Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, July 2, 2011

serology lab 27/6 - 1/7



baby khalifah - warQah daUn papYrus

Maha Suci ALlah... minggu lalu, penconteng warQah berpeluang memasuki Dewan Bedah HKJ. Satu-satunya zon yang tidak dapat dicapai oleh semua orang tidak dikira dari mana asal, mahupun keturunan dan pangkat. Kebenaran untuk memasuki zon tersebut adalah bertitik tolak dari sesi untuk mendapatkan sampel udara dari dewan bedah 01. Tugas ini dijalankan kerana dewan bedah berkenaan baru sahaja mengalami proses renovasi nya beberapa hari yang lalu.
Kepentingan untuk sampel udara di ambil dan diuji adalah sebagai langkah berjaga-jaga. Iaitu bagi memastikan bahawa udara di OT berada pada tahap paling selamat; tanpa sebarang pencemaran bacteria dan partikel-partikel halus yang boleh membahayakan pesakit dan doktor ketika sesi pembedahan dilakukan. Memandangkan infeksi amat mudah berlaku jika terdapat sebarang pertumbuhan bacteria di dalam dewan pembedahan. *(bagi mengekalkan kesterilan kawasan OT, penconteng warQah turut di minta untuk menukar pakaian yang telah disediakan serta memakai beberapa aksesori tambahan)
Tatkala proses pengambilan sampel udara ini berlangsung, satu pembedahan bagi urusan kelahiran seorang baby khalifah sedang berlaku di OT 02. Dan buat pertama kalinya, penconteng warQah dapat melihat sekujur bayi yang masih tidak bernafas.. diselaputi darah; dipegang dan dibawa ke sebuah bilik khas oleh doktor dari unit pediatrik. Ditepuk-tepuk sikit bahagian dadanya, dimasukkan tiub sepanjang hampir 10cm ke dalam anak tekaknya, sebelum tangisan pertama bayi tersebut mengalun memecah kesunyian. SubhanALlah, segala-galanya di perlihatkan di hadapan mata sendiri~ Secangkir pengalaman yang tidak dapat di luah dengan kata-kata, dan tidak dapat di madah dengan aksara.
Dan pada hari terakhir di lab serology ini, penconteng warQah telah didedahkan dengan cara-cara membuat Seminal Fluid Analysis. Juga buat pertama kalinya, penconteng warQah melihat jutaan sperma yang bergerak ke sana sini penuh keriangan dengan mata kepalanya sendiri. Sekali lagi sang Qalbu berdetak, HEBAT... DIA SANGAT HEBAT, cairan di mata kasar itu rupanya terkandung jutaan makhluk hidup yang tidak disangka kewujudan mereka tatkala alat bernama mikroskop itu belum tercipta; namun DIA telah memberitakan pada kita semua,

الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإنْسَانِ مِنْ طِينٍ
ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ

“Dialah Yang menciptakan segalanya dengan sebaik-baiknya,
Dia mulai menciptakan manusia dari tanah liat.
Kemudian Ia menjadikan keturunannya dari sari air yang hina.”
(maksud ayat al-Quran, 32:7-8)

3 التعليقات:

Cik Tim says:
at: July 2, 2011 at 3:01 AM said...

kuasa Allah itu tidak terbatas.. segala kejadian, ada hikmah disebaliknya. :)

Norlyana Nasrin says:
at: July 2, 2011 at 8:13 AM said...

minggu depan kita kat Sero huhuhu...(mood happy hehehe)

{she-who-must-not-be-named} says:
at: July 10, 2011 at 12:23 PM said...

seronok dgr pengalaman rizQan :)