Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, July 13, 2011

Cerita baru UIAM Kuantan,


                asSaLaMu’alaikum sahabat².. huh, kalau sebelum ni saya banyak bercerita mengenai tempat pengajian penconteng warQah D’dimensi lepas. Kali ni tiba masanya pula, saya kembali menulis mengenai kampus UIA Kuantan; tempat pengajian penconteng warQah D’dimensi ini.
                adapun cerita terbaru mengenai kampus UIA Kuantan telah tersebar luas melalui FB, Twitter, blog dan sebagainya. Namun rasanya masih tidak ada masalah andai kata saya turut sama menulis mengenai update terbaru itu di atas warQah daUn papYrus, dengan tujuan menambah-luaskan lagi penyebaran maklumat ini agar dengannya nanti capaian kepada penerima adalah dalam kadar yang optimum.
                Perkara (1): Trafik sehala akan dilaksanakan pada pembukaan semester baru ini, tepatnya pada bulan September 2011. Jalan yang terlibat adalah bermula dari persimpangan di hadapan blok T1 sehinggalah ke kawasan persimpangan tempat letak kereta Mahallah Maimunah. Sistem trafik baru ini amat perlu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengurangkan kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak khususnya dan jumlah kemalangan secara umumnya. Keadaan ini bertitik tolak daripada peningkatan jumlah kenderaan yang didaftarkan di dalam kampus UIAM Kuantan.
                Perkara (2): Beberapa papan tanda, bampar dan cermin akan di wujudkan berhampiran selekoh tajam blok M5.

Bagi perkara (1) dan (2), sila rujuk gambar ^_^

    Perkara (3): Mahallah

at-Tabari (T11-t14)
·         pemasangan lampu meja peribadi dan compartment sedang giat dijalankan
·         WIFI dan Televisyen akan di wujudkan
·         Tempat ampaian baju juga akan diwujudkan
·         Cafe: masih dalam perbincangan

IM2 (T8-T9)
·         Masalah tandas tersumbat telah diselesaikan
·         Sistem pembesar suara bagi Musolla dan Televisyen akan diwujudkan

Maimunah (M1-M8)
·         Tempat fotokopi: Telah mendapat sebuah bilik berdekatan K-Shop (terletak di antara bilik belajar dan klinik UIAM), yang mana kiosk ini akan di bergerak di bawah penyeliaan Biro Keusahawanan MRC Maimunah
·         K-Shop Maimunah akan tetap dibuka pada waktu tengah hari (1.00-2.00pm), yang mana sebelum ini ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Zuhur

   Perkara (4): Lain-lain

ü  Indoor Game Center (IGC) di CF sister: Akan menetapkan limit masa penggunaannya (terutama untuk brothers) sehingga jam 10.30 malam sahaja. Kebersihan tempat tersebut juga amat dititik beratkan. “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman”
ü  Sports Complex akan dibuka pada semester baru ini, insyaALlah ^_^
ü  Pengambilan pelajar baru (sisters): sebahagian daripadanya akan ditempatkan di 2 buah blok Mahallah at-Tabari (menghadap ke jalan utama). Keputusan muktamad akan dimaklumkan kemudian.
ü  Proposal mengenai pembinaan kompleks mahallah baru (dengan kapasiti 5000 buah katil) telah diluluskan, namun pembinaannya masih belum berjalan. alhamduliLlah ^_^

p/s: ‘Campurisation’ adalah amat dikesali. Namun sebahagian perkataan dalam entry ini terpaksa tidak diubah ke dalam Bahasa Melayu bagi memastikan maklumat tepat sampai kepada kumpulan sasar. Andai kata In-door Games Center (yang biasa digunakan di UIAM) digantikan dengan ‘Pusat Permainan Dalaman’, pastinya ia akan mengundang tawa. Seterusnya menjejaskan proses penerimaan maklumat.

9 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: July 13, 2011 at 12:54 PM said...

utk t5 xde ape2 perubahan kah?
nak tv gak~~~

perindu_خلافة says:
at: July 13, 2011 at 1:25 PM said...

cuma itu je update yg rizQan tahu.. :)
tv yg lyana maksudkn utk T5 ke utk mahallah talhah (inside campus)? kalau utk T5 je memang xde la~

Shila says:
at: July 14, 2011 at 10:51 AM said...

^__^

bagusnye rizqan..

Norlyana Nasrin says:
at: July 17, 2011 at 9:52 PM said...

yang inside campus ade ke? kat mana?
huhu budak2 ni selalu tgk kat cafe je~~~ huhuhuhuhu

perindu_خلافة says:
at: July 17, 2011 at 10:33 PM said...

sepatutnya bilik yang berdepan dengan office mahallah tu TAPI skrg ni.. huhuhu >_<

buat masa ni ada kat cafe pun kira ok la dulu kn, insyaALlah nnt rizQan cuba sampaikn perkara ni pada pihak atasan =)
sabar k

Norlyana Nasrin says:
at: July 18, 2011 at 4:58 PM said...

hehehe faham2..huhu agak2 dapat x TV LED 42 inch? hehehe gurau2..

huhu tq (^-^)

perindu_خلافة says:
at: July 19, 2011 at 2:00 PM said...

haish.. TV LED!?
boleh²,
nanti bila mahallah dah sediakan TV,
lyana pesan kat rizQan utk tambah LED,
nak berapa biji LED tu!?

^_^

Norlyana Nasrin says:
at: July 19, 2011 at 2:19 PM said...

hahahaha ok2 kita wat lip lap lip lap depan tv 2 hahaha dalam dunia ni maybe UIA je yang ade species tv mcm 2 huhu kebanggaan ni~~

p/s: huhuhu ok juge~~

perindu_خلافة says:
at: July 19, 2011 at 2:22 PM said...

hahaha... TERBAIK (boboiboy:2011)
^_^