutan untuk mencoret sesuatu mengenai Teratak Rahsia D‘Puncak tanah tinggi itu, tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada kehadiran pasukan peninjaunya ke atas layar warQah daUn papYrus. Hahaha ^_^, walaubagaimanapun.. saya tidak sesekali akan menghalang sesiapa jua untuk masuk dan menziarahi layar maya ini.
Sejujurnya saya telah jatuh cinta untuk menjadi muda, jatuh cinta untuk menjadi pendidik, jatuh cinta untuk didampingi dan jatuh cinta untuk menjadi yang terbaik. Ok artikel ini bukan perihal untuk mendirikan masjid ye sahabat², tetapi lebih kepada pengenalan mengenai pengalaman mendekati mereka yang patut didekati. Dan menghulur tangan bagi membantu apa sahaja yang boleh diberi.
Dari keseluruhan jumlah mereka yang menginap D‘Puncak tanah tinggi tersebut, saya dapati lebih separuh dari mereka punya identiti kepemimpinan sejati. Biarpun mereka menimba ilmu sekadar dilerengan bukit itu, namun jelas sekali bahawa mereka bukan calangan manusia yang dicampak ke situ untuk mengaji. Bahkan mereka sebenarnya adalah barisan terhebat yang saya akui lebih hebat dari generasi lalu; generasi pengasas yang sering dipuji. Generasi yang diangkat bagi membentuk motivasi diri. Entah kenapa!? Diri ini terasa amat kerdil dengan mereka, kematangan mereka mengatasi kematangan diri saya seusia mereka. Apakah ini tandanya, idea lalu tidak relevan lagi masa kini!? Saya biarkan teori lama berlalu pergi~
Kerana ada ‘ibrah dalam diri mereka, yang perlu saya kaji, teliti dan fahami. Agar akhirnya nanti duduknya saya serendah mereka dan berdirinya pula berketinggian yang sama. Barulah impian 13 tahun ke hadapan kan tercapai bagai dirancang. ^_^

p/s: Mereka berjumlah 62 orang, namun tidak akan saya coretkan nama² mereka di atas layar warQah. Kerana letaknya mereka tidak layak disini. Tapi tertanam di dalam lubuk hati (Qaryah Qalbu) dan terpasak kukuh dalam kotak memori.

0 التعليقات: